Posts

Showing posts from December, 2011

Bangsa islam...

Bila bangsa kita adalah bangsa islam, maka kita akan merasa perihatin kepada saudara seakidah kita di Palestin dan Syiria yang tengah teruk ditindas dan dibunuh di negara sendiri. Kita juga akan merasa gembira bila bertemu dengan saudara seislam di tengah2 suasana bukan islam. Kita juga akan merasa gembila bila mendapati ada orang masuk islam dan merasa seperti saudara kita. Sungguh hebat bila hubungan hati ini berasaskan islam berbanding asas2 yang lain!

Kerja macam cuti

Wah! Hari ini pejabat begitu kosong! (Malah keretapi Putra tadi pun tidak penuh seperti biasa, juga parking lot di stesen juga agak lengang dari kereta2). Jadi, mood kerja hari ini seperti bercuti (walaupun tidak bercuti!). Siap tadi ada kawan sekerja datang mengacau lalu berborak pasal isu semasa. Ada beberapa perkara yang menarik dibincangkan tadi (sampai dia terbawa kita turun ke tingkat bawah untuk makan roti telur bersama teh tarik - kafe pun lengang juga pagi tadi!). Pertama, dia kongsi berkenaan islam dan Melayu di Malaysia. Dia kurang selesa dengan sentimen islam itu mesti Melayu. Dia ada kawan yang revert, malah isterinya juga revert. Dia mendapati sentimen islam perlu Melayu itu menjadikan orang bukan Melayu amat prejudis terhadap sesiapa dari kaum mereka yang revert masuk islam (terutamanya orang Chinese di Malaysia). Bukankah islam untuk semua bangsa? Bukankah juga, Melayu ni luas rumpunnya, dari indonesia hingga ke filipina, dengan cabang2 kaum Melayu yang berbagai,

Kisah pagi di pasar

Image
Pagi tadi teman mak pergi pasar di Mentakab. Huhu, ni first time ke pasar ni, walaupun tinggal dan membesar dekat daerah ini !>_< Dalam perjalanan,mak bercerita kisah tanah dia di kampung padang luas. Baru2 ni ada orang di sana minta kat mak sebahagian tanah mak untuk dibuat jalan.Jalan itu akan menghubungkan kawasan perumahan (yang bakal dibina) dengan jalan besar (main road). Tanah untuk perumahan itu di belakang tanah mak. Pada awalnya, mak tak nak,sebab jika jslan dibuat, mungkin tak dapat diguna untuk tujuan lain (tanam2 ke, buat rumah sendiri ke).Tapi, mak kemudian terfikir akan pahala jariah yang bakal digenerate oleh pengguna jalan (jika tanah itu dijadikan jalan). Rasanya ada disebut dalam hadis pasal amal jariah dari "jalan yang digunakan orang ramai". Wah! Aku terharu dengan keputusan mak ni! Memang visi yang sungguh awesome! (Boleh sahaja mak reject, dan minta pampasan besar,tapi dia tak minta). Jarang sekali orang mengambil perkiraan akhirat mendahu
Segalanya bermula dari hati. Ia banyak kali aku ulang dalam post2 sebelum ini dan di FB dan twitter. Benar. Bila hati bersemangat, apa sahaja boleh dibuat! Jom, kita buat!

Melayu

Image
Akhir2 ini aku mendapati isu kesatuan melayu makin menjadi2 diperkatakan... tak kiralah di arena politik, dan juga di arena gerakan dakwah (di kalangan NGO). Di TV tiga, terutamanya bila tengok buletinutama (berita prime time antara maghrib isya), selalu parti melayubersatu dan orang2 yang berkaitan serta macam tak berkaitan sebut2 pasal perlunya orang melayu ni (yang majoritinya muslim) bersatu, dan jangan ikut parti orangbukanmelayu yang non-muslim itu. Makin lama makin kedengaran bunyi2 itu ... seolah2 hari Peru13 (pilihanraya umum ke 13) sangat dekat! Bila lihat di FB, dahsyat juga 'pergaduhan'  perbincangan antara pihak2 yang berbeza (pendapat dan idea). Bila satu orang buat statement, satu pihak lagi akan menyerang memberi pendapat, dan dibalas balik oleh pihak yang memberi statement. Tu belum kira bila teman2 seperjuangan atau sepemikiran kedua2 pihak masuk campur. This is applicable for both sides, regardless who make statement first . Aku harap aku lebih mema
Hari ni ke tempat kerja sangaat lewat! Anakku kencing malam. Lupa nak alas atau pakaikan pampers. Jadi menunggu lama gak toto utk siap dibasuh oleh mesin basuh.

Awan besar

Image
Subhanallah! Hebatnya ciptaan Allah! Cantik dan besar awan yang kulihat dari tempat parkir kereta hari ini.

Kesatuan prinsip dan warna

Image
Bersatu atas prinsip lebih kuat, bertenaga dan membawa perubahan berbandin kesatuan berasaskan warna kulit. Prinsip itu akan menguatkan lagi jika ia adalah aqidah islam yang sejahtera. Ia pernah terbukti di masa lalu yang mana generasi hebat dari masa itu bersatu, walau bangsa berbeza. Mereka sanggup mati untuk prinsip itu. Jika bersatu atas warna kulit, tak kiralah warna sawo matang melayu atau hitam berkilat negro atau hitam selerti gagak di atas,ia belum tentu berjaya. Ini kerana prinsip yang dipegang mungkin berbeza, malah dicampur dengan kepentingan peribadi yang akan memecahkan kembali kesatuan yang berasaskan warna kulit itu! Oleh itu, bersatulah atas dasar prinsip. Sama-samalah mantapkan kefahaman kita supaya prinsip kita menjadi jelas. Published with Blogger-droid v2.0.2

Bergabung atau bekerjasama

Image
[kredit] Satu perkara menarik yang disebut oleh NPNL tadi ... sambil makan nasi dan ayam kampung di cheras. "BN terdiri dari 3 parti utama berasaskan kaum dan bergabung  di bawah satu parti" "PR terdiri dari 3 parti utama berasaskan prinsip dan bekerjasama dalam hal disepakati sahaja" ... apa beza yang ada pada mereka ini?
Aku geram kat pakcik yang banyak komen pasal pakcik yang kuat kerja tarbiyyah/pembentukan .. walhal dia sendiri kurang berbuat demikian! Aku sendiri segan pakcik yang beramal itu... Moga aku diberi kekuatan untuk bersemangat n bekerja sepertinya!
Semalam berdiskusi dengan UHO serta YHY serta AK. Diskusi kali ini sedikit sebab UHO x maklumkan. Dia nak tengok siapa yang concern pasal diskusi dan siapa yang kurang. Kaw-kaw UHO kasi pengajaran kat kami. Tu belum kira orang yang tak datang ! Tak sangka ini pun boleh jadi salah satu metode utk uji dan bina diri kita!

Mukhayyam di Chamang

Weekend ini aku bermukhayyam atau bercamping bersama teman-teman sehati sejiwa. Ia bermula sejak Jumaat malam, tapi aku join pagi Sabtu sebab aku memberi pengisian utk kem remaja di Kem At Taqwa Banting yang dianjurkan oleh Surau Baiturrahman PutraHeights. Pengalaman yang agak menarik di camping itu. Hujan turun tak ingat. Air jeram di kawasan hutan Chamang besar semacam sahaja. Waah! Bahaya kalau nak mandi. Tapi, ada kawasan yang airnya agak cetek, tapi boleh mandi dalam keadaan berjaga2. Kami kena masak makanan sendiri, menggunakan bahan2 yang ada dan dikumpul oleh peserta. Siang kami bertrekking. Lepas trekking ada tazkirah. Malam pula ada gusti. Gusti? Ini yang belum pernah dibuat oleh ikhwah di sini! Orang2 dilumurkan minyak dan cuba menolak keluar bulatan pihak lawan, atau cuba jatuhkan pihak lawan. Sungguh menarik. Juga lucu! Malam itu hujan turun lebat betul. Kami tidur dalam kebasahan. Esoknya, kami buat aktiviti polis sentri, yang mana pihak pencuri lari ke dalam huta

Solar panel

Image
Waaa! Atas bumbung Pusat Bandar Kay El dipasang solar panel. So, lepas ni kuranglah penggunaan elektrik di pusat membeli-belah yang superbesar nih. Published with Blogger-droid v2.0.1

Teringat

Image
Tatkala melalui stesen sri Rampai, aku terfikir... Lama dah tak bertemu dengan 'bekas' adik2 'bulatan gembira' (baca: halaqah usari, ini menurut inche Gabbana di blognya). Dah beberapa bulan... Semenjak mereka habis belajar bulan sembilan yang lalu... Kasihan juga mereka... Aku tak sempat nak benar2 memahamkan Mereka perihal kehidupan... tak sempat nak memahamkan mereka hakikat tugas mereka selaku hamba dan khalifah! Kasihan! ... mereka amat jauh lagi lemah berbanding adik2 TSM yang ultra bersemangat! Aku harus muhasabah... Apa yang aku 'telah' buat dan apa yang aku 'belum' buat terhadap mereka sehingga terjadi begini.... Moga Allah ampuni kesilapanku... Moga Allah beri hidayah kepada mereka!

Jalan2

Hari ni aku sekeluarga berjalan2 di KLcc park. Kusangka kolam mandi kanak2 dibuka. Rupanya ditutup. Ditutup setiap ISNIN!! Jadi, anakku bermain sampai berpeluh .. dan tidak dapat mandi. Tambah2 pula wife kena pergi meeting hari tu, walaupun cuti. Waaah. Cuti pun kena meeting. Memang kurang peri kesedaran hak asasi pekerja betul pihak pengurusan itu. Apa2 pun, setelah 2 jam bermain dengan anak, wife aku berjaya lari dari meeting itu. Lalu ... anakku kini keletihan dan tidur petang dgn nynyaknya...

Demam

Alhamdulillah. Hari ni, program futsal di putra heights berjalan dengan baik. Cuma,sayangnya tak ramai ahli ikram hadir (actual ialah 2 orang). Hmmm.. terlepas peluang utk bina bond yang lebih kuat utk masyarakat. Apa2 pun, yang ada tu jalankan program sebaiknya... walaupun tinggal dua.. Petang ni.. wife aku pula demam.... Terencatlah perancangan malam ini dan esok... Published with Blogger-droid v2.0.1

Awesome dan futsal esok

Wahh... Hari jumaat. Petang nan indah. Aku merasa sungguh awesome minggu ni, kerana terkesan dengan blog super saiya osem www.angelpakaigucci.blogspot.com .... Tulisan2 inche gabbana sungguh mengujakan hati. Tak sangka jumpa blog dakwah n tarbiyyah yang begitu cool dan santai... sesekali mengexeggerate klausa2 serta ayat tertentu .... srsuai dengan jiwaku ^_^ Hmm... Tiba2 aku jadi semangat utk update blog ini semula, walaupun dah tenggelam dgn keseronokan fb n twitter!!! Esok ada futsal di tinggian putra (putraheights). Pihak surau yg uruskan 90% ... aku n HA uruskan 10%. 10% ? ... ya, kami akan mengisi sedikit rekreasi hati kepada pemain2 futsal yg terdiri dari adik2 belasan tahun yang menganga sebab tak tahu nak buat apa masa cuti itu ... So .. Malam ni kena fikir, apa yg paling baik n berkesan terhadap hati budak2 iru ... Yang hanya akan disampai dalam masa 15 ke 20 menit ... Moga Allah permudahkan |^_^
Hari ni baca,blog angelpakaigucci.blogspot.com masa naik tren putralrt. Wah, sungguh berekspressi sekali! Hati menjadi terhibur riang membaca coretan santai berunsur dakwah. Sungguh osem ( awesome ) !! Published with Blogger-droid v2.0.1
Hari ini mendengar briefing berkenaan Syiria. Rupanya kejam pemimpin Syiria. Namun media barat seperti CNN, BBC dan seangkatan melaporkan sebaliknya. Bila melihat kekejaman yang dilakukan, ia sedahsyat israel laknatullah ; kanak2 dipotong kaki dan tangan, wanita diperkosa, lelaki dikelar dan dipaksa murtad! Tentera2 mereka bersukaria menyeksa orang2 syiria itu. Terasa harus kita ceritakan dan sampaikan cerita ini! Sebab berita dunia, apatah lagi negara kita ini, hanya melaporkan secara minimal dan selalu berita yang salah!