Posts

Showing posts from June, 2009
Kita perlu bersemangat dalam menghadapi kehidupan ini. Cabaran dan ujian pasti datang, dan kekadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka. Dalam sekelip mata kehidupan yang seronok akan menjadi sengsara. Oleh itu, kuatkan semangat tatkala diuji.  Bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan, jadi .. jangan putus asa dari rahmatNya!
Aku tidak terbang pulang hujung minggu ini. Hanya di bintulu, dengan program dan aktiviti yang ada : qiyam dan pertemuan dengan teman-teman membincangkan perkembangan dan arah seterusnya tarbiyah di sini. Kini aktiviti umum untuk remaja agak perlahan di sini. Ia sangat ketara kerana aku, YHY, MFSI dan SSI kurang tidak dapat memberikan tenaga dan masa untuk program umum remaja di sini. Ditambah dengan ZD yang sudah tidak mahu melibatkan diri. Kini suasana di sini agak sunyi pada pandangan orang awam. Aku, YHY, UAFH, UAS dan lain-lain mula menukar fokus. Kukuhkan tiang asas sebelum dibesarkan bangunan. Mantapkan tapak sebelum diletakkan batu-bata di atas. Aku harap, dengan fokus sebegini akan melahirkan lebih banyak kekuatan untuk menyampaikan kebaikan dan risalah ini kepada masyarakat di sini.
Image
Aku sangat sukakan sunset.Ia melahirkan suasana yang aku suka:tenang,sejuk,cantik. Aku sempat mengambil gambar dalam perjalanan ke lapangan terbang. Maha suci tuhan yang maha agung.
Aku baru selesai menghadiri forum elektrik dengan teman-teman sesama syarikat. Hm, menarik juga kalau selalu dapat mengikuti forum sebegini. Aku dapat melebarkan jaringan kenalan yang ada di kalangan eksekutif dan juga 'pakar'. Ada perkara baru juga aku temui semasa forum itu. Aku mendapati amat perlunya seseorang itu dikenali dan amat penting siapa yang mengenalinya. Wah, ini antara politik kerja yang aku belum mahir. Pakcik NPNL tegur juga aku masa forum itu. Ehe, aku tercakap ayat yang kurang elok bunyinya walaupun sangat penting mesejnya. Aku harap orang-orang yang ada di situ tidak terasa atau tersinggung. Masa forum itu juga, aku selalu pula berbual dengan bekas pengurus senior aku. Masa makan pagi dan juga masa naik kapal terbang! Mungkin Tuhan mahu begitu. Pengurus ini asyik menceritakan perasaan dan susahnya berjauhan dengan keluarga. Hmmm... mungkin dia lebih memahami kes aku sekarang berbanding dahulu. Aii ... apa yang aku tulis ni?
Image
Alam ini memiliki seribu satu rahsia yang amat luas.Kehidupan ini juga menyediakan pelbagai pengajaran bagi kita.Aku memerhatikan,lalu mendapati kita terlalu fokus terhadap diri sehingga terlupa hakikat tugas kita yang sebenar.Kita akan ditanya akan tugasan itu dan sejauh mana telah kita usahakan,bukan sebaoyak mana hasil yang kita dapati.