Aku teringat lagi junior aku tanya aku: "Cam mana nak istiqamah?"

Hmm .. soalan ini susah nak aku jawab, sebab pengalaman aku pelik sikit. Pengalaman setiap orang berlainan.

Tapi aku ingat kata si Z dulu. Dia dapat formula istiqamah ni dari pakcik F. Nak istiqamah mesti ada orang yang kita refer setiap masa, mesti ada tempat untuk tambah input(di samping diskusi) dan mesti ada output(iaitu inisiatif sendiri). Hmm .. in one way, benda ni berlaku kat aku di bintulu ni, malah amat intensif sekali, memandangkan skop kawasan tak seluas KL atau tempat di semenanjung(Aku belum lagi outreach ke pendalaman yang mana majoritinya bangsa lain).

Malah aku rasa, Dia overhaul semangat aku bila aku dicampak ke bintulu ini. Bila di bintulu ni, keluarga dah jauh, kawan sangat rapat, malah terasa semangat untuk isi setiap malam mengembara dengan kereta putihku untuk mencari orang. Mungkin di sini persediaan aku sebelum aku ke tempat lain untuk mengubah tempat itu.

Comments

Popular posts from this blog

Germany