Posts

Showing posts from February, 2010
Image
Perjalanan kita terasa sangat jauh bila kita tidak tahu di mana penghujungnya.Hanya yang mempunyai ketabahan sahaja dapat mengharunginya.Sebenarnya ia adalah cara Tuhan menguji keyakinan kita terhadapNya.Teruskan perjalanan,kerna kemenangan itu pasti tiba,yang adakalanya dalam keadaan yang tidak disangka.
InsyaAllah aku akan berpindah ke Kuala Lumpur tidak lama lagi ... tinggal menunggu surat rasmi dari pusat.... Apa yang berlaku menunjukkan kuasaNya yang Maha Hebat . Aku terkenang tatkala Dia membantu aku untuk mendapat ijazah kelas pertama ketika di Australia dahulu. Ia sungguh luar biasa! Dia telah menjadikan aku mendapat keputusan yang cemerlang ... lebih dari apa yang aku jangka! ... sedangkan senior-seniorku tidak pernah habis kursus dalam masa yang ditetapkan, kerana terpaksa extend semester. Kali ini Dia menunjukkan kuasaNya yang lebih luar biasa. Loji itu amat sukar untuk dibuka pintu bagi membenarkan pekerjanya bertukar lokasi. Ditambah dengan keadaan orang tidak mahu pergi ke sana... Tetapi, hujung tahun lepas, ketua bahagian elektrik bersama pembantunya mempropose lalu mem fight untuk menjadikan pergerakan aku suatu realiti. Ketua kejuruteraan menyetujuinya ... Suatu keajaiban! MasyaAllah. Tidak lama selepas itu, pergerakan aku diluluskan oleh ketua loji. MasyaAllah! Jika
Allah memperkenankan doa hambaNya. Kekadang, untuk menunaikan permohonan hambaNya, Dia persiapkan suasana dan keadaan sekeliling kita sebelum ia diperkenankan. Sementara persiapan berjalan, kita berasa seolah doa kita itu tidak diperkenankanNya. Jika kita tidak sabar, kita mula berputus asa lalu merasa kecewa dengan doa lalu berhenti. Jika kita sabar, dan memberi sepenuh tawakkal kepadaNya, nescaya kita dapati harapan itu muncul setelah kita berdepan dengan suasan yang putus asa itu. Realiti ini merupakan pengajaran yang aku ambil terhadap apa yang berlaku kepadaku kini. Juga aku dapati dari karya HRS yang amat popular, iaitu KCB1 dan KCB2.