Anda bekerja di satu syarikat gergasi dunia. Atau anda dipilih oleh Perdana Menteri untuk bekerja dengannya. Atau anda belajar di suatu universiti yang paling berprestij di dunia. Atau anda menjadi rakyat di sebuah negara yang amat maju dan terkenal di seluruh dunia.

Pasti wujud perasaan bangga di hati anda. Kita akan berasa sebegini apabila kita merasakan kita sebahagian daripada sesuatu yang besar dan hebat, tak kiralah sama ada ia adalah suatu organisasi atau negara.

Andai anda dipilih oleh Allah untuk melakukan kerja yang paling Dia suka hambanya buat? Andai anda dipilih oleh Allah untuk melakukan kerja yang Dia pernah bagi kat kekasihNya? Andai anda menjadi calon Allah untuk menyertai para Syuhada' dan orang-orang yang disayangiNya?

Adakah anda akan rasa bangga? (di sini bangga bukan untuk sombong, tapi untuk rasa izzah, tak tau apa nak disebut dalam bahasa melayu).

Bagi yang telah diberi kesedaran oleh Allah dan bagi yang mula melangkah untuk melakukan kerja menyeru manusia ke jalan Allah, tidakkah perasaan ini ada di hati? Apa yang ada pada kita ini sehinggakan Allah memilih kita untuk bekerja di jalanNya? Adakah kita ni hensem sangat? Adakah kita ni hebat ibadahnya? Adakah kita ni hebat ilmunya?

Tidakkah anda turut rasa terharu? Daripada ramai manusia di bumi ini, kita dipilih oleh Allah. Diri kita yang tak seberapa ini menjadi calon untuk berdakwah di jalanNya.

Namun mahu tak kita melakukannya? Atau kita nak lepaskan peluang ini dan biarkan Allah memilih orang lain lalu tidak memperdulikan kita?

Comments

Popular posts from this blog

Germany