Friday, March 20, 2009

Semalam aku mendengar nasihat dari seorang teman. Nasihat yang begitu mendalam lalu menjadikan aku melihat kehidupanku dari sudut yang lebih lain.

Nasihatnya begitu simple, tetapi kesannya besar dalam kehidupan... at least kehidupanku

"Dalam surah al fajri, ayat yang akhir.... "Kembalilah kepada Tuhanmu wahai jiwa yang tenang." . Jiwa yang tenang di saat kematian. Jiwa yang tenang di saat ia masih hidup.

"Kalau kita lihat dalam kehidupan, jiwa kita jarang sekali tenang. Selalu gundah gulana, sedih, keciwa, marah, lemah semangat... disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa. Orang yang nampak mewah dan menerima banyak kenikmatan belum tentu tenang...seperti sang kaya yang memasang begitu banyak sekuriti di rumah, sehinggakan tidak mengizin orang mengambil gambar di depan rumahnya.

Jiwa yang tenang ini sungguh luarbiasa... kerna jiwa yang tenang ini : memiliki hubungan yang begitu baik dengan Tuhannya, dan ia mengetahui dan menerima hakikat bahawa segala yang dia alami di dunia ini adalah anugerah Tuhannya, sama ada ia adalah benda ia suka atau benda ia benci. Kalau benda ia suka, jiwa ini mensyukurinya. Kalau benda ia benci, jiwa ini bersabar ke atasnya. Jiwa ini yakin akan itu, kerana itu ia mendapat pahala atas kedua-duanya."

Aku memuhasabah diriku. Aku mendapati banyak benda yang aku buat menyebabkan jiwaku tidak tenang. Aku begitu jarang mengingati Tuhanku. Aku sering marah terhadap apa yang menimpaku. Aku mungkin tidak mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang menimpaku.

Sekadar muhasabah terhadap diri di waktu pagi. Moga bermanfaat...

(Nota yang serupa ada dalam blog saya :)

Monday, March 16, 2009


Melihat kepada kad hari lahir yang isteriku buat untukku,aku tersenyum sendirian.Bersyukur aku kerana mendapat teman dalam hidup ini.

Sunday, March 15, 2009


Today I am 28 years old at 4am this morning. Thanks to Allah for life and memories given.I wanted to walk my life and fulfill my dream again.Words from my housemate to me,which I will remember for this special day:'If we do,it may change,it may not.If we do nothing,nothimg will ever change'.

Everything which has beginning must have an end (except Him).As I walked through esplanade unfinished site,it became clearer.Last week,I was a emotionally unstable.I was thinking of how bad I am now and I cannot do anything about it.It is true to certain extent,because I haven't done good enough.Life will change when we do changes to it,like today.

Friday, March 06, 2009


Life teaches us its lesson the hard way. The syllabi made us felt very painful in our heart. However...those lessons made us grow up. It also made us a stronger and tougher person.

Thursday, March 05, 2009


A glass can be half empty or half full.That is how people see things in life.

Sunday, March 01, 2009

Aku agak lemah kebelakangan ini. Barangkali sebab aku tidak balik lebih dari dua minggu. Tidak balik menjadikan aku lemah? Barangkali rindu terhadap isteri dan anakku menjadikan aku begitu. Aku memohon kepada Dia agar membantuku dalam menghadapi perasaan yang tidak stabil ini.

Tadi ketika aku termenung-menung selepas asar, terlintas di kepalaku berkenaan peristiwa hari ini. Apa dia?

Dari hari semalam, teman sekerjaku ingin meminta aku ke loji bersama engineer pensuisan untuk melakukan kerja tengah hari tadi. Bila tiba jam 12noon, dia telefon dan mengingatkan aku bahawa aku perlu bantu, tapi dia akan confirmkan sekali lagi dengan menelefon kepadaku selepas zuhur. Aku setujulah, tapi dalam hatiku aku memohon agar tak perlu turun loji hari ini kerana tiada mood. Zuhur berlalu...

Temanku itu tidak telefon. Tiba-tiba hujan sangat lebat. Sangat lebat. Aku kembali ke rumah lalu berehat-rehat menantikan panggilan dia, tetapi tidak ada. Aku tertidur-tidur dalam hujan yang amat lebat di luar rumah sana. Sehingga asar tiada panggilan. Jadi, memang tidak ke loji kerana sudah petang. Selalunya, kalau begini buat kerja hari esok lah.

Maka...

Aku tidak ke loji hari ini. Masya Allah! Dia jadikan aku langsung tidak ke loji. Dia Maha kuasa untuk melakukan apa yang Dia mahu!

Jadi aku termenung. Dia menjadikan banyak perkara berlaku sebagaimana yang aku pohon kecuali satu ... ya... satu-satunya permintaanku yang belum dikabulkan ...

... iaitu untuk berada bersama keluarga....

Barangkali ada perkara yang Dia mahukan aku lakukan di sini, dan ia masih belum selesai. Seolah-olah tugas itu tidak diberikan kepada orang lain, yang mana mereka satu persatu pulang atau pindah. Aku merenung terhadap apa yang aku lakukan di Sarawak, yang tidak dilakukan akhir-akhir ini.... ya.. itu dia...

Barangkali ini perubahan kedua yang aku akan lakukan selepas Australia?! Maha suci Tuhan. Aku memohon kekuatanMu andaikata itu yang Engkau tetapkan untukku!