Bekerja. Simpan duit. Berhibur. Naik pangkat. Makan. Berkahwin. Berkeluarga. Beranak. Bersama ibu dan bapa. Berada di negeri sendiri. Berada di rumah sendiri. Berada dalam suasana selesa.

Bestnya. Tapi apakah bezanya dengan orang bukan islam, kalau hidup kita berputar di sini sahaja?

Namun, sehebat-hebat hidup mereka, tetap tak sebaik apa yang Dia beri kepada kita. Ada atau tidak apa yang manusia-manusia lain dapat, tanpa hidayah ... tanpa kesedaran ini, tiada nilainya.

Siapakah manusia terhebat? Siapakah manusia yang Allah sayang?
Adakah manusia yang hidup untuk diri dan keluarganya sendiri?
Adakah manusia yang kekal tinggal dalam negerinya sendiri?
Adakah manusia yang berasa cukup dengan dirinya sahaja yang terjaga?

Kerja kita bukan sekadar nak bangunkan manusia. Kerja kita untuk bina manusia. Bukan berkerja empat tahun sekali. Bukan bekerja setahun sekali. Bekerja setiap masa. Bekerja setiap hari. Bekerja walau hasil macam tak nampak lagi.

Istiqamahkan kami. Tabahkan hati kami bila kami dihimpit oleh kekejaman realiti. Hidupkanlah hati kami di saat hati-hati lain sudah mati. Matikanlah kami dalam keadaan bekerja di jalan ini.

Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany