Posts

Showing posts from May, 2004
Apakah perasaan aku hari ini?
Kekadang,bila kita melihat orang lain,kita nampak diri kita... Barangkali manusia itu adalah kita ... andai kita tidak dikejutkan oleh orang lain... Barangkali manusia itu adalah kita ... andai kita sudah mahu tidur... Kini aku memahami sedikit senario di sini.Untuk benar-benar memahami sesuatu,kita perlu mengalaminya.Apa yang aku kata di zaman student dan apa yang aku kata sekarang sangat berbeza... Namun,projek 600 tahun ini belum boleh terbengkalai lagi.Selaku kontraktor,aku kena terus berusaha!!!
Kawan... Tak sangka jugak,aku diperhati dan nak dijadikan contoh.Siapalah aku... Andai nak ikut gak,silakan...ambil yang baik sebagai teladan dan yang jahat sebagai sempadan ... Aku nak ingatkan kalian...aku hanyalah manusia yang sedang berusaha!
Boku desu! Aku ada seorang kawan yang sering menelefon dan mesej kat aku,terutamanya bila dia rasa aku diuji dan bila dia diuji.Seolah dia menelefon dari canberra ke clayton,walhal kini dia menelefon dari canberra ke KL.Begitu jauh,namun baginya barangkali begitu dekat. Sememangnya dekat,andai ia dirasa dari hati...yang penuh dengan perasaan bersaudara kerana ilahi. Ada seorang lagi kawan,yang telah mula keje,tapi dia masih tenang dan masih melayan aku seolah kami masih berada di Melbourne dahulu.Tidak diketahui betapa sabar dia menghadapi ujian,namun di wajahnya ada ketenangan. Ada satu watak komik tu,bila ia pulih dari luka parah,ia jadi lebih kuat,malah semakin kuat setiap kali menghadapi musuh.Musuh pun makin hebat pada setiap episod baru.Namun dia tak putus asa dan berusaha menguatkan diri demi mengalahkan musuh itu.Malah dia rasa seronok dengan cabaran yang lebih hebat dari musuh itu. OK.Jadilah yang lebih kuat selepas ini!Yosh!!
Ohayou! Semalam pegi ke umah dua pupu aku.Dia kawin ari ni.Laki dia dari NS.Lama tak jumpa orang kampung aku.Mak dan ayah pun menolong.Ye la,bila sedara nak kawin semua turun padang untuk membantu. PAgi ni pegi ke majlis kendurinya.Semalam prepare jek.Keluarga lelaki akan sampai tak lama lagi.
Kamal san, I am writing to you on behalf of your calm self.Well,we were tested for several weeks.First,the test of disappointment to people.Then the test of hopelessnes.Then the test of temper control.Lots of tests,ne? Hmm,I think that we should not give up.I know,we are learning by experience right now and some theories are left as theories by now.I think we should remember that humans are just humans.They are imperfect and equal to us.The only difference is their faith to Him.So,for the time being...just see them as humans.Reality is always different than theory. OK.Things will be ok.I can't help you.Those people also can't help either.Only Him. See you later.Mata ne...
Boku wa kazoku ni uchi ni imasu! Ramai sangka aku dah hilang. Takdelah.Tak hilang.Cuma ada keje sikit. Masa orientasi dulu aku jumpa seorang yang aku kenali sebagai lion king.Dia ajar aku bagaimana nak hidup dalam rimba kehidupan.Dia nasihatkan aku ... macam mana nak elak dari dimakan.Tak sangka juga,tapi itu sebab yang aku rasa aku jadi cam yang aku lihat ni. Hmm .. baru aku tau,aku sebenarnya pemarah.Kena kurangkan dan kawal sifat ni.Ganbatte ne!
Boku...mo Hmm ... I felt homesick already.I do know why. Anybody know where I can find cheap accomodation near putra-LRT stations?I am still looking for one. OK.Back to work!
Hari ni sakit perut.Ujian dan pahala.Sabar je la.
Boku desu!! Bersemangat kembali!!!!Yosshhh! Ok.Aku baru balik semalam.Naik bas Transnasional.Tunggu kat Geliga.Cemas gak sebab bas tak datang2.Bas 11.30 malam,tapi tiba 1.00 pagi.Masa tu aku dengan sorang memeber je kat situ... Kat sana menarik gak.Aku lepak dengan member seAussie.Ramai keje kat sana.Ye la,ramai yang berkelulusan kimia dan petrol.Mereka ni baik betul layan aku.Terharu dan terhutang budi kat mereka .. ehe ... Paling best bila aku dapat merasa jaket loji buat pertama kali.Smart la!Pastu dapat lak bertegur sapa dengan GM dan juga operator2 yang ramah. Hmm ... di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan yang mengejutkan aku dari tidur.Malah ada pakai SMS lagi.Amat terharu.Benar ... bila keje .... senang mengantuk sebab terlalu penat. OK.Minnaaa san(semua orang) ... boku wa ikimasu!!!!
Boku... Hmm.Bila dah bertemu dengan dunia sebenar,baru aku tahu sakit dan peritnya realiti. Aku sangat mengantuk.....
Boku desu! Tak tahu lagi bila boleh memblog.Tak sangka keje banyak lak tiba-tiba.Division aku banyak projek.Ni dah nak ke kerteh pulak. Hmm...rumah pun masih dicari.Harapnya jumpa tempat yang sesuai.Yang sekarang mungkin sementara. Di mana kawan di saat ini?Hanya aku menolong diri sendiri.Hanya Dia yang mengetahui ... betapa sabarnya hati ini. Semoga aku masih selamat.
Kawan ... Terima kasih atas keperihatinanmu.Tak kusangka kupunya adik lelaki yang amat perihatin,meskipun tiada pertalian darah antara kita. Barangkali inilah yang kita kata sahabat.Terima kasih hukamak! Baiklah...aku akan cuba jadi lagi bersemangat.amiin!!!
Boku desu! Tadi jadi attendant stesen pam kat TTDI.Stesen tu stesen pertama syarikat ni kat Malaysia.Stesen ni memiliki sejarah yang bermakna buat syarikat ni.Sekarang aku mengerti nilai di sebalik syarikat ini.Hmmm,aku terasa kagum juga dengan apa yang ia ada dan apa yang ia lalui. Sempat la mengelap cermin beberapa buah kenderaan.Nak isi minyak,sekarang kat lembah klang semua pakai sistem layan diri.... Tadi aku jenguk website thesis universiti aku.Hmm,kali ni supervisor aku,Prof Russell tak banyak dah offer topik untuk thesis dia.Ada satu topik dia senaraikan semula.Hmm,mungkin yang tu dia masih tak puas hati.Nasib baik topik aku dah tak ditulis.Kalau ditulis,maknanya thesis yang aku buat tak memuaskan.Alhamdulillah. Esok aku tamat orientasi.Tak tahu lagi bila boleh online.
Hmmm... Semakin lama di sini semakin dapat kulihat kehidupan orang.Aku perlu wujudkan karisma tersendiri.Jika tidak aku akan dibuli.Kalau tak pun akan dikasihani.Rupanya aku kurang dihormati.Patutlah masa student dulu aku kurang dihormati walaupun menjadi seorang ketua yang tak ada gaya tersendiri.Aku rasa tak suka bila fikir benda ini,tapi itu apa yang kawan-kawan di sini perhati.Mereka kata aku perlukan sesuatu untuk memantapkan identiti.... Tadi mencari rumah bersama dua orang teman.Teringat aku masa student dulu.Mencari rumah yang dekat dengan uni.Kali ini rumah yang dekat dengan lrt. Esok jadi pekerja stesen minyak.Lusa program tamat.Pastu apa yang akan berlaku,aku serah kat Dia.Semoga ia adalah yang terbaik.
Beberapa hari ini aku belajar berkenaan cinta... Ada kawan aku cerita,ada perempuan yang mewujudkan dua atau lebih teman lelaki,supaya dia dapat memilih yang mana terbaik untuk dia.Kenyataan ni aku dah dengar masa aku kat Sunway dulu.Hmm...perlu pasang dua tiga orang BF untuk cari seorang yang setia. Adakah lelaki begitu?Hmmmm...kalau dalam TV,dapat kita lihat contoh-contohnya.Begitu sukar untuk mencari yang setia.Begitu sukar untuk menemui yang sehati sejiwa. Barangkali,paling sukar untuk mencari yang menambahkan cinta kepadaNya . Ada kawan aku bincang,bila ada cinta dalam hati,maka ia akan mengubah atau menentukan perangai seseorang.Aku setuju,sama ada ia cinta kepada manusia dan juga cinta kepada Dia.Bila kita cinta kat seseorang,kita lebih cenderung untuk ikut perangai atau kesukaan orang yang dicintai.Namun, cinta itu tidak dapat menandingi cinta kepada Pencipta .Cinta ini menyebabkan pencinta sanggup hilang nyawanya.
Hmm ... boku desu! Tadi bincang pasal problem solving....lebih kepada analyzing the nature of the problem.Selalu kita cuba selesaikan masalah daripada menentukan punca masalah yang mengakibatkan kita lagi bermasalah. Ada bincang pasal relationship.Hmm...semua yang aku kenal kat sini(hampir semua),pernah ada pengalaman GF-BF,nampaknya aku la yang pelik....
Boku desu! Huh huh...baru balik dari cheneh.Penat dan puas hati. Ahad.. Bertolak dari pusat training ni.Naik bas ramai-ramai.Pakai casual.Aku duk sebelah madi.Dia room mate aku untuk training ni. Berhenti di Kedai mamak kat dengan hospital Temerloh yang belum siap.Solat dan makan.Dalam bas tengok cerita Mosquito Island.Ingatkan best,tapi pening2 je cerita ni.Dahla tu,ending tak best. Isnin... Air takde.Aii..aku pun turun ke kolam untuk wudhu dan cuci badan.Orang lain ada yang langsung tak mandi.Tempat ni ada masalah air sket.Lebih2 lagi sekarang musim kemarau kat negeri Terengganu ni. Pastu exercise sket.Makan pagi.Pastu pergi main panjat dinding.Aku dapat naik separuh je.Pastu tangan cram sampai takleh pegang batu kat dinding.Ada sorang lagi yang kaki cram.Sorang lagi terus sakit kaki.. Petang lak buat latihan dalam hutan.Banyak yang aku buat kurang sempurna.Dari sini dan aktiviti memanjat tadi,aku dapat lihat yang aku ni amat lemah dari segi aktiviti fizikal dan b
Esok aku akan ke Kemaman.Buat team building course.Semoga semua selamat.Amiin.
"Kamal,kau bila nak kawin?" "Aku?" "Ye la ... ko kan hensem... takkan takde kot?" Hmmm.Terima kasih.Time aku rendah diri kepadaMu kau ceriakan aku kembali melalui kawan aku ni.
Tadi bincang pasal corporate image dan professional image... Di situ aku melihat kembali kepada diriku.Aku sedar.Aku miliki banyak kekurangan dari segi fizikal.Aku merasakan aku kurang bergaya dari orang biasa.Ehe... Namun,adakah aku tak perasan kelebihan lain yang ada?Adakah aku mensyukuri dan memanfaatkannya?
Sejak bergaul dengan orang dewasa,aku perasan ... barangkali diriku belum cukup dewasa jika dilihat dari jiwa,namun terlalu dewasa bila dilihat dari mata.
Hari ni dua event berlaku.... SAtu,salah seorang peserta orientation ni sambut hari jadi dia.Dua,ada sorang lagi peserta orientation tertinggal kat shopping complex.
Tadi belajar pasal branding.Ya.Pasal brand atau jenama . Bukan sahaja syarikat,setiap manusia pasti mempunyai jenama .Andai kita tidak memiliki jenama,mungkin kita akan di jenama kan oleh orang lain.Jenama adalah impression orang terhadap kita.Jenama membawa mesej yang mungkin akan memberi kesan kepada orang lain.... Apakah jenama yang aku ingini? Adakah aku membawa jenama islam ...yang mana bila orang lihat aku,dapat ia lihat keindahannya sebagai akhlak,sistem,budaya dan yang penting sekali cara hidupnya?Adakah orang tertarik untuk tahu lebih dalam mengenainya bila melihat aku? Adakah aku membawa jenama kejepunan...bila orang melihat aku....mereka ingin tahu sebagai berkenaan jepun.....dari segi anime hinggalah kepada budaya ... walaupun aku bukan bangsa jepun atau belajar di sana... Adakah aku membawa jenama suatu bangsa itu....yang mana bila orang melihatku ... apa yang mereka nampak ... sifat lemah ... dengki-mendengki .... perlahan .... suka berseronok dan bermain-m
Hari ni hari kedua kat sini.Hmm...tadi buat exercise sikit.Penatnye.... Siang tadi dengar briefing dari orang HR dan orang CDU .Menarik .... ada lawak,dan ada beberapa teguran seperti ... kena jaga kesihatan,kena fikir luar kotak dan kena berani.... Pak cik HR banyak share cerita.Menarik.Yang best,dia still kenal aku.Ehe...ingat lagi aku masa jumpa kat kenduri ari tu... Hmmm...surau masih kosong.Kesian kat surau tu....
Terima kasih kepada mereka yang mendoakan aku.Amat terharu.
Ni menulis dari satu tempat yang aku dah lama tak singgah. Dulu singgah masa mula-mula dapat tawaran pinjaman boleh ubah.Lepas tu singgah masa orientasi bagi pelajar tahun 3.Kini,singgah untuk orientasi sebagai eksekutif. Tadi,aljabal call.Lama tak dengar suara dia.Rindunyeeee.Teringat aku bila bermalam di rumah dia kat bangi. Pastu,ada kakak ni cerita aku pasal satu business yang menarik.Direct buying.Hmmm...camne ye.Menarik tak kalau aku tengok? OKlah.Semoga langkah pertama ini bersih!Selamat berusaha!
Begitu mahalnya nilai sebuah hidayah ... Di manakah dari diri ini yang menyebabkan ia dipilih? Aku bukanlah sehebat yang lain. Namun diberi tugas seperti mereka,menurut kemampuanku yang tidak seberapa ini. Terima kasih dan segala puji buatMu. Kuharap agar hidayah yang amat mahal ini tidak hilang di kemudian hari. Kuharap hidayah ini dapat dirasai oleh orang-orang yang di sisi dan orang-orang yang disayangi ... juga orang-orang yang telah di bakar i ... Selamat mengembara kembali .Seorang manusia biasa yang mencari dan menemui ...
Dahulu ... dia membaca dan membawa risalah. Setelah itu... dia membawa ijazah bersama risalah. Akan datang... dia di pejabat memfotostet risalah. Suatu masa nanti... dia hilang nyawanya kerana risalah. Kini dan selamanya... dia bertugas menegakkan risalah. adakah dia itu aku?
Seminggu ni asyik berjalan je.Sempat balik kejap ke rumah untuk basuh dan keringkan baju.Ni lepas ni mengembara lagi. Nanti .. bila tiba masanya.Cabaran akan jadi lebih hebat.Nak tak nak kena hadapi juga.Aku dah lihat kawan-kawanku yang dah lama lalui cabaran ini.Amat kagum dengan mereka.Habis sahaja kerja mereka,terus mereka buat kerja seterusnya.Aku tahu mereka penat dengan urusan siang hari.Namun,di fikiran mereka...banyak yang perlu dibuat.Sebab jalan ini amat jauh. Sejauh 600 tahun lamanya.... Semoga aku sudah bersedia untuknya.Semoga aku dapat bertahan sebagaimana mereka....
Apa yang anda akan buat bila bertemu ramai orang yang berpotensi untuk buat kerja? Sebegitu banyak.Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka untuk istiqamah...