Posts

Showing posts from September, 2012

Mehnah kepada J

Dahulu... J ini diuji dengan mehnah pergeseran yang agak nampak di kalangan pakcik yang berada di atas. Kini.. aku melihatkan seolah ujian untuk J telah berubah. Mehmah kali ini lebih halus, yang mana wujud penguasaan pakcik tertentu dalam halatuju J ... lalu menyebabkan kita lupa tangga-tangga yang perlu dilalui..

UMFS dan Qiam

Semalam telah berlalu Qiam untuk semua ahli lelaki IkSJ. Alhamdulillah, agak ramai datang, cuma kurang menepati hadaf utama. ahli yang level awalan 01 kurang kehadiran mereka. Yang ramai dari yang veteran dalam D&T ini. Mungkin kena muhasabah, mengapa mereka tidak hadir dan bagaimana nak pertingkatkan di masa akan datang. Aku juga berkesempatan bersembang dengn Ust MFS (UMFS). Dia adalah seorang yang sangat lama di jalan ini, serta sungguh jauh pengalmaan dan wisdom yang dia ada. Dia mengingatkan aku akan UQY dan Sang Murabbi yang pernah menjadi movie best itu (DVDnya entah ke mana sekarang) UMFS banyak memberi nasihat dan motivasi yang basah kepadaku. Dia mengatakan, seteruk mana IkSJ ini, di luar sana lagi dahsyat (i.e. daerah2 lain). Jadi, jangan rasa susah hati dengan hiruk pikuk di daerah SJ ini. Nasihat yang sangat baik, untuk memotivasikan diriku untuk sabar bila berada di daerah ini.

Meeting JiKan

Masa ini dibuat meeting untuk JiKan, satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh JayKayPi untuk menjadikan IKRAMOZ dapat ditubuhkan di Australia. Yang hadir lagi ramai dari sebelumnya, dgn kehadiran ikhwah akhawat dari SPeSiaL (nama baru bagi SLN .. iaitu Sekretariat Pelajar Seberang Laut!) Masa meeting, DHS membuat statement yang agak memanaskan jiwa dan ruh bagi yang mendengarnya. Kata2nya seolah2 pelajar di Australia yang dibentuk oleh SLN dahulu dan sekarang, tidak mengikut IKRAMOZ, dan akan tersasar jauh. Tidakkah dia sedar bahawa semua hasil yang SLN buat sebelum ini menjadi tenaga kerja bagi IKRAMMalaysia. Namun, yang terkena statement panas hanya tersenyum, atas dasar ukhuwwah teras kegemilangan. Di hati ini hanya mendoakan agar Allah memelihara Dakwah n Tarbiah di bumi orang Melayu majoriti ini, dan juga di bumi Kanggaru sana.

Iklan surat khabar

Image
Wah! Projek loji janakuasa tundah keluar iklan surat khabar!

16 jam...

Image
Akhir-akhir ni sangat sibuk dengan kerja. Seolah buat kerja untuk 16 jam, bukan 8 jam! Aku terlibat dengan design asas untuk loji janakuasa,yang mana tarikh akhir (dateline) hanyalah di keliling sudut (around the corner). Hmm.. agaknya ini perasaan YHY masa dia kena perah kat sini...

Perancangan sebelum tidur...

Sebelum aku tidur... ingin aku ingatkan kepada diriku akan perancangan ini... ... rancangan untuk mengubah keadaan! Aku akan berusaha untuk hidupkan DnT di daerah ini, walaupun macam kelihatan melakukannya seorang diri ... (oh, sungguh rindu akan YHY dan UAFH di saat kita berbincang di waktu malam berkenaan DnT) Aku ingin memulainya dengan memastikan Qiam dan Program pemantapan mahasiswa weekend ini dapat berjalan, walaupun sedikit. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk berusaha untukMu! Amiin.

Restoran Mamak ....

Tadi jam 12.15am, aku bertemu dengan AE di restoran mamak yang terletak tidak jauh dari rumahku... Restoran itu ada memasak roti canai garing, yang sangat diminati AE. Kukira... agak banyak kali aku bertemu dengan AE di restoran itu... Tiap kali berjumpa, aku akan mendengar AE mengupdate kisah Dakwah dan Tarbiah yang diusahakan olehnya. AE pun mendengar kisahku sebagai timbal balas... Malam ini, aku berjumpa lagi dengan AE... kali ini kami sama-sama mengadu kesedihan akan suasana daerah kami yang mula mencair dari pemikiran yang asal. Maklumlah, prioriti sangat tinggi diletakkan pada usaha bersopan santun dengan masyarakat, berbanding usaha untuk membina peribadi muslim yang akan membantu usaha bersopan santun dengan masyarakat. Namun, di sebalik kesedihan itu, kami saling memotivasi antara satu sama lain, supaya terus beramal di jalan ini. Allah tak akan tanya hasil atau apa yang kita dapat, tapi Dia akan tanya apa yang kita dah buat. Lama juga kami berbual sambil minum te