Posts

Showing posts from 2016

Jangan Putus Asa

Tadi tatkala membaca surah al-Qasas... terbaca kisa ibu nabi Musa. Dia sangat takut... anaknya mungkin dibunuh seperti anak lelaki lain pada masa itu. Allah ilhamkan dia supaya lepaskan anaknya di sungai. .... sesuatu yang tidak lojik dan merbahaya. Namun, perancanganNya lebih baik dari apa yang dia sangka. Akhirnya Musa AS diambil oleh isteri Firaun dan ibu Musa AS sendiri yg diminta menjaga dan menyusukan Musa AS dalam istana! Begitulah kita. Adakalanya kita buntu dgn cubaan dan ujian di depan mata. Seolah tiada harapan. Janganlah berputus asa terhadap Allah. Teruskan berdoa dan percaya kepadaNya. Dia pasti ada perancangan yang lebih baik buat kita. #TrustAllah #Faith #NeverGiveUp

Puasa di perantauan

Image
Minggu ini aku menjalani ibadah Ramadhan di Nuremberg, Germany selama seminggu. Bermula dari 1 Ramadhan. Bersahur jam 2 pagi. Subuh jam 2.45 pagi. Berbuka jam 9.20 malam. Isya jam 11.30 malam, tapi aku lewatkan ke 1 pagi supaya dapat terawih lalu sahur dan terus subuh. Alhamdulillah. Masih dimudahkan Allah.

Penawar

Sedar tak sedar, aku sudah 5 bulan di bandar ini. 400 km. Mengulangi sejarah semasa di Sarawak dahulu.

Terima Kasih

Tadi berbual dengan isteri masa sarapan. Bincang pasal ahli keluarga dan teman sekerja yang mula berniaga walaupun mereka ada kerjaya. Malah, mereka terdiri dari orang yang memiliki jawatan besar dalam jabatan mereka. Aku setuju. Nak tak nak kena mula berniaga. Cuma masih belum idea bagaimana nak bermula dan dari mana. Isteriku mencadangkan buat barang seni dengan tema. Antara tema yang dilintaskan ialah Terima Kasih. Menarik juga. Mungkin ramai yang akan mendapat manfaat dari hasil seni ini. Moga diberi kekuatan dan kemudahan untuk bermula.