Posts

Showing posts from May, 2008

Kebenaran

Image
Wahai Tuhan,tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar.Jika jalan ini kau tak redhai,tunjukkan aku jalan yang benar dan jadikan aku melaluinya. Engkaulah penjaga kebenaran.Pasti kau tak akan biarkan kebenaran itu padam dengan kebatilan.
Semalam aku tiba di rumah.Aku melihat Husna tersenyum gembira.Dah 3 hari dia tidak melihat ibunya,apatah lagi ayahnya.Isteriku ke luar negara atas arahan syarikat.Aku sangat sebak dan menangis malam itu.Aku seolah mendengar rintihannya bila aku memeluknya.

Travel

Image
Melihatkan kerusi dalam ERL, baru aku sedar begitu lama aku 'mengembara'.Dijadikan aku melihat tempat yang aku tidak sangka.Dijadikan aku merentasi malam di tengah hutan.Dijadikan aku belajar bahasa yang lain.Dijadikan aku mendalami teknologi dan pengetahuan. Pengembaraan yang tiada henti...menjadikan aku melihat sendiri keluasan ilmuNya!
Alhamdulillah, Kursus INTI 1 berjalan dengan selamatnya. Segala puji bagi Yang Maha Kuasa!

Mi Kolok

Image
This meal is quite common in sarawak

A telephone pole sighted!

Image
Seems that telekom has started the installation of poles for telephone line.It triggers one thing in my mind....streamyx!
Lagi dua hari akan diadakan INTI 1 di bintulu. Sekali lagi program ini dibuat. Ni masuk kali ke 4 aku melalui program ini. Kali ini tanpa kehadiran ZD sebagai koordinator. Siapa yang akan lakukannya? Aku diamanahkan untuk itu kali ini. Setakat ini persiapan macam ok. Cuma caraku menampakkan ia agak simple dan boleh dilaksanakan terus. Apa-apa pun hanya Allah sahaja yang boleh menjadikannya berjaya ... atau sebaliknya.

Down it goes..

Image
The staircase in my office.It goes down.
Hari ini aku berbual dengan ketua section di tempat kerja. Dia mengatakan ada berita gembira untuk aku. Aku harapkan ia berita yang aku inginkan. Namun berita itu hanyalah maklumat berkenaan prestasi aku yang lalu yang agak baik. Syukur. Tapi aku masih menantikan berita yang lebih besar dari itu.... Selepas itu kami sembang sebentar. Nampaknya ini sahaja bos yang menyetujui isu besar yang berlaku di syarikat ini. Dia sendiri mengalaminya. Malah kelihatan jelas di wajahnya, kesedihan yang dia alami dengan anaknya yang kecil itu. Tapi, apakan daya. Dia sendiri tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk mengubah segalanya. Entahlah. Moga segalanya berjalan dengan baik....
Someone replied to me today. 'Why not try lecturing?' Hmmm... I have been doing maintenance for quite some time. Maybe ...
Image
Tadi berjalan-jalan di esplanade bintulu. Indah juga suasana di sana. Matahari yang terbenam. Keluarga dan anak-anak berjalan-jalan. Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan remaja bermain skate dan rollerblade. Salah seorang darinya ialah HFJ. Wah, tidak sangka aku bertemunya di sini. Sehari yang lalu aku terfikir untuk bertemu dengannya, cuma tidak terlintas bagaimana. Tuhan yang maha hebat telah menemukannya di sini dalam keadaan yang ku tak terfikir akannya. Aku menegurnya. Dia membalas. Kami berbual mengenai masa-masa dia di UPSI sana. Seronok dia menceritakan perihal murabbinya semasa dia belajar. Kemhirannya dalam sukan X dihargai, kerana tidak ramai remaja, malah dewasa pandai main sukan ini, apatah lagi memanfaatkannya untuk mendekati remaja yang berminat sukan X ini. Dia bersalah takut-takut aku membencinya disebabkan sukan X itu. Tidak salah. Bahkan aku suka bila dia memanfaatkannya untuk menarik remaja-remaja rollerblade dan skate ke arah islam, yang mana aku sendiri tidak mampu.

Trashcan in LCCT

Image
This is a trashcan.People put trash in it.
Semalam aku menerima panggilan daripada jurutera di loji di bintulu sana. Mengadukan kepadaku masalah kepada satu janakuasa di sana. Sehari demi sehari masalah timbul di loji itu. Adakah ia sedang dicelakakan oleh manusia-manusia yang dizalimi olehnya? Aku dapat membayangkan betapa bencinya manusia yang bekerja di situ terhadap loji itu. Ia seolah menyumpah diri tetapi mereka tidak peduli. Peristiwa udang dan masalah yang banyak sudah berlaku, namun tiada yang mahu memahami. Mereka yang di pusat ataupun di atasan sana.... ...Sememangnya sedemikian, kerana mereka bergembira bersama keluarga, tidak diperlakukan seperti mesin dan dilayan dengan enaknya.
Semalam pengurus loji berjumpa dengan 3 orang staf perempuan; dua orang mengandung dan seorang suami kerja di kuantan. Ketiga-tiganya dipisahkan dari suami. Ketiga-tiganya berulang ke KL naik flight. Ketiga-tiganya memohon dan mengharap dapat ditransfer. Aku sangka pertemuan itu berita gembira. Sangkaanku meleset. Mereka tak akan ditransfer. Aku tidak tahu apa yang akan menyelamatkan syarikat ini lagi.
Hari ni aku balik bersama MFSI. Dia cuti sebulan campur kursus,aku sampai isnin sahaja. Wah,hampir setahun bersama,baru kali ni dapat fly sekali. Dia hantar aku sampai ke STAR. Sepanjang jalan dapat sembang-sembang sedikit sebanyak. Banyak lagi yang aku belum kenal dari dia. Begitu juga dengan teman-teman yang lain. Walaupun kenal lama,masih banyak belum ku tahu.
Tadi aku bersama KAI dan MFI menyiasat berkenaan janakuasa 4020. Mula-mula KAI dan MFI yang menyiasat kerana aku pergi mendengar pembentangan di auditorium loji. Setelah makan tengahari, aku membantu KAI. Sehingga petang, hampir dapat penyelesaian dan pagi esok mereka nak buat beberapa ujian terhadap janakuasa 4020 tu sebelum jalankan ia sepenuhnya. Namun, sepanjang hari tadi, tiada orang peduli apa yang KAI, MFI dan aku buat. Bos dan Pakar-pakar teknikal tidak membantu langsung, kecuali seorang. Aku melihat KAI dan MFI bertungkus-lumus sepanjang hari, tetapi tiada orang yang peduli, terutamanya yang berpangkat tinggi. Kasihan. Lain pula dengan kerja islam. Dia sentiasa memerhatikan hambaNya yang membuat kerjaNya. Selalunya orang yang buat kerja islam tidak disedari oleh kebanyakan orang tetapi orang-orang sebeginilah yang lebih besar nilainya di sisi Tuhannya.
Tadi aku hampir hilang pas kerjaku. Puas aku mencarinya. Terbayang aku akan membayar denda dan membuat laporan polis akibat kehilangan itu. Aku berserah sahaja kepadaNya. Terus aku pergi ke rumah pengawal utama lalu bertanyakan berkenaan apa yang harus dibuat bila pas kerja hilang. Sajan Mejar itu memandangku sekejap. 'Cuba pergi ke pintu pengawal untuk kontraktor. Barangkali ada di sana. Tadi saya ada dengar kontraktor jumpa pas staf' Aku ke sana. Alhamdulillah, jumpa pas kerjaku kembali. Secara tidak sedar, aku berusaha dahulu baru meminta bantuanNya. Itu seolah reaksi seorang manusia. Ya, manusia cenderung untuk percaya bahawa mereka boleh melakukannya disebabkan oleh kelebihan yang ada pada dirinya, walhal Tuhanlah yang menjadikannya boleh berlaku. Barangkali itulah yang dimaksudkan dalam surah al alaq ayat 6 hingga 8 ...
Hari ini janakuasa 4020 trip . Malah merosakkan sebahagian dari penstabil voltan janakuasa. Seharian aku bersama jurutera-jurutera lain bertungkus lumus untuk menyiasat mengapa dia trip . Orang Teknikal Profesional pun pening kepala mencari punca kejadian itu. Hampir semua disiplin elektrik terlibat dalam pencarian punca trip ini termasuklah jurutera dari bahagian mekanik dan instrumentasi. Setelah maghrib, baru kami menemui puncanya. Ia adalah kerana kaedah shutdown mark lima yang salah menyebabkan signal yang salah sampai ke janakuasa lalu merosakkan penstabil voltan janakuasa. Jurutera mekanik dan instrumentasi terkejut dengan penemuan ini kerana selama ini mereka berbuat demikian dan tidak menghadapi masalah. Cuma kali ini mereka tersilap dari segi pelaksnaan prosedur, lalu terjadilah trip itu. Wah, kesalahan yang kecil mengakibatkan janakuasa trip , dan ramai jurutera elektrik, mekanik dan instrumentasi habis masa seharian mencari puncanya. Bila aku melihat kepada kehidupan, ke
Tadi bertemu UAFH di surau. Hujan renyai-renyai di luar surau. Seperti biasa dia menyapa aku. Berbual dengannya. Dia tersenyum. Azan mula berkumandang. Oleh pelajar IIB. Kami solat hingga selesai. Aku menceritakan perihal diriku. Aku terpengaruh dengan suasana yang berlaku. UAFH tersenyum sahaja. Dia menceritakan aku sesuatu yang menyebabkan aku tersenyum. Sesuatu yang mengingatkan aku kepada apa yang YHY pernah katakan kepadaku . Syukur pada tuhan. Dia ajarkanku apa yang tidak aku tahu sedikit demi sedikit. Terima kasih kerana mengajarkanku. Aku pun naik avanza milik YHY untuk pulang.
Image
Hmm .. tadi main bola di tepi pantai dengan remaja dan pelajar IIB/MAQ. Seronok tengok orang-orang tua/dewasa main air! "Bila masuk dalam air laut, semua seronok main, tak kira orang tua atau orang muda. Mungkini ni fitrah kita yang terpendam dalam diri kita" Hari ini hampir hujan. Aku mengadu ke pemilik hujan supaya ditangguhkan. Tiba-tiba hari yang mendung menjadi amat cerah terang benderang. Syukurlah.
Akaun fly.to aku dihentikan perkhidmatannya. Tulisan mereka : Dear fly.to member, Our content administrators have seen fit to remove your account. They had the following comments to make regarding this removal: We do not allow redirects to sites in this language The following redirects have been removed: fly.to/ikomik Hmm ... macam mana dengan nasib komik aku di sana? Macam mana orang-orang yang nak cari link ke sana? Nampaknya kena cari redirector lain la. Atau ...
Tadi aku meluahkan perasaanku kepada Pakcik aJb.Ketika itu perasaanku bercelaru dengan keadaan sekarang.Pakcik aJb membalas dengan nasihatnya.Aku terjaga.Aku tersenyum.Rindu betul pada nasihatnya.
Kalau masih belum dapat apa yang kamu mahu, barangkali perlu lakukan dengan cara yang lain!
Hmm.... Orang tua menghentam kamu dari depan. Teman-temanmu menikam kamu dari belakang. Adik-adikmu menganggapmu sudah sesat dan belot. Orang-orang muda menolak pandanganmu mentah-mentah. Rakan seperjuangan yang mulai lemah dan mula tersungkur didepanmu. Adakah tiada harapan lagi di sini? Aku merasakan seperti filem jepun dan orang putih yang aku minati masa muda dahulu. Hero filem itu ditimpa kesusahan yang amat luarbiasa, lalu dia tumpas dengannya. Namun, di hujung filem itu, sesuatu telah berlaku terhadap hero itu lalu dia bangkit dan terus menyelesaikan masalah dan cabaran yang ada. Akhirnya dia menang dan tamatlah cerita. Aku? Hero? Mungkin.