Aku teringat perbualanku dengan 'the intelligent one' semalam semasa pulang dari tempat kerja. Dia berkata .. "Macam mana kita nak ukur ke'workaholic'an seseorang atau kesibukan seseorang (dalam bekerja)?"

Aku tidak tahu.

Dia pun menerangkan kepadaku "..tahu tak, sahabat mana yang paling sibuk?" ..

Aku puas meneka, tapi tak betul. Keciwa aku.

Dia pun menerangkan lagi "...ingat tak tsa'labah?"

Aku mula nampak, apa yang dia maksudkan. Kalau berdasarkan kisah tsa'labah, mula2 dia miskin, pastu minta nabi doakan supaya dia kaya, lepas tu dia mula kaya. Mula2 dia akan balik cepat2 lepas solat berjemaah. Lepas tu dia mula jarang2 solat berjemaah, last2 tinggal solat jumaat je.

Jadi, apa agaknya kayu ukur keworkaholican kita atau kawan kita?

SOLAT JEMAAH! ...

Kalau kita kerja banyak, tapi dapat maintain solat berjemaah ... maknanya kita taklah terlalu workaholic.

Tapi, kalau kerja sampai tak ada masa untuk kerja islam ... macam mana pula?

Comments

Popular posts from this blog

Germany