Posts

Showing posts from October, 2005
Lailatul qadar ... adakah aku terlepas akan engkau? Atau belum menemui engkau? Atau sudah menemui dan mendapat kelebihan yang engkau ada? Semoga aku dan teman-temanku dapat menemuinya .... Waaa ... ramadhan dah nak habis! Lagi 3 hari lagi! Sedihnya...
Hari ni pergi shopping kat KL. Hmm, harapnya tak terlalu teruk jam hari ini.
Hari ini aku selamat balik ke Raub. Ya, malam ini aku bermalam kat Raub. Esok baru balik ke Temerloh. Elok juga, kalau tak. ... terlalu mengantuk nanti masa driving. Dua minggu lepas sehingga petang tadi begitu banyak kerja sehinggakan aku penat setiap hari. Nampaknya big boss mula bagi kerja2 berat kat aku. Aku mula diperah nampaknya. Nasib baik supervisor aku yang dari UK bagi aku balik awal sedikit hari ini. Pelik betul, orang putih lebih concern pasal famili berbanding orang2 Asia ni.
Hari ini hari pertama kereta aku langgar kereta orang ... dari belakang! Waaah! Habis duit kena spend utk repair kereta orang. Harapnya simpanan aku masih mencukupi. Pengajaran kepada diriku : Tengok belakang betul2 masa reverse kereta >_<
Aku amat bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepadaku. Menyelusuri kisahku di Kuala Lumpur hingga ke Bintulu, aku amat bersyukur. Di KL dahulu, aku nyaris-nyaris tidur kembali setelah jaga. Aku berdoa supaya dijaga diriku ini kerana aku dapat merasakan aku akan hilang jika tidak ada apa yang dibuat ke atasku. Tiba-tiba sahaja aku dicampak ke Bintulu. Mula2 aku menyangka aku akan jadi lebih teruk, tetapi sebaliknya yang berlaku. Aku menemui "AUSTRALIA" yang kedua di bintulu ini. Di sini segala yang pernah aku alami di Australia seolah berulang kembali. Malah aku 'diberi' seorang hosmet yang hampir sama dengan hosmet di Marshall Avenue, seorang hosmet yang memegang kuasa dan seorang yang boleh ketawa dan berjuang bersama-sama. Semoga kehidupan yang mendatang lebih baik dari kehidupan sekarang dan yang lalu.Amiin.
Hari ni dah hari ke sepuluh puasa. Wah. Dah sepuluh hari. Berapa banyak aku dah manfaatkan dari sepuluh hari ini? Sesetengah orang melihat bulan puasa ini seperti bulan biasa sahaja. Sesetengah melihatnya sebagai suatu bulan yang luar biasa dan mereka pun beribadah luar biasa.
Semalam juga aku merasa lemah. Ada seorang kawan berkata, kalau nak buat kerja ini, amalan kena mantap. Makin hebat nak buat kerja ni, amalan kena lagi mantap. Aku akui. Bila aku muhasabah, aku dapati aku tak layak untuk bekerja di tahap ini. Aku rasa aku sangat lemah. Aku jarang sekali mencapai tahap yang kawan itu kata. Namun, sahabat aku menasihati aku semalam bila aku ceritakan perkara ini kepadanya. Dia kata, kalau nak tunggu macam tu, kena jadi malaikat la baru nak berdakwah. Tapi sahabat nabi pun lain2 tahap amalan dia. Nabi pun tahu semua orang tak sama, sebab tu bila diminta nasihat, kadang lain nasihat untuk sahabat yang lain. Jadi, buat apa yang termampu. Tingkatkan ikut kemampuan. Jangan rasa lemah. Sekurang2nya Allah dah kasi kita kesedaran untuk bekerja di jalan ini, dan insyaAllah, Dia akan bimbing dan jaga kita. Segala puji bagi Allah.
Semalam aku begitu lemah semangat. Semalam aku ingin berhenti . Aku sangat penat. Aku lihat orang lain tidak membantu aku untuk melakukan kerja ini. Semalam ada kuliah zuhur. Aku sorang sahaja yang penat dan risau. orang lain macam buat tak tahu. Dulu pun sama. Seolah2 aku sahaja yang bekerja. Namun, Allah tidak membiarkan aku begitu sahaja. Tiba2 hari semalam ada orang yang memberi semangat kepadaku. Kata dia "Teruskan buat keje ni". Aku pun tak sangka, orang awam tiba2 berkata kepadaku macam ni. Aku merasakan seolah2 Dia yang mengatakan sebegitu kepadaku. Terima kasih. Segala puji bagiMu. Ampunilah dosaku. Istiqamahkan aku dan temanku. Amiin.
Minggu ini semua housemate tinggal di rumah baru... Minggu ini juga aku lebih mengenali dengan lebih dekat .. perangai salah seorang housemate aku. Dia mengingatkan aku kepada seseorang.... semasa aku belajar dahulu. Ya Allah, berilah hidayah kepada dia. Elokkanlah akhlak dia, dan juga akhlak aku. Amiin.
Ahlan wa sahlan ya ramadhan... Esok orang Malaysia akan mula berpuasa! Aku rasa amat bersemangat! Semoga kali ini lebih banyak improvement aku dapat buat untuk diri aku ini. Kuatkan semangat! Berusahalah!