Posts

Showing posts from November, 2006
Salam buat diriku. Akhir-akhir ini aku amat stress dan menyampah dengan tempat kerjaku ini. Begitu banyak kerja yang diberikan dan tidak terbuat olehku. Tambah pula dengan boss yang tidak memahami apa yang sedang berlaku. Tambah lagi dengan boss dia yang pun tak faham dengan apa yang berlaku. Aku terasa seolah aku sudah hilang tujuan untuk bekerja di sini. Aku terasa seolah tiada ertinya bekerja di sini. Sabarlah. Barangkali ini masa aku diuji dengan pekerjaan sebegini. Barangkali esok lusa, aku akan berjumpa dengan pekerjaan yang lebih baik.
Hmm ... Lama betul tidak menulis di sini. Banyak juga benda telah berlaku sehingga kini. Semalam sahaja aku bersama remaja di bintulu ini qiyamullail bersama-sama. Walaupun jumlahnya tidak ramai, ia adalah suatu yang baik. Qiyam itu sendiri pun diusahakan oleh mereka sendiri. Hari ini mungkin bermula dengan beberapa orang. Kalau aku dan orang-orang lain bekerja betul-betul, insyaAllah, akan lagi ramai orang yang akan menjadi baik seperti mereka.Bukan senang nak jadikan orang yang berusia 14-15 tahun untuk berminat dan commit untuk perkara sebegini. Moga aku dan mereka masih istiqamah dalam jalan ini...
Bila terbaca kisah perang Hunain, terasa di hati, pentingnya pembinaan diri untuk mencapai kemenangan. Juga terasa terharu akan kisah orang Ansar yang complaint kat nabi pasal pembahagian ghanimah.
Seminggu lagi cuti sekolah akan bermula. Maka seronoklah pelajar2 sekolah terutamanya remaja. Kerana sudah tidak perlu lagi pening kepala belajar dan periksa. Tetapi cuti yang panjang ini menjadikan mereka terpinga-pinga.Mereka akan berasa tidak tahu nak buat apa sebab terlalu banyak masa. Mulalah mereka mencari jalan untuk mengisi masa yang ada.Bukan dengan solat berjemaah di masjid.Bukan membaca al-quran atau belajar untuk memahaminya.Bukan dengan belajar kemahiran-kemahiran tambahan dalam kehidupan.Bukan dengan menjadikan diri mereka bermanfaat untuk orang sekeliling. Mereka akan isi masa dengan kelalaian dan kelekaan.Mengisi masa dengan PS2,PSP,Konsert,Astro dan sewaktu dengannya.Itu yang ditunjukkan kepada mereka.Tiada orang yang mengajak mereka untuk berbuat kebaikan.Kawan-kawan di sekeliling mengajak mereka untuk melepak dan membuang masa. Ditakuti ada yang mengajak keluar agama. Nauzubillah! Kasihan kepada remaja-remaja kita.Mereka harapan umat ini.Abis tu, apa peranan kita dan