Posts

Showing posts from August, 2015

Mesyuarat ...

Image
Mesyuarat penduduk. Pertama kali hadiri. Dapat berkenalan dengan masyarakat dan jiran.

Kekuatan hujan

Image
Baru-baru ini hujan yang amat lebat turun di lembah Klang. Aku perasan papan tanda 'Bangsar South City' tumbang selepas hujan lebat pada malam sebelumnya. Sebelum ini, papan tanda ini berdiri megah walaupun hujan yang lebat turun. Mungkin ada pengajaran buatku kali ini.. Adakalanya kita merasa kita sangat hebat dengan kelebihan ilmu dan bakat yang ada pada kita. Kita lupa, semuanya datang dari Allah. Pastinya kelebihan itu datang bersamanya 'tanggungjawab' yang bakal ditanya di akhirat nanti. Dan Dia boleh tarik balik kelebihan itu bila-bila masa lalu menjadikan kita tidak punya apa-apa. Cuma, di saat itu tidak guna menyesal kerana tidak menggunakan nikmat 'kelebihan' itu dengan cara yang diredhaiNya.

Peristiwa di luar sekolah

Image
Hari ni anakku terhalang di luar sekolah. Ingatkan pintu terkunci. Rupanya isteriku tersilap cara bila dia cuba membuka pintu. Dia tarik keluar sekuat hati. Bila ada cikgu kelas datang, dia kata pintu tak berkunci. Perlu tarik sahaja. Satu pengajaran buatku. Kekadang dalam kehidupan, kita perlu ubah cara kita menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat sudut yang berbeza. Maka dengan itu, hasilnya mungkin berbeza dan mungkin itulah jalan penyelesaiannya.