Posts

Showing posts from July, 2011
Di manakah negara itu? Negara yang aman dan sejahtera sekitarnya. Orang kayanya bersyukur dengan bersedekah, berzakat, berinfaq ... Orang miskinnya bersabar, berusaha dan berpada .. Zakat bertambah dan digunakan untuk membantu sang miskin berusaha, lalu ia keluar dari kemiskinannya... Negara yang pemudanya sedar jadi diri sebenarnya.. Mereka diberikan program yang menghidupkan jiwa mereka, bukan mematikan, melalaikan dan menghilangkan nilai akal mereka. Negara yang TV, internet dan semua media yang ada ... mengingatkan penduduknya akan siapa diri mereka di sisi Pencipta, juga membangkitkan semangat mereka untuk mempertingkatkan diri dan berbekal untuk dunia dan akhirat... Negara yang memartabatkan wanita.. menghargai kecantikan mereka ... menghargai diri mereka.. dengan memberikan mindset yang benar hakikat nilai berdasarkan nilai-nilai Ilahi, bukan berdasarkan nilai-nilai nafsu yang penuh manipulasi... Negara yang perniagaan berasaskan keadilan kepada pembeli, penjual dan pelabur. Ia
Coretan dalam fb utk pelajar yang berusrah denganku : Salam, Setelah sekian masa bercuti, mari kita renung sebentar ... Dalam sehari dalam cuti kita, berapa lama kita spend masa utk 'diri kita'? ... ... 'diri kita' di sini ialah hati dan ruh yang ada dalam diri kita ... betul kan? ... Cuba kita lihat, apa aktiviti yang kita buat, hasilnya akan memberi kesan kepada hati kita? Cuba kita lihat ... selepas main game beberapa jam, ,duduk depan TV layan astro selama beberapa jam, bersiar-siar di shopping mall, hati kita merasa best? tenang? .... Kita akan dapati, kebanyakan benda yang kita buat, kita akan cuba buat perkara yang akan menyebabkan kita merasa seronok. Betul, kan? Kekadang, kita lupa, perkara seronok itu akan memberi kesan kepada kepada hati kita. Hati kita seronok pada awalnya... tapi selepas benda seronok itu habis, ia akan rasa kosong, malah kekadang tidak keruan, tenteram dan kelam kabut... ... Malah jika ia berulang-ulang dalam hidup kita, kita akan sampai k
Semalam pada awal pagi, ada yang menyangka jalan akan jem teruk ... lalu mereka tidak keluar rumah. Semalam juga, ada yang merasakan mungkin akan berlaku huru-hara di Kuala Lumpur dan membinasakan negara. Namun, jem teruk tidak berlaku pada awal pagi. Tiada kereta di lebuh raya Duke dan NKVE. Tapi ada di beberapa jalan ke KL seperti LDP puchong dan Sunway. Pejabat dan kedai di dalam KL tutup. Jalan TAR yang sibuk jadi lengang. Sogo yang selalu ramai orang pun jadi lengang. Begitu ramai yang turun ke KL walaupun berjalan jauh. Tak ramai yang berbaju kuning. Hanya segelintir, jika dibandingkan dengan mereka yang ada. Ada yang tidak turun, sama ada kurang berani, atau terikat dengan arahan pegawai atasan yang sudah memberi briefing hari sebelumnya. Sedaraku juga berkongsi "Nak tengok pun merupakan kesalahan..!" KL seolah banjir dengan lautan dan ombak manusia. Hal ini tidak diceritakan di dalam berita dan media utama. Mereka hanya mengatakan ribuan sahaja yang ada... walhal laut

Post Created Jul 8, 2011 6:29:45 PM

Wah. Bagitu bersemangat orang untuk berhimpun esok!
Image
Bersih 2.0 adalah topik paling hangat di negara ini hari ini. 9 julai, esok ... adalah tarikh keramat yang mana (dijangka ramai) manusia akan berhimpun (di Stadium Merdeka) untuk menunjukkan solidariti dalam memberitahu orang atas dan orang awam supaya Suruhanjaya Pilihanraya jadi 'bersih' dan adil dalam pilihan raya (sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Bersih ) . Semenjak beberapa hari lalu, orang di atas dan komponen mereka (media, penguasa), seolah begitu takut. Berita yang buruk terhadap perhimpunan ini tersebar. Orang yang menyokongnya (terutamanya yang memakai baju kuning) ditangkap. Bersih digambarkan sebagai suatu yang merbahaya dan mengancam keselamatan negara. Roadblock diadakan di semua laluan ke KL, dan dijangka lagi teruk esok. Mengapa orang di atas begitu takut? Mengapa ramai sangat yang memberi sokongan Bersih 2.0 ini? Mengapa ada juga yang membangkangnya? Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah kesannya terhadap kita? Adakah ia berkaitan dengan kita? Jawapannya?