Posts

Showing posts from December, 2010
Image
Semalam nampak kereta bersusun di tebing sungai kelang.
Image
Malam tadi mungkin adalah liqa terakhir di afaq.Mulai minggu depan i.e. tahun depan,pejabat IKRAMSJ berpindah ke putraheights.Satu kawasan baru untuk beramal dan diterokai.
Image
Jika anda benar-benar berada di dalam dakwah,anda akan mendapati kehidupan berlalu begitu laju.Siang dan malam diisi dengan kerja sehingga anda merasakan tidak cukup masa.Anda perlu memikirkan pelbagai perkara pada suatu masa!Oleh itu persiapkanlah jiwa raga dengan tarbiyah yang membina.Ayuh kita melangkah dan bergerak bersama teman seperjuangan!
Teringat aku coretan Dr. QY,'kalau orang boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk tegakkan islam seperti usaha mereka untuk tegakkan KLCC,maka islam boleh jadi setinggi KLCC!'.Ia membuatkan aku merenung diriku.Benar,majoriti dari masa dan tenaga digunakan semasa bekerja.Gunakan saki-baki yang letih dan memerlukan rehat itu untuk islam.Juga masa cuti dan hujung minggu digunakan untuk islam.Juga gaji yang dapat hasil dari penggunaan masa yang banyak digunakan untuk islam.Moga apa yang diusahakan ini diterima olehNya dan menjadi saham yang baik.
Semalam isteriku kena diaorrhea.Anak pula kena demam.Laptop pula kena air teh.Aku tak dapat nak sertai dan bantu program Lepasan SPM @ Banting.Macam-macam ujian pula.Hm,mungkin banyak dosa nak dikaffarahkan.Aku kena sabar dengan ini.Pasti ada hikmahnya. Pada malam itu,aku menerima panggilan.Student yang aku jaga,ingin berjumpa.Maka kami bertemu di Bidara.Rupanya mereka mendambakan nasihat.Alhamdulillah,Dia beri sedikit peluang untuk berbuat pahala hari itu.
Image
Hari ni hujan sangat lebat.Langit sudah gelap.Sungai Klang membuak-buak airnya.Teringat aku akan program dengan student australia semalam,yang mana aku menjadi panel mengongsikan pengalamanku di malaysia.Melihatkan jumlah mereka melebihi 100 orang memberikan daku semangat dan harapan terhadap masa depan dakwah ini.Mata mereka bersinar-sinar mendengar perkongsian kami.Moga usaha yang tak seberapa ini menjadi titik permulaan bagi mereka untuk memikul amanah yang amat berat ini.Moga mereka menjadi gerombolan pemuda yang memenuhi kekosongan yang ada seperti sungai tadi.
Image
Aku menunggu zaujah sedang mengadakan liqa dengan belia di VA.Dapat SMS dari YHY,memaklumkan dia akan sertai liqa aku.Hm,moga makin meriah dan rancak dakwah di sini.Aku kesian akan Sarawak,kerana kehilangan seorang lagi penggerak.Tapi aku yakin,pasti Dia sediakan sesuatu untuk orang di sana!
Image
Malam ni ke surau baiturrahman.Di sana ada ceramah oleh ust adil.Ia salah satu dari tentatif program Sunaton,yang mana anak-anak bersunat beramai-ramai.Aku harap ia berjalan dengan baik.Aku harap dapat menemui sasaran dakwah baru.Moga juga dapat menyumbang saham akhirat.