Sunday, June 29, 2008


Aku tidak tahu berapa kali aku telah melalui pintu ini.Tapi aku tahu,ia bukan sedikit.Timbul rasa sedih di hati.Berkali-kali aku memujuk hatiku untuk sabar.Moga Tuhan menunjukkan daku jalan pulang.

Friday, June 27, 2008


Berpetang-petang kami dengan melihat keindahan alam yang semuanya milik Allah.Segala puji bagi Tuhan.Tiada sekutu baginya.Tiada Ilah selainNya.

Begitu indah pemandangan pantai Luak.Aku mengamati gelagat manusia setelah menyelusuri coastal road selama dua jam.


Selalu kita merasakan ujian hidup begitu berat, tempoh yang perlu dilalui begitu lama dan jalan yang perlu dilalui begitu jauh.Bahkan kita merasa seolah nasib malang asyik menimpa.

Lalu kita membaca al-quran.Seterusnya merenung sejarah dan sirah.Hati akan tersentuh...

Bila melihat kisah nabi yusuf, kisah Talut, kisah nabi ayyub dan kisah nabi muhammad.
Bila mendapati ujian yang diberikan kepada mereka amat besar.
Bila mendapati akhirnya mereka menjadi sungguh bahagia.
Bila mendapati Allah sangat menguji hambaNya.

Saturday, June 21, 2008


Ini adalah wisma seberkas.Seolah-olah berada di low yat plaza,versi sarawak.

Ni masjid di Serian,Kuching.Ramai orang yang mengembara antara Kuching ke utara borneo singgah di sini.Kali terakhir aku datang ialah empat tahun lepas.

Friday, June 20, 2008





Kelihatan remaja bermain riang di pantai tanjung batu ...

Pada mata pandangan hari ini, mereka seolah sama dengan remaja-remaja lain yang menikmati usia muda mereka.

Pada mata pandangan yang lain, mereka berpotensi untuk mengubah apa yang tidak betul pada hari ini.

Wednesday, June 11, 2008


'Demi matahari dan waktu dhuha nya'.Wah,pagi ini matahari begitu tenang.

Tuesday, June 03, 2008


Hari ini sekali lagi aku ke Miri bersama dengan remaja junior.Singgah di pantai Luak,Muzium Petroleum,Masjid Bahagian,kedai makan,Boulevard,Taman Awam dan Masjid luak.Semua dah aku pergi berkali-kali,cuma setiap kali pergi,orang yang berbeza.

Teringat aku Winter Trip yang berulang-ulang kali aku sertai masa belajar dahulu.Moga ini antara permulaan bagi sesuatu yang besar di sini.