Posts

Showing posts from March, 2006
Bersabarlah wahai hatiku...
Wah, tension betul hari ini. Semalam aku ke loji dari pagi sampai jam 2pm. Pastu malam dari jam 9.30pm sampai 12.30pm. Hari ni dari jam 9.30am sampai 12.00noon. Dahla tak ada elaun untuk kerja lebih masa, tak dapat cuti ganti, mungkin tak dapat claim minyak, pastu kena kerja keras macam ni. Dalam orang tak tahu, rupanya jurutera2 di sini seolah2 diperhambakan! Semoga hati ini lebih sabar ....
Minggu ini aku kena jadi standby engineer. Ini bermakna aku jadi macam doktor, bila2 sahaja akan dipanggil untuk turun ke loji untuk menyelesaikan masalah di sana bersama technician yang juga standby. Tadi ada kena call-out, tapi alhamdulillah, technician aku kata dia boleh buat tanpa aku perlu ke sana.... Terima kasih kerana menjadikan technician aku kali ini yang baik2 dan bekerjasama...
Sekarang .. makin banyak kerja yang kena dibuat di sini, dan makin nampak jalan yang perlu dilalui untuk mengubah bumi kenyalang ini....
Hmm .. dah 5 hari menjadi pekerja asing tanpa isteri. Dua tiga hari lalu, aku rasa sangat rindu dan sayu juga. Asyik teringat kepada isteriku yang aku sangat cintai :) Alhamdulillah, Dia memberi kekekuatan dan ketabahan kepada hati ini ... kerana diri ini perlu menjadi kuat untuk mengubah dunia ini... Malah isteriku sering memberi kata2 semangat kepadaku untuk terus berusaha ... walaupun dia kekadang mengalirkan airmata, menahan rindu kepada suami yang tercinta. Namun, sehingga hari ini, aku selalu juga teringat kepada dia.Wahai tuhan, segala puji bagi Engkau kerana menjodohkan aku dengan dia.
Bila nabi kata .. "pilihlah wanita kerana agamanya", memang betul apa yang dia kata. Sangat2 best bila kita memilih kerana agamanya ... lagi2 kerana dakwahnya :)
Hmm .. sekarang tengah seronok berbulan madu ... So .. jangan kacau saya ye :)
Akhirnya .. penantianku dan dia berakhir. Pada 11 Mac 2006 jam 10 malam di Taman Melawati aku melafazkan : "Aku terima nikahnya Amy Mawarni Bt Md Yusoff dengan maskahwinnya RM80 TUNAI!" Suatu sejarah baru telah bermula dalam diri 'kamy' ....
Esok. Tinggal esok sahaja lagi. Hatiku agak berdebar-debar. Bagaimana perasaannya bila aku menerima akad nikah nanti? Semoga Allah menengkan hati ini ...
Semakin dekat dengan hari yang besar itu. Hari ini hari terakhir rasanya aku dapat berada di rumah untuk sehari. Esok akan mula betul2 sibuk, sebab di pagi hari aku akan menjemput adik aku dari airport, dan di waktu petang sibuk dengan final preparation pernikahan aku. Wah. Tak sangka aku akan kahwin akhirnya!
Setelah mendengar lagu Mirwana, rasa sangat sangat best. Ehe, aku dulu minat alarm me, lepas tu d'hearty dan sekarang Mirwana! Sangat best .. terutamanya lagu hikmah kembara!
Hari ini aku mengembara sekali lagi. Naik bas. Naik PUTRA. Naik STAR. Naik komuter. Jumpa kawan lama. Kawan yang merupakan junior kepadaku semasa aku belajar dahulu. Dia sudah bekerja. Dia sudah merasakan pahit maung kerja. Dia sangat tension dengan kerjanya. Dia stress. Dia tengah bersabar dan kekadang hilang sabar. Tiba di stesen komuter yang ingin dituju, aku bertemu dengan sahabat lagi. Naik kereta isterinya. Hijau muda warnanya. Kami berjalan lagi. Malam itu sempat berjumpa dengan kawan2 dan adik2. Malam itu juga aku menonton klip video student tahun selepas peninggalan aku. Aku tersenyum melihat baju banyak poket itu masih dipakai lagi. ...
Salah satu nikmat yang sangat besar ialah ketenangan hati. Tanpa ketenangan hati,segala apa yang ada di sekeliling kita tidak ada nilainya. Sanggupkah kita bergaji besar, ramai pengikut, dihormati orang, kaya, beristeri cantik, berpangkat ... tapi di hati amat tersiksa dan sakit? Ketenangan hanya datang dari Allah. Dia yang mencampakkannya ke dalam hati hambaNya, meskipun hambaNya itu tengah menghadapi masalah dan tekanan. Berdoalah, agar hati ini diberi ketenangan olehNya.
Sudah hari isnin. Wah, makin dekat dengan hari perkahwinan aku. Makin terasa besarnya peristiwa yang akan berlaku sabtu ini. Minggu ini adalah minggu terakhir untuk prepare apa2 yang masih belum dibuat. Hari ini agaknya sibuk sedikit, mencari barang2 untuk persediaan diri yang akan dibawa ke alam baru nanti :)
Setiap hari bila kita bangun tidur, apa yang kita selalu fikirkan? Adakah kita memikirkan apa yang nak dimakan? Atau memikirkan kerja-kerja pejabat yang masih perlu disiapkan? Atau memikirkan assignment yang due tengah hari ini? Atau memikirkan ke mana anda mau pergi melancong hari ini? Jarang sekali kita memikirkan .. apa yang boleh kita buat untuk mengembalikan ummah ini kepada kehebatannya!
Hmm .. tadi masa aku melangkah masuk ke dalam airport btu, terasa seolah masa aku balik final year dahulu ... Hmm..
Lagi 6 hari sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan. Macam2 benda terlintas di hati ini ... menyebabkan perasaan bercampur2 ...