Posts

Showing posts from June, 2005
Sesekali aku melihat diriku kembali. Adakah aku layak untuk membuat kerja ini? Siapakah aku ini? Aku membandingkan diriku dengan dia dan orang lain. Dalam semua orang, aku pula yang dipilih. Aku yang lemah ini diberi tanggungjawab ini. Mengapa aku dipilih? Mengapa lelaki itu tidak dipilih? Mengapa pemuda itu tidak dipilih? Mereka amat berbakat. Mereka ada karisma berbanding denganku .... Namun, aku amat bersyukur. Diriku ini masih berterusan membuat kerja di jalan ini. Bila aku membaca catatan aku suatu masa dahulu dalam blog ini, amat hebat cabaran yang telah diberi kepadaku ketika itu. Boleh sahaja aku terus tersungkur dan tertidur kembali. Di saat yang kritikal itu Dia datangkan sahabat-sahabat untuk menemaniku, Dia lihatkan kepadaku kekuatan dan jalan. Dia tenangkan hatiku. Aku amat bersyukur, ujian di kala mula bekerja dapat kulalui. Istiqamahkan daku. Kuatkan semangatku. Amiin.
Entahlah, satu demi satu peluang sedang dibuka olehNya kepadaku ... yang barangkali akan membawa perubahan kepada negeri ini. Ya Allah, janganlah engkau beri kepadaku beban yang aku tak mampu untuk tanggungi. Berikan aku kekuatan untuk menunaikan amanah yang engkau berikan ini .... amiin.
Weekend lepas aku membantu orang2 di bintulu untuk menjayakan konsert Saff One! Wah! Ni kali kedua aku involve dan lihat secara dekat kumpulan nasyid! Dulu di Melbourne, dengan kerjasama student dan PR indonesian, dengan Raihan. Kini di Bintulu, dengan kerjasama warga bintulu, dengan Saff One. Seolah2 aku melalui kembali suasana dulu. Malam sebelum konsert tu aku dan remaja2 bintulu berhirasah/berjaga alat2 yang telah dipasang untuk konsert. Ehe,seronok. Dapat bermesra dengan remaja tempatan yang inginkan islam. Dahlah tu, ramai kawan2 yang selalu berdiskusi membantu semasa konsert. Ada jadi penjaga sound, ada jadi penjaga komputer/multimedia dan the chosen one jadi program master. Wah, di sini aku melihat bakat dan karisma dia yang amat hebat. Ehe ... teringat aku kat al_emann di Aussie dulu.
Minggu ini aku pergi first aid course. Menarik. Banyak belajar pasal asas2 CPR dan juga teknik pertolongan cemas lain. Dulu tengok dalam movie je, tapi kali ni diajar teknik yang betul. Masa kelas tadi, diajar berkenaan pernafasan. Orang dewasa bernafas 12 - 20 kali seminit. Kita tak perasan sebab dah memang biasa buat. Apa jadi kalau tiba-tiba ditarik kemudahan pernafasan ini .. seperti orang lelah? Hmm ... kita tak sedar dan menghargai nikmat yang Dia kasi, sehinggalah ia ditarik balik ... Begitulah kita kan ... ambil mudah akan nikmat2 yang Dia kasi .... Ampunilah dosa kami. Amiin.
Apakah niat aku selama ini? Adakah aku benar-benar ikhlas?
Hari ni penat betul. Akhir-akhir ni banyak gak kerja. Dari pagi sampai malam bekerja.
Dahulu entri aku lebih bermakna dan menyentuh hati. Bila aku baca sekarang, aku sendiri tersentuh dengan entri-entri terdahulu. Seolah-olah aku bertemu dengan kamal san yang berada di Melbourne. Barangkali inilah antara cebisan-cebisan memori yang dapat menguatkan aku di saat ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kerja di sini dalam keadaan sebegini. Amiin.
The question answered. I was shown the strength that I and my friends have. Thank you.
I asked Yoda about the unbalance in the force. He is also worried. The disturbance is getting stronger. What should I do?
Hari demi hari kerja makin bertambah. Hmm ... kuatkan semangat!!!
Somebody put a comment just now about one of today's entry. Alhamdulillah. It is like myself who was at Melbourne in 2003 talking to me. Yes,each person has their own ability and weaknesses. Even the chosen one also imperfect. It is just matter of how the person use it. Maybe there are some abilities yet to be unlocked. It is just the matter of finding the right key. Ganbare desu yo!
The force is going to be unbalanced by one man. However, another man was sent to balance it. He will be the chosen one. Then ... what about me? What is my role here?
Hosmet aku baru balik dari Miri.Lepas tu dinner kat luar.Bersama seorang teman. Sebelum tu aku dan dia berhenti sebentar di kampung A. Kami memerhatikan remaja yang main basketball di tengah2 hujan. Begitu seronok mereka....
Alhamdulillah. Semua berjalan lancar semalam. Cuma tak ramai yang datang. Aku amat impressed dengan adik2 yang berusaha menjayakan program itu. Sangat2 impressed! Pastu aku balik bersama F, yang aku anggap the chosen one :). Bila tiba kat rumah, tak ada sorang pun. Aku fikir ... mana la mereka pergi. Rupanya semua ke rumah lain menonton rancangan paling popular di Malaysia hari ini. .. Ehe .. aku rasa ramai dah tau apa rancangan tu... Tadi ... aku main beach soccer dengan remaja sekolah tu. Wah! Lama tak main bola pagi2 camni. Kat tepi pantai lak tu! Teringat aku masa di KL dulu. Kami main sampai penat. Dulu aku main dengan orang2 dewasa, kini dengan remaja lak. Seronok juga. Hosmet aku dah bertolak pagi tadi. Dia akan buat umrah kali ni bersama famili dia. Hmm ... selalu orang kirim doa kat sesiapa yang mengembara ke sana. Hmm ....
Siapakah aku sebenarnya? Aku dihantar ke sini untuk apa? Mengapa didatangkan orang itu? Malah, didatangkan seorang lagi yang sehebatnya?
Ada orang yang mengaku ingin menyatukan, tapi seolah memecahkan. Dia ingin menguatkan, tapi seolah melemah2kan. Dia menantikan masa yang sesuai. Dia tidak menurut arahan melainkan orang tertentu sahaja. Dia melihat2 peluang yang sesuai untuk bertindak. Adakah dia yang akan menghancurkan? Atau dia yang akan menjana kekuatan? Aku menyangka di sini adalah Australia ke-2 ... atau clayton ke-2. Tidak ... sama sekali tidak ... setelah kedatangannya.... Bintulu yang kecil ini akan mengalami perubahan yang tidak disangka ... barangkali Sarawak seluruhnya!
Lama tak menulis. Begitu banyak benda menarik berlaku di sini. Malam ni ada solat hajat dengan pelajar2 sekolah menengah. Semua orang telah berusaha bersungguh2 untuk menjayakan majlis ini. Manalah tau, dari sini bermula sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada umat manusia seluruhnya.
Alhamdulillah. Masih lagi diberi hayat. Masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan hidup.