Posts

Showing posts from December, 2014

Musibah

Image
MasyaAllah. Kali ini musibah banjir kena kepada ibu bapaku. Semalam jam 12 tengah malam air sudah menaiki paras buku lali. Jam 4 pagi mereka pindah ke rumah saudara yang agak tinggi sedikit. Air naik 2 inci setiap jam. Tadi jam 11 tengah hari, bekalan elektrik sudah terputus. Aku tidak dapat membantu. Jalan LPT dan jalan persekutuan terputus sama sekali. Kepada Allah aku berserah. KepadaNya aku panjatkan doa. Ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa ibu bapaku serta keluargaku. Bantulah kami, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa.

Pasar Borong Mentakab

Image
Hari ini pengalaman menarik.. aku ke pasar borong bersama mak. Ni pertama kali ke sini. Kena datang awal. Selepas Subuh. Kerana sebelum Subuh sudah ramai orang datang membeli barang.

Kisah berjumpa teman yang akan bernikah

Pengalaman kali ini sangat menarik. Awal pagi lagi aku serta keluarga ke airport KLIA. Beserta mertua dan anak. Di sana isteriku akan berlepas ke Kanada untuk urusan kerja. Aku akan ke Sarawak untuk ziarah AEM di majlis akad nikahnya. Perjalanan bermula dengan hujan yang sangat lebat. Habis basah baju masa pindahkan barang ke dalam kereta. Aku ke KLIA2. Naik ERL dengan tiket RM2. .... di Kuching, aku hanya pergi ke majlis AEM. Ia dibuat di rumah keluarga penganton perempuan. Aku sampai ketika bakal pengantin masih belum kelihatan. Agak segan, tapi aku gagahkan juga. Dapat juga bersembang dengan orang yang datang. Rupanya teman di loji gas itu abang kepada pengantin perempuan. Pengantin lelaki sampai. Majlis berjalan dengan baik. Syukur, sempat bersama dengan AEM di saat dia melafazkan akad nikah. Lebih berharga dari menghadiri walimah yang akan dibuat pada esoknya. Namun, aku rasa agak sayu. Bila memerhatikan AEM. Kemudian memerhatikan seorang lagi teman yang datang b