Posts

Adakah aku tidak seperti dahulu?

Image
 Hari ini mendengar celoteh dari seorang ketua kepada anak buahnya. Bersungguh dia memberi motivasi kepada semua. Peringatan diberi bukanlah benda yang baru, tetapi sesuatu yang diketahui oleh jiwa-jiwa yang mendengar.  Namun, sambutan kelihatan amat suram. Suam. Sejuk. Hatiku merasa agak sejuk apabila mendengar seluruh sesi ini. Aku tidak tahu apa yang telah terjadi kepada diriku. Dahulu aku amat bersemangat untuk mengubah dunia. Hari ini seolah ia amat pudar dan sejuk. Ditambah dengan suasana persatuan itu yang mementingkan form over substance.  Agak sedih memulai tahun baru ini dengan hati sebegini. Aku berdoa agar diberi semula kekuatan untuk memilik semangat seperti dahul

Hidayah

Bila memerhatikan .. Ada yang tahu wajibnya dakwah tetapi hanya menjadi ahli ibadah yang diam. Jika tidak, pasti ramai yang terjun dan berlumba-lumba bekerja demi menyampaikan mesej ini. Benarlah .. Hidayah itu milik Allah. Moga Allah memberi hidayah kepada kita untuk tsabat di jalanNya. Salam Ramadhan 1440H

Tidur di lebuhraya

Antara rutin sekarang ini ialah tidur di RnR lebuhraya. Aku tidak mampu untuk memandu terus ke Desaru tanpa henti. Jadi .. aku akan berhenti untuk hilangkan mengantuk. Di setiap perhentian.. RnR atau Perhentian, pasti ada banyak kereta dan lori berhenti .. di dalamnya ada pemandu berbaring melelapkan mata untuk hilangkan mengantuk sebelum meneruskan perjalanan.

Manhole

Image
Hari ini baru siap membaiki lubang manhole di depan porch rumah. Manhole ini pernah dibaiki pada bulan September tahun lepas, setelah ia roboh (dan di bawahnya ada lubang yang sangat dalam!) Dulu hanya tukar besi penutup, tapi ia patah! Kali ini tukar dengan batu simen. Harapnya selepas ini penutup itu tidak rosak lagi.

Sarapan

Image
Pagi ini bersarapan bersama keluarga. Rutin kami bila berkesempatan. Syukur kepadaNya atas nikmat yang diberi

Menulis kembali

Dah lama tak menulis blog ini. Semalam teringat akan blog ini dalam perjalanan pulang dari Desaru. Inilah rutinku hampir setiap minggu. Memandu 6 jam dari Johor ke KL pada Jumaat malam dan dari KL ke Johor pada Ahad malam. Sedar tak sedar .. sudah setahun setengah sebegini. Moga Allah berikan daku kekuatan.

Jangan Putus Asa

Tadi tatkala membaca surah al-Qasas... terbaca kisa ibu nabi Musa. Dia sangat takut... anaknya mungkin dibunuh seperti anak lelaki lain pada masa itu. Allah ilhamkan dia supaya lepaskan anaknya di sungai. .... sesuatu yang tidak lojik dan merbahaya. Namun, perancanganNya lebih baik dari apa yang dia sangka. Akhirnya Musa AS diambil oleh isteri Firaun dan ibu Musa AS sendiri yg diminta menjaga dan menyusukan Musa AS dalam istana! Begitulah kita. Adakalanya kita buntu dgn cubaan dan ujian di depan mata. Seolah tiada harapan. Janganlah berputus asa terhadap Allah. Teruskan berdoa dan percaya kepadaNya. Dia pasti ada perancangan yang lebih baik buat kita. #TrustAllah #Faith #NeverGiveUp

Puasa di perantauan

Image
Minggu ini aku menjalani ibadah Ramadhan di Nuremberg, Germany selama seminggu. Bermula dari 1 Ramadhan. Bersahur jam 2 pagi. Subuh jam 2.45 pagi. Berbuka jam 9.20 malam. Isya jam 11.30 malam, tapi aku lewatkan ke 1 pagi supaya dapat terawih lalu sahur dan terus subuh. Alhamdulillah. Masih dimudahkan Allah.

Penawar

Sedar tak sedar, aku sudah 5 bulan di bandar ini. 400 km. Mengulangi sejarah semasa di Sarawak dahulu.