Ramai orang yang sangat hebat di dunia ini. Ada yang amat berbakat dalam pidato. Ada yang amat berbakat dalam sukan. Ada yang berbakat dalam membina network sesama manusia. Ada yang boleh mempengaruhi orang.

Namun, aku juga yang dipilih untuk melakukan kerja ini. Apakah kelebihan aku sehinggakan aku dipilih? Kerja ini amat berat. Kalau diikutkan, aku bekerja amat perlahan, aku tak pandai berpidato dan juga berhujah seperti orang lain yang hebat. Aku juga yang dipilih. Aku yang selalu gagal melaksanakan misi, masih juga dipilih untuk kerja ini.

Apakah istimewanya aku? Aku tidak tahu. Namun, aku cuba semampu yang boleh. Walaupun orang lain hebat, aku akan buat apa yang aku boleh buat. Aku tahu, ada orang yang kecewa kerana aku macam tak buat apa-apa. Ada juga yang kecewa kerana aku ini seorang yang lemah. Tapi aku buat semua ini bukan kerana memenuhi harapan orang. Aku buat supaya Dia suka dan selesa dengan aku. Dia mengetahui kelemahan dan kekuatan aku. Walaupun orang itu dan orang lain kecewa dengan aku, tak mengapa.

Selagi aku masih dipilih membuat kerja ini, dan selagi aku masih lagi di bawah hidayahNya, aku akan teruskan membuat kerja ini. Aku amat berterima kasih kepadaNya walaupun aku sedang menahan sakit diuji olehNya. Bila terkenang apa yang Dia beri kepadaku di masa lalu, aku amat berterima kasih kepadaNya.

Berilah hidayah kepada kami. Istiqamahkan kami. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany