Posts

Showing posts from May, 2006
Kuatkan semangat Kamal San. Hari ini seolah kegelapan menyelubungimu kan? Hari ini hatimu begitu lemah kan? Hari ini kamu rasa begitu down kan? Hari ini kamu rasa keseorangan kan? Sabarlah. Isterimu dah beri kata kata semangat kepadamu kan? Kamu masih hidup, dan masih ada iman kan? Kamu masih lagi seorang islam .. kan? Kamu masih ada tubuh sempurna kan? Kamu masih ada pekerjaan kan? Kamu masih ada keluarga kan? Sabarlah ya. Semua di dunia ini tak kekal. Semua di dunia ini akan berubah juga suatu masa nanti. Hari ini kurang baik, mungkin esok akan jadi baik. Jangan putus asa dengan kehidupan, sebab peluang hidup hari ini pun adalah nikmat juga kan? Kuatkan semangat! Kamal san!
Am I forgetting my friends or they are forgetting me? It is one question that come to my mind after reading hakim's comment in the chatterbox.
Aku tengah baca satu buku yang amat menarik ... 'Tuesdays with Morrie' Hmm .. bila mengenangkan Morrie yang begitu tabah menghadapi kematiannya, mengapa aku rasa lemah semangat, stress dan marah2 menghadapi kehidupan. Satu kata2 dia yang menarik... "Apabila anda bersedia untuk kematian, anda bersedia untuk kehidupan! (When you learn to die, you will learn to live!) Itu telah diajar .. realiti berkenaan kematian. Ia pasti, tapi kita melupakannya atau tidak mahu memikirkannya. Kita suka membuat perkara yang menyenangkan, yang menyeronokkan, yang tidak berkaitan dengan kematian kita.... Sebab itu kita terkejar ke sana sini mencari benda yang kita sendiri tidak pasti!
Aiya.. tah apa2 la chatbox sebelah ni. Ada orang salah guna juga rupanya!
Minggu lepas adalah minggu yang amat menggembirakan aku. Aku dapat spend masa begitu banyak dengan isteriku. Sabtu itu aku balik ke Melaka, berjumpa dengan datuk dan sedara isteriku. Kemudian pada malam itu kami pulang ke KL. Tapi sebelum tiba di rumah, kami beli makanan dan pergi ke sebuah kawasan yang amat tinggi dan makan kat situ. Wah, romantik sekali. Tambah pula dengan hujan yang renyai-lebat pada malam itu. KL sering hujan pada masa-masa sebegitu. Selepas itu, esoknya aku ke KT untuk berkursus. Aku tertinggal flight ke KT hari tu, tapi dapat pergi juga dengan flight seterusnya. Nasib baik. Itulah, check in lambat sangat. Itu pun sebab ralit membelek buku. Weekend satu lagi aku kembali dari KT ke KL. Lepas tu aku dan isteriku pulang ke rumahku .. jumpa adik-adik dan ibu bapaku. Dan hari ini .. aku di sini. Di bintulu. Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan isteriku kembali.
Bagaimanakah aku boleh keluar dari masalahku ini? Bagaimana? Aku merasakan macam tiada lagi jalan untuk mengeluarkan diriku daripadanya. Pasti ada. Pasti ada jalan keluar. Bukankah Allah berfirman "...Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan sediakan jalan keluar baginya ... (Toha:2)" Jadi, kena bertaqwalah kepadaNya. Itu jalannya. Itu caranya. Ya Allah, tabahkan hatiku bila menghadapi ujian yang berterusan ini... ujian yang menguji hatiku, jiwaku dan perasaanku...
3 hari yang amat menggembirakan buatku. Kelmarin.Semalam.Hari ini. Ini kerana aku berpeluang meluangkan masa sepenuhnya bersama isteriku. Segala puji bagi Allah.