Posts

Showing posts from November, 2012

Kenduri buat adik

Hari ini adalah hari paling baik buat adikku yang ketiga... Dia berkahwin pada pagi ini. Seluruh keluarga bergembira.. dan letih.. sibuk dengan majlis akad nikah ... serta kenduri. Yang bestnya, kenduri dibuat bergotong-royong ... kerana ramai orang yang nak tolong ayah untuk majlis ini (siap pastikan tak ada kenduri yang clash di taman perumahan kami!)

Tuduhan

Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Client projek. Aku dituduh pembocor rahsia projek ... disebabkan oleh cara aku tulis profil aku dalam satu laman web sosial korporat. Sungguh tidak sangka! Sekadar menyatakan bekerja di mana dan buat projek apa sudah boleh dijadikan hujah untuk dituduh sedemikian! Aku terus mendelete segala maklumat yang ada termasuklah di laman web sosial yang lain..! Sungguh mengganggu mood untuk menyambut kenduri adik!

Pasukan yang hebat!

Aku sangat bersyukur kepadaNya. Dia memberikan aku satu kumpulan bulatan gembira yang sungguh menarik... Setiap kali berjumpa, ahli-ahlinya selalu ceria, juga selalu berusaha untuk turut serta (walaupun menghadapi kesukaran untuk berjumpa). Apabila berjumpa, banyak juga yang dikongsi dari kehidupan mereka, dari kisah anak hingga kisah career dan kerja. Setiap ahli bulatan gembira sungguh osem orangnya... AE yang berbakat dalam penulisan... juga terkenal di alam kertas dan elektronik HS yang dikenali sebagai orang yang ada bakat jadi pemimpin... AMN yang menjadi lagenda di kalangan pengamal perubatan muda serta pelajar seberang laut... ZJ yang berperanan dalam pembinaan beliawan di daerah ZMN yang memiliki kemahiran menyampai serta berbakat melukis AMS yang ringan tangan menolong orang lain, walau dirinya sibuk ke tengah laut AMMT yang sangat komited terhadap guru-guru inggeris.. dalam membentuk peribadi hebat... IMA yang berpotensi besar, cuma sibuk dek kekangan mesin ya

Tsawabit...

Pada Sabtu lepas aku berkelana ke pejabat iK bersama ust MFS.Tujuan ke sana adalah untuk bermesyuarat dengan kounsel JiKan. Dalam kereta menuju ke Serdang, ust MFS berborak berkenaan perihal perangai 'orang-orang tua' di Malaysia ini, terutamanya yang sangat veteran dan sangat banyak makan garam. Dia berkongsi satu tips yang super duper berguna buatku (dan mungkin yang lain,jika menghadapi keadaan yang sama) "J ini adalah sesuatu yang tsawabit(tetap), dan sistemnya juga tsawabit. Orang yang memegang pimpinan sahaja yang tidak tsawabit dan akan bertukar pada suatu masa nanti. Oleh itu.. buat masa ini kita sabar dulu dengan kerenah mereka yang memegang kuasa dalam J.. sebab kita sayang kepada J... Sebab satu masa nanti mereka ini akan melihat sendiri kesan dari tindakan mereka .. dan satu masa nanti mereka akan tidak lagi berada di sana (dan diganti dengan orang lain).. ... Oleh itu kita hendaklah terus bekerja!" Wah.. walaupun ringkas, ia adalah kata-kata yang Os

Men..

Point penting program "keluarga duat" hari ini : "Men are born to kill" Hehe.. Pak Utih berkongsi perbezaan lelaki dan perempuan,dan mengaitkan dengan keluarga duat ....