Posts

Showing posts from 2009
Aku rasa sangat gembira hari ini.Pagi tadi kereta dah repair.Pastu flight on time.Pastu bas cepat.Pastu dengar suara mak yang gembira sebab weekend ni aku sekeluarga balik pahang.Syukur serta istighfar atas nikmat yang banyak.
Image
Keretaku sudah mencecah mileage sebanyak 100,000 km ... setelah 4 tahun 9 bulan di bumi kenyalang ini .... ia pernah ke kuching, malah ke limbang ... hanya sabah sahaja belum sampai.... Wah... begitu jauh sekali perjalanan yang kami lalui...
Alhamdulillah, hari ini selesai puasa hari asyura. Dua hari lepas, seorang teman SMS kepadaku: "Ahad ni jangan lupa puasa hari asyura. Moga dosa kita tahun lalu diampuni!". Tambahan lagi, hari ini masjid as-Syakirin mengadakan majlis berbuka puasa. Suasana seperti ramadhan, dan mengingatkan aku akan ramadhan... wah, rindunya! Syukur kepada Ilahi kerana menjadikan aku dapat berpuasa hari ini....
Image
Gambar di atas adalah nasi lalapan di impiana II dekat medan jaya. Nasi ini sangat sedap kerana ayamnya sangat besar dan berempah. Harga pun boleh tahan. Makan nasi ini sangat mengenyangkan. Sebut perihal mengenyangkan, aku teringat salah satu pengisian semasa perkhemahan yang aku lalui baru-baru ini... Kita sering menganggap bahawa " diri " kita telah makan apabila kita makan nasi dan lauk. Hakikatnya makanan itu adalah untuk jasad kita, yang mana rasa kenyang itu hanyalah kenyang jasad sahaja. " Diri " kita yang sebenar adalah roh kita sendiri. Roh inilah yang selalu kita lupakan. Makanan roh adalah zikir kepada Tuhan, membaca al-Quran dan solat. Kasihan kepada diri kita. Selalu kita terlupa untuk memberi makan kepadanya, lalu kita merasa kosong , lemah dan tidak bersemangat untuk berdepan dengan kehidupan ini, apatah lagi untuk berdepan dengan mehnah dan tantangan yang ada, bagi yang melalui jalan ini. Jadi, marilah kita beri makan diri kita supaya ia tidak kelap
Teringat kata-kata cikgu A masa packing-packing balik. Dia adalah senior yang sangat lama berada di jalan ini bersama isterinya. Banyak perkara yang berlaku padanya, dan banyak yang dia hadapi, namun dia tsabat dan berterusan dalam pegangannya. Malah dia sangat yakin. Dia berkata kepadaku: " Lebih baik berada di dalam kebenaran yang lemah daripada berada di dalam kesamaran yang kuat! ". Dia melihat teman-teman yang tidak sabar, lalu meninggalkan jalan ini, dan ada yang menggunakan jalan lain, malah ada yang menggunakan jalan yang salah! Aku terharu, juga kasihan dengan apa yang dia kongsikan kepadaku. Aku kagum dengan keyakinannya terhadap apa yang dia pegang. Dengan melihat apa yang berlaku sekarang, yang mana jalan sedang dibersihkan, kesedaran mula wujud .... aku dapat merasakan cikgu A akan melihat hasil daripada apa yang dia yakini tidak lama lagi... Pasti Dia tidak mensia-siakan doa hambaNya!
Image
Baru balik dari perkhemahan. Wah! best perkhemahan kali ini! Teman dari seluruh sarawak berkumpul dan berukhuwwah bersama-sama! Aku kagum dengan Moss. Dia sakit batu karang minggu lepas. Akan tetapi tatkala dia discharge dari hospital pagi jumaat, dia terus pergi ke perkhemahan itu. Teman-teman lain risaukan kesihatannya, kerana perjalanan ke tempat perkhemahan melalui jalan yang sangat tidak rata, tetapi dia tetap mahu pergi. Dia berkata: " Allah telah menyembuhkan aku hari pagi ini, barangkali Dia mahu menguji kesungguhanku dalam untuk pergi ke mukhayyam ini! ". Kami terdiam. MasyaAllah!
Semalam aku rasa gembira kerana ketua bahagian elektrik menceritakan perihal masa depanku tahun depan. Sebelum ini boss aku menceritakan perkara yang sama, cuma kurang detail dari yang aku dengar ini. Aku merasa amat bersemangat! Akhirnya ... aku akan pulang! Moga Allah memudahkan segalanya! Amiin!
Hari ini meeting berkenaan perkhemahan yang akan diadakan lusa nanti. Kali ini yang hadir sedikit dari sebelumnya. Malah, ia lebih sedikit dari perkhemahan yang pertama pada bulan yang sama tahun lalu. UAS, UAFH dan ramai lagi tidak berpeluang untuk ikut ... disebabkan oleh perkara-perkara yang mereka tidak dapat elakkan. Ditambah dengan seorang teman yang sakit batu karang tadi ... Kami juga terkejut, tapi apakan daya, hospital sudah tidak menerima pelawat. Kami hanya mampu untuk menziarahinya esok. Setiap kali kita mahu melakukan kebaikan dan pembaikan, setiap kali jugalah ujian datang .. kecil atau besar! Maka hendaklah kita bersabar dan berdoa dalam menghadapinya, sebagaimana orang-orang terdahulu yang menghadapi ujian yang lebih hebat dan dahsyat. Moga perkhemahan dapat berjalan dengan baik, dan teman itu cepat sembuh. Amiin.
Jaga-Jaga! Andaikata anda terbuat satu kejahatan, ia boleh menjerumuskan anda kepada kejahatan yang lain! Sebab itu kita disuruh turuti kejahatan dengan kebaikan sebagaimana hadith nabi : " Berbuatlah baik dimana anda berada, dan turutilah kejahatan dengan amal kebaikan ... " Dan .. andaikata kita membuat kebaikan pula, ia boleh pula membawa kita kepada kebaikan yang lain! Jadi, berusahalah untuk berbuat kebaikan semampu mungkin!
Image
Tadi melihat majlis penutup Kem Cuti Sekolah.Ramai hadir.UAFH memberi kata-kata penutup yang begitu bersemangat : " Apabila fitrah kita dibangkitkan, maka ketidakselesaan dan kesukaran yang kita rasakan itu hilang, lalu timbullah kenikmatan yang terhasil dari keimanan! " Tadi juga aku mendengar suatu perkara yang menarik dari teman-teman dari Upm. Mereka dapat tahu bahawa mereka di'kenali' sebagai 'orang baik' oleh pak guard pintu masuk kampus. Mengapa? Kerana orang lain naik motorsikal, pasti ber'pasangan' lelaki dan perempuan. Kalau teman-teman itu, mereka sama ada seorang sahaja atau dua orang lelaki yang naik motor. Wah! kronik dan parah betul situasi masyarakat sekarang, sehinggakan naik motor macam itu pun dah jadi janggal! Tadi juga aku merasakan ... seolah-olah masa untuk aku 'bergerak' semakin hampir... kerana telah ada orang yang membantu dalam kerja islami di sini .... sebagaimana yang berlaku terhadap MARMAR suatu ketika dahulu...
Image
Suatu pemandangan yang cantik dari salah satu sudut masjid syakirin.Subhanallah!
Pagi tadi semasa berada di masjid, pentazkirah kuliah subuh berkongsi perihal motivasi untuk istiqamah dalam kebaikan. Dia menyebutkan satu hadith, antara isi penting hadith itu: " Ada beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jaraknya sejengkal dengan syurga, lalu takdir mendahuluinya dan dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu dia masuk ke dalam neraka. Adapun Ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jaraknya sejengkal dengan neraka, lalu takdir mendahuluinya dan dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu dia masuk ke dalam syurga ". Hadith ini sering di salah faham kan. Seolah tidak guna beramal,kerana jika 'takdir mendahului' maka masuk neraka! Tidak sama sekali. Apa yang perlu difahami ialah ... jika kita sudah berada di dalam kebaikan, teruskan dan teruskan beramal, jangan biarkan sekali pun peluang untuk terjerumus ke dalam kejahatan , takut-takut kita mati ketika saat terjerumusnya kita! ... dan bagi yang berada dalam dosa,noda ... A llah se
siapa yang mempengaruhi siapa.Kita atau persekitaran.Aku melihat suasana hari ini.Aku memerhatikan adik iparku dan adikku.Aku merenung diri sendiri.Lalu aku mendapati semua dipengaruhi oleh dunia yang kita diami.Malah berasa selesa dengan keadaan ini tanpa menyedari ia membawa kita ke jalan yang tidak disukai Ilahi.
Walau apa pun yang berlaku...masa tetap akan berlalu. Hari yang baik mahupun buruk akan habis jua. Jika kita mencari hari baik yang kekal, kita tak akan menemuinya di dunia. Ia hanya ada di akhirat sahaja.
Ikatan antara dua manusia... Ada yang disebabkan oleh darah (adik-beradik, emak, ayah)... Ada yang disebabkan oleh akad (suami-isteri)... Ada yang disebabkan oleh pekerjaan ... Ada yang disebabkan oleh dakwah ... Ada yang disebabkan oleh minat yang serupa (kereta, bola)... Manusia apabila diikat akan menunjukkan kemesraan tatkala mereka bersama, merasa rindu apabila berpisah. Apabila ikatan itu hilang, adakalanya hilanglah kemesraan dan kerinduan yang pernah ada. Yang tinggal hanyalah kenangan-kenangan yang mungkin telah dilupakan.
Sudah seminggu lebih aku berada di Semenanjung. Seronok betul kerana dapat merasa menjadi ayah sepanjang seminggu ini. Tak lama lagi aku akan pulang semula ke Borneo. Keadaan terpisah sebegini mengajarku nilai masa, kerana masaku di sini sangat sukar untuk diperolehi, malah perlu dibayar. Ia sukar diperolehi kerana akhir-akhir ini boss sukar nak berikan cuti atau pelepasan kepadaku untuk pulang. Ia perlu dibayar kerana aku perlu membeli tiket kapal terbang yang tak kurang mahalnya. Aku sering sedih bila melihat anakku kerana kasihan kepadanya kerana dia jarang bertemu dengan ayah kandungnya sendiri. Aku risau kerana takut pembinaan karakter,emosi,intelektual dan akhlak anakku terkesan oleh keadaan ini. Aku mengetahuinya melalui pembacaan dan perbincangan dengan teman-teman. Namun, aku masih merasa syukur terutama apabila melihat orang yang mengalami situasi yang lebih dahsyat dariku. Itu adalah saranan Nabi SAW juga, supaya kita tidak kecewa dengan apa yang ada. Moga aku lebih banyak m
Tadi dua orang pemuda minum air limau ais dan limau suam. Cahaya lampu jalan suram-suram menyinari mereka dan orang-orang yang datang makan ke tempat itu. Kereta yang lalu lalang di sebelah gerai seolah-olah tidak berkurang sedikit pun. Berbagai perkara yang dibualkan oleh pemuda itu. Dari perkembangan keluarga, teman-teman hinggalah kepada masa depan yang akan dihadapi... Namun orang di sekeliling tidak peduli. Mereka lagi bising bergelak ketawa sesama mereka seolah-olah ada kisah lucu yang diperdengarkan. Tukang masak gerai sibuk menyiapkan makanan dan minuman yang di 'order' oleh pelanggan yang datang. Kedua mereka bersurai. Salah seorang kelihatan letih dengan baju kerja serta beg yang agak lusuh, namun kelihatan bersemangat untuk meneruskan kehidupan yang ada.
Image
Aku merenung ke luar bas.Fikiranku merawang.Tadi tatkala Naza menghantarku ke perhentian bas,kami berbual perihal cara mengisi masa di hujung minggu di borneo ini.Ternyata ia amat membosankan.Malah,ia menjadi antara punca orang nak meninggalkan pulau ini...
Image
Rumah dah jadi futsal court
Aku berbaring di masjid syakirin mengenang dan memuhasabah kehidupanku sendiri.Hidupku dipenuhi ujian yang tak putus.Cuma orang lain tak tahu.Aku merasa lemah setiap masa menghadapinya selama ini.Ia menimbulkan rasa kecewa dan putus asa.Aku perlu tabahkan hati!Aku tak boleh berputus asa!Selagi masih hidup,selagi itulah masih ada peluang untuk berusaha!
Kekuatan hati itu penting untuk menghadapi kehidupan hari ini. Kehidupan ini tidak akan sunyi dari ujian yang sering berbentuk kesusahan. Orang yang kita sangka bergembira mungkin sedang kusut dan berduka dengan masalah yang kita sendiri tidak sangka. Orang yang tidak memiliki kekuatan hati akan kalah apabila bertembung dengan ujian dan dugaan hidup. Ada yang terjun ke dalam hiburan. Ada yang memabukkan diri dengan arak mahupun dadah. Ada yang membunuh diri. Semuanya dilakukan untuk lari dari ujian dan dugaan ini. Dari mana datangnya kekuatan hati? Kekuatan hati wujud dengan wujud apabila hati itu hidup. Bagaimana hati itu boleh hidup? Ada dua : Zikrullah dan Zikrul maut. Mengingati Allah dan mengingati mati. (ada hadith berbunyi seperti itu, cuma saya tak ingat matan dia). Bila difikir-fikirkan, benar juga. Hati yang hidup akan tabah dan tenang menghadapi apa sahaja yang melanda di dalam kehidupan ini. Hati yang mati akan bertambah mati dengan bertambahnya ujian hidup. Ingatilah Allah
Image
Aku memerhatikan remaja.Agak ramai.Mereka bermain bola dengan gembira di perkarangan parkir surau.Barangkali mereka bermain selepas asar.Kira-kira 40 minit sebelum maghrib,mereka bersurai.Tak perlu ditegur mahupun disergah,seperti di tempat lain.Aku pun masuk ke ruang solat.Tiba-tiba masuk seorang remaja lalu memasukkan wang ke dalam tabung.Aku agak kagum.Apa yang telah dibuat oleh penduduk di sini?
" Jalan dakwah adalah jalan yang amat sukar. Ia dipenuhi duri-duri yang tajam. Jika anda dapati jalan dakwah anda itu mudah, barangkali anda melalui jalan yang salah! " Kata-kata ini diulang-ulang semasa aku di sekolah, di universiti dan di alam pekerjaan ini. Dahulu ada sedikit-sedikit diuji dengan ujian-ujian kesusahan di jalan ini seperti masalah-masalah yang selalu ditemui ketika melaksanakan program-program umum dan sebaliknya. Aku menyangka itulah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Namun ia lebih dari itu... Kini jalan yang aku pilih diuji dengan ujian yang amat dahsyat. Ia dirasai oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Barangkali Tuhan mahu melihat, siapa yang masih tetap di jalan ini, siapa yang tidak tahan lalu mengambil jalan mudah. Aku memohon dari Tuhan agar aku dan teman-temanku diberi kekuatan di kala ini. Moga kita semua ditunjuki jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan buk
Hari raya dah masuk hari ke-4. Aku menyambut hari pertama di rumah ibu bapaku.Semua adik-beradik ada,termasuk yang belajar medic tu. Kemudian ke kampung ayah di TRG.Wah,kali ni aku dapati begìtu banyak kereta di TRG,sehingga traffic jam teruk di sana.Dah mula jadi macam Kelantan! Raya ke-3 beramai-ramai sambut hari keluarga. Bapa saudara dan sepupu semua berkumpul tepi pantai.Bestnya! Malam tu aku sekeluarga pulang. 5 jam driving TRG-TLOH. Singgah kat satu restoran yang sangat teruk servis dan juga makanan dekat Marang. Sabar je lah.
Esok aku akan bertolak balik ke KL untuk cuti raya. Hm, terasa macam balik for good masa student dahulu. Ditambah dengan suasana hari ini yang sejuk. Hujan turun lebat dan renyai berselang seli. Aii.. susah betul nak lelapkan mata nih. Camne nak qiam esok kalau begini...
Hari ini rasa sangat best semasa solat terawih. Terasa begitu tenang tatkala menghayati solat di masjid Syakirin. Mungkinkah...
Jika kekuatan didasarkan atas manusia, ia tidak kekal, ia tidak kuat, ia adalah kekuatan yang lemah. Jika kekuatan didasarkan atas hubungan dengan ilahi, ia adalah kekuatan yang sebenar dan kekuatan inilah yang bertahan lama. Aku memerhatikan realiti ini. Perkara-perkara yang berlaku sekarang membuktikannya. Mungkin perkara yang akan datang akan menguatkan lagi hal ini. Moga kekuatan didasarkan atas hubungan yang kuat denganNya.
Di dalam al-Quran ada disebut " Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara... ". Alangkah indahnya kalau orang islam yang berlainan pendapat memahami ayat ini. Di saat ini, amatlah sedih apabila orang islam berpecah, bercakaran dan ber'perang' disebabkan oleh pendapat yang berbeza. Di saat ini musuh-musuh islam gelak ketawa melihat gelagat umat islam yang menyedihkan ini. Moga aku dan teman-temanku memahami ayat itu sungguh-sungguh... ... kerana ukhuwwah yang dibentuk atas dasar iman sangatlah manis!
Tadi berbual sebentar dengan NM. Lama tak berbual dengan dia. Suara masih sama. Intonasi masih sama. Seolah-olah berada di masa di Monash dahulu. Fehlong sekejap...
Image
Pagi semalam adalah pagi yang amat best.Aku qiam di sebuah masjid berdekatan dengan MRR2.Di situ juga aku berjumpa dengan ramai teman-teman lama dan baru,bertukar-tukar cerita.
Tadi ada iftar di madrasah bersama pelajar-pelajar yang akan bercuti. Anak buahku juga ada di situ, juga teman-teman dan pakcik-pakcik. Seronok juga suasana ketika itu, sama seperti suasana semasa iftar sabtu lepas. Setelah iftar, aku berkejar ke rumah teman sekerja untuk memenuhi jemputan makan berbuka di sana. Jadi, aku iftar di dua tempat pada satu malam. Setelah itu, aku berkejar pula ke surau RPRS, kerana menggantikan UII menyampaikan tazkirah ringkas sebelum terawih. Kali ini ramadhan kurasakan lain sedikit. Antaranya ialah aku lebih tenang dan mudah untuk menyampaikan tazkirah berbanding tahun lepas, malah ramai memberi komen positif terhadap gaya penyampaianku. Ramadhan kali ini juga kurasa ringan untuk melalui 20 rakaat di mana sahaja aku solat. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana memudahkan. Sekarang sudah tinggal 10 hari terakhir. Moga ia dimanfaatkan seoptimumnya! Amiin!
Tadi aku terbaca satu artikel tulisan uqy di laman web dia. Aku tersentuh dengan isi yang disampaikan: Dahulu masa aku adalah adik-adik, aku membayangkan abang-abang akan menyumbang. Kini bila dah jadi abang-abang, sejauh mana sumbangan dari harta dan masa kepada mereka. Seolah-olah abang-abang memiliki 'rancangan sendiri' dalam hidupnya.
Lama tak update blog ini.Aku lebih kerap mengupdate coretan dalam facebook.Sekarang berada di dalam bas,menuju ke airport.Flight ke Miri awal malam ini,betul-betul dekat dengan waktu berbuka.Tadi,hatiku sangat tersentuh melihat anakku melambai ke arahku.Bilakah aku akan dapat luangkan lebih masa untuknya?
Image
I am thinking positive things,good things to come and removing all negative thoughts starting from now.I will be experiencing goodthings which I dreamt all this time.This will be the moment! Let's march forward to it!
Agak lama aku tidak menulis blog ini. Kini, orang ramai lebih bertumpu kepada website sosial seperti facebook dan twitter. Aku merasakan jiwaku begitu down beberapa lama. Mengapa? Aku melihat keadaan diriku ini yang kuanggap malang. Sedar tidak sedar, sudah hampir lima tahun hidup begini ... ada keluarga, tetapi masih hidup macam orang bujang, tidak nampak harapan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. Ditambah dengan perubahan yang aku lihat pada anakku dan isteriku. Ditambah dengan suasana sekeliling yang lemah dan kelihatan makin lesu . Lebih menyedihkan hatiku bila melihat kehidupan yang lain yang kuanggap lebih bahagia dan lebih hidup dari apa yang aku miliki. Semua itu memakan diriku sedikit demi sedikit, sehinggakan memberi kesan terhadap fizikal dan menta l ini. Dari segi material, aku diberi banyak benda . Aku diberi pekerjaan yang menarik dan gaji yang agak lumayan. Aku ada keluarga. Aku memiliki kemahiran-kemahiran. Aku masih boleh makan apa yang aku mahu.... Tetapi
Motivasi merupakan minyak yang menjadi pembakar semangat kepada hati manusia di kala ia lemah. Ia datang dari orang lain atau dari dalam diri sendiri, bergantung bagaimana kita memperolehinya. Aku diuji dan diuji sehingga kini, menjadikan diriku menghargai setiap motivasi yang boleh aku cari. Melihat keadaan orang lain yang seolah-olah lebih baik dari keadaanku, menajdikan aku makin lemah. Namun, sesekali aku berundur ke belakang. Aku berfikir seketika akan kehidupan ini. Aku ingin keluar dari keadaan sekarang kepada keadaan yang lebih baik. Dengan itu, timbul satu semangat baru... semangat untuk merubah keadaan!
Kita perlu bersemangat dalam menghadapi kehidupan ini. Cabaran dan ujian pasti datang, dan kekadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka. Dalam sekelip mata kehidupan yang seronok akan menjadi sengsara. Oleh itu, kuatkan semangat tatkala diuji.  Bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan, jadi .. jangan putus asa dari rahmatNya!
Aku tidak terbang pulang hujung minggu ini. Hanya di bintulu, dengan program dan aktiviti yang ada : qiyam dan pertemuan dengan teman-teman membincangkan perkembangan dan arah seterusnya tarbiyah di sini. Kini aktiviti umum untuk remaja agak perlahan di sini. Ia sangat ketara kerana aku, YHY, MFSI dan SSI kurang tidak dapat memberikan tenaga dan masa untuk program umum remaja di sini. Ditambah dengan ZD yang sudah tidak mahu melibatkan diri. Kini suasana di sini agak sunyi pada pandangan orang awam. Aku, YHY, UAFH, UAS dan lain-lain mula menukar fokus. Kukuhkan tiang asas sebelum dibesarkan bangunan. Mantapkan tapak sebelum diletakkan batu-bata di atas. Aku harap, dengan fokus sebegini akan melahirkan lebih banyak kekuatan untuk menyampaikan kebaikan dan risalah ini kepada masyarakat di sini.
Image
Aku sangat sukakan sunset.Ia melahirkan suasana yang aku suka:tenang,sejuk,cantik. Aku sempat mengambil gambar dalam perjalanan ke lapangan terbang. Maha suci tuhan yang maha agung.
Aku baru selesai menghadiri forum elektrik dengan teman-teman sesama syarikat. Hm, menarik juga kalau selalu dapat mengikuti forum sebegini. Aku dapat melebarkan jaringan kenalan yang ada di kalangan eksekutif dan juga 'pakar'. Ada perkara baru juga aku temui semasa forum itu. Aku mendapati amat perlunya seseorang itu dikenali dan amat penting siapa yang mengenalinya. Wah, ini antara politik kerja yang aku belum mahir. Pakcik NPNL tegur juga aku masa forum itu. Ehe, aku tercakap ayat yang kurang elok bunyinya walaupun sangat penting mesejnya. Aku harap orang-orang yang ada di situ tidak terasa atau tersinggung. Masa forum itu juga, aku selalu pula berbual dengan bekas pengurus senior aku. Masa makan pagi dan juga masa naik kapal terbang! Mungkin Tuhan mahu begitu. Pengurus ini asyik menceritakan perasaan dan susahnya berjauhan dengan keluarga. Hmmm... mungkin dia lebih memahami kes aku sekarang berbanding dahulu. Aii ... apa yang aku tulis ni?
Image
Alam ini memiliki seribu satu rahsia yang amat luas.Kehidupan ini juga menyediakan pelbagai pengajaran bagi kita.Aku memerhatikan,lalu mendapati kita terlalu fokus terhadap diri sehingga terlupa hakikat tugas kita yang sebenar.Kita akan ditanya akan tugasan itu dan sejauh mana telah kita usahakan,bukan sebaoyak mana hasil yang kita dapati.
Image
Aku menantikan saat di mana keperitan lahir dan batin ini akan berakhir.Satu persatu diuji keatasku.Sikapku yang mudah mengalah menjadikan keadaan semakin parah.Walaupun secara fisik aku memiliki segalanya,aku seolah telah kehilangan segalanya.Oh tuhan,aku yakin Engkau Maha Adil lagi Maha mengetahui.
Wah. Lama tak tulis blog nih. Minggu lepas aku ke loji gas asli brunei, satu loji gas asli berdekatan dengan tempat aku kerja (dalam 300km+). Selama di sana, aku menjadi 'specialist' dan dilayan seperti itu, meskipun gajiku sangat kecil jika dibandingkan dengan apa yang aku 'buat'. Di sana, aku dapat memerhatikan budaya kerja di sana. Agak menarik. Waktu solat, kontraktor dan pekerja solat berjemaah di surau. Waktu habis kerja, semua orang terus balik, kurang kelihatan orang yang 'stay back', seperti di tempat kerja aku sekarang. Hampir setiap malam aku dibelanja makan. Dapat merasa masakan di Brunei, menarik sekali. Perkara yang menarik perhatianku semasa di sana, syarikat induk kepada loji itu tidak mempunyai 'specialist' sepertiku (dan seorang lagi teman sekerjaku di bintulu). Wah, ia suatu penghormatan terhadap pengalaman yang aku lalui. Hmmm ... aku masih mengira-ngira, apakah aku harus ....
Image
Alam ini begitu indah.Aku memerhatikannya,lalu mendapati ia mencetus kedamaian di dalam hati.Pagi tadi aku berada di tepi taman tasik SA bersama teman-teman zaman student dahulu.Terlintas kisah lama dan kisah baru,mengongsi status sekarang.
Image
Aku terfikir tatkala aku berjalan di LCCT tadi.Telah empat tahun berlalu,dan aku sering bersedih dan kecewa dengan keadaan.Aku tidak perasan bahawa empat tahun itu menjadi persediaan bagi diriku untuk ke tahap seterusnya.Aku merasakan seolah ada sesuatu yang berubah dari dalam diriku yang diperasan oleh YHY.
Image
Apabila melihat kepada air terjun, timbul rasa tenang di hati. Rasa seronok pun ada juga. Aku duduk-duduk menikmati suasana di situ, melihat teman-teman bermain-main di tepi dan dalam air (yang tidak dalam). Barangkali ini sebabnya Tuhan menceritakan bahawa di syurga terdapat air sungai yang mengalir. Begitu seronok dan tenang bila mendengarnya, apatah lagi bila melihat dan berenang di dalamnya.
Image
THE white kancil finally arrived in Kuching last Friday! We went for a very interesting road trip. It reminds me about my previous road trip with MARMAR and others in Wira SE all the way to alaphong. Today some of my friends who joined the trip took day off to recover. I did not, and I was very weak in the office. The 600+ kilometers was quite challenging for me and my friends, but we manage to pull it off till the end. In Kuching we went around town and also went to see some natural places in suburbs nearby. I also met lots of old friends and some new ones. The drive home also interesting as our group have to endure 5 hour plus of heavy rain on the road, starting from Sibu to our home. I could not drive more than 60 km/h due to visibility and road condition. All in all, it was an interesting adventure. I never thought my Kancil travelled far south, but it finally did.
Semalam aku mendengar nasihat dari seorang teman. Nasihat yang begitu mendalam lalu menjadikan aku melihat kehidupanku dari sudut yang lebih lain. Nasihatnya begitu simple, tetapi kesannya besar dalam kehidupan... at least kehidupanku "Dalam surah al fajri, ayat yang akhir.... "Kembalilah kepada Tuhanmu wahai jiwa yang tenang." . Jiwa yang tenang di saat kematian. Jiwa yang tenang di saat ia masih hidup. "Kalau kita lihat dalam kehidupan, jiwa kita jarang sekali tenang. Selalu gundah gulana, sedih, keciwa, marah, lemah semangat... disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa. Orang yang nampak mewah dan menerima banyak kenikmatan belum tentu tenang...seperti sang kaya yang memasang begitu banyak sekuriti di rumah, sehinggakan tidak mengizin orang mengambil gambar di depan rumahnya. Jiwa yang tenang ini sungguh luarbiasa... kerna jiwa yang tenang ini : memiliki hubungan yang begitu baik dengan Tuhannya, dan ia mengetahui dan menerima hakikat bahawa segala yang dia al
Image
Melihat kepada kad hari lahir yang isteriku buat untukku,aku tersenyum sendirian.Bersyukur aku kerana mendapat teman dalam hidup ini.
Image
Today I am 28 years old at 4am this morning. Thanks to Allah for life and memories given.I wanted to walk my life and fulfill my dream again.Words from my housemate to me,which I will remember for this special day:'If we do,it may change,it may not.If we do nothing,nothimg will ever change'.
Image
Everything which has beginning must have an end (except Him).As I walked through esplanade unfinished site,it became clearer.Last week,I was a emotionally unstable.I was thinking of how bad I am now and I cannot do anything about it.It is true to certain extent,because I haven't done good enough.Life will change when we do changes to it,like today.
Image
Life teaches us its lesson the hard way. The syllabi made us felt very painful in our heart. However...those lessons made us grow up. It also made us a stronger and tougher person.
Image
A glass can be half empty or half full.That is how people see things in life.
Aku agak lemah kebelakangan ini. Barangkali sebab aku tidak balik lebih dari dua minggu. Tidak balik menjadikan aku lemah? Barangkali rindu terhadap isteri dan anakku menjadikan aku begitu. Aku memohon kepada Dia agar membantuku dalam menghadapi perasaan yang tidak stabil ini. Tadi ketika aku termenung-menung selepas asar, terlintas di kepalaku berkenaan peristiwa hari ini. Apa dia? Dari hari semalam, teman sekerjaku ingin meminta aku ke loji bersama engineer pensuisan untuk melakukan kerja tengah hari tadi. Bila tiba jam 12noon, dia telefon dan mengingatkan aku bahawa aku perlu bantu, tapi dia akan confirmkan sekali lagi dengan menelefon kepadaku selepas zuhur. Aku setujulah, tapi dalam hatiku aku memohon agar tak perlu turun loji hari ini kerana tiada mood. Zuhur berlalu... Temanku itu tidak telefon. Tiba-tiba hujan sangat lebat. Sangat lebat. Aku kembali ke rumah lalu berehat-rehat menantikan panggilan dia, tetapi tidak ada. Aku tertidur-tidur dalam hujan yang amat lebat di luar rum
Hmm ... FB, FB, FB ... Sekarang orang tempat kerjaku sangat ramai masuk ke FB ... seolah-olah satu dunia lain yang begitu meriah. Lebih meriah dari dunia realiti...
Image
Maha suci Allah.Pemandangan di luak bay begitu indah di saat matahari terbenam.
Image
Madrasah al-Quran.Tempat bermulanya.Tempat berhentinya.Tempat berhimpunnya.Tempat bersambung kembali...kerja islam di bumi bintulu.Tidak ramai orang yang tahu.Tidak ramai orang yang sedar.Hanya sebahagian sahaja mengetahui.. ... melainkan mereka yang maklum dengan sejarah Madrasah ini...
Warkah buat diri... yang berada di masa depan. Wahai diriku, Aku mengutuskan surat ini buatmu yang berada di masa hadapan. Andaikata aku masih ada di zaman itu, bacalah surat ini kerana ia adalah nasihat ikhlas dari dirimu yang berada di masa lepas. Wahai diriku, Di saat ini aku sungguh bersemangat dalam kehidupan. Aku menyedari akan hakikat hidup ini, lalu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan tujuan hidup ini. Aku tabahkan hati tatkala ujian datang, malah menjadikan diriku rapat kepadaNya. Wahai diriku, Di saat ini aku begitu kerap memohon kepadaNya untuk membantuku dalam mencapai perkara-perkara penting dalam hidupku. Aku sentiasa berdoa dan berzikir kerana Dialah punca segala kejadian dan sumber segala keadaan. Wahai diriku, Cukup setakat ini dahulu. Aku berharap diriku masih istiqamah di jalan ini. Amiin.
Image
Life.You only have it once.You may waste it,or put it to some use.It is interesting to know that it began before we were born and it does not simply end at the last breath in this world.Knowing the things which we encounter after death makes us sees life in a better way.
Image
Wahai tuhan,kepada Kau hambaMu mengadu.Kau mengetahui apa yang menimpaku.Kau sahaja yang dapat membantu.KepadaMu sahaja aku berharap.
Image
Tak sangka.Akhirnya terbeli stokin setelah 4 tahun di sini.
Image
There seems that I can see some light at the end of the corridor..Many people saw it and walked.Most of them are my colleagues,seniors and juniors.I believe that my time to walk like them will be soon.
Aku melihat ke arah tingkap.Hujan begitu lebat hari ini.Kita dihujani air hujan yang amat lebat.Orang palestin dihujani bom dan peluru.Moga kita terus-menerus doakan mereka.
Image
I have the feeling of good things to come.It came to my senses which path I should take.Knowing that,I can see my direction again.Now I am psyched to run forward for my future.
Image
Gambar di atas menunjukkan expiry date helmet keselamatan.Bila sudah expired,maka helmet ini tidak berfungsi lagi.Walaupun nampak keras,bila terkena batu ia mungkin pecah. Begitulah dengan dunia.Bila sudah expired,ia tidak akan berfungsi lagi.
Image
Surau darussalam kampung baru.Di sini aku bertemu dengan pemuda-pemuda yang bersemangat untuk mengubah dunia!
Image
Apakah yang ingin anda capai pada hari ini?Jarang sekali terlintas di hati,kerana terbiasa menurut rutin harian sebagai pekerja atau pelajar.Hanya insan yang punya matlamat sahaja memikirkan persoalan ini,kerana pencapaian setiap hari menjadi batu loncatan kepada yang seterusnya!
Image
Wah.Lcc-t dah jadi macam puduraya!Ramai betul orang di sini.Mungkin sebab lebih ramai orang dapat beli tiket,yang lebih murah daripada mas...atau makin ramai long distance family macam aku?
Aku merasa agak bersemangat di dalam kereta tadi. Kenangan-kenangan berada di sini terbayang tiba-tiba. Hidupku di sini telah mematangkan aku. Hidup di sini telah menjadikan aku melihat kehidupan dari sudut yang lebih besar. Moga entri-entri berikutnya penuh dengan motivasi dan semangat.
Alhamdulillah. Ramai orang bangun pagi hari ini dengan aman damai. Siap sambung tidur sehingga tengah hari. Di suatu tempat yang lain, orang bangun dalam keadaan ketakutan. Dilihatnya kawan-kawan dan keluarga mati dibom oleh tentera musuh. Kalau dapat tidur di dalam rumah semalam pun sudah dikira baik, tetapi bila-bila masa sahaja rumah boleh musnah dibom oleh pesawat musuh. Tempat itu adalah palestin. Sekarang dibom setiap hari dan ramai sudah mati kerana bom-bom itu. Moga Allah membantu mereka di sana. Moga israel hancur sehancur-hancurnya. Doakan saudara, kawan dan taulan kita di sana. Mereka seakidah dengan kita. Mereka memerlukan bantuan kita!