Bersyukurlah...

.... kerana Allah memberikan hidayah kepada kita. Hidayah amat penting. Hidayah adalah sesuau yang kita tidak sangka.

Kalau bukan kerana petunjukNya, aku barangkali menjadi orang yang bekerja keras demi syarikat ini, atau aku barangkali menjadi orang yang tidak mempunyai arah dan tujuan dan tidak memikirkan masa depan sama sekali.

Kalau bukan kerana rahmatNya, aku akan menjadi orang biasa, yang hidupnya terlingkup dalam lingkungan yang kecil, dan terperangkap dalam putaran kehidupan iaitu ... pergi kerja, balik kerja, berehat, dapat gaji dan berbelanja ...

Kalau bukan kerana sayangNya, aku tak menyedari realiti saudaraku di seluruh dunia dan barangkali tertipu oleh penguasa dan penjahat dunia...

Terima kasih. Istiqamahkan aku. Jadikan aku, temanku, dan keluargaku dari kalangan orang yang menyambung kerja yang amat panjang ini...

Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany