Posts

Showing posts from August, 2003
Semalam ada kawan bermalam kat rumah. Lama dia tak datang ke rumah aku ni. Lama gak tak terima tetamu . Kami sembang panjang pagi tadi. Makan breakfast tahap kenyang betul tadi. Aku nak layan tetamu sebaik yang aku boleh buat. Bukankah Islam suruh kita layan tetamu. Nabi ada kata ' sapa2 yang beriman kpd Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamu dia (tak ingat sama ada bukhari atau muslim - kalau ada sapa2 yg nak betulkan , kasi tau aku yek! ) '. Aku tak tau la. Aku tak berapa tahu camner nak betul2 layan tetamu. Aku still rasa tak dapat beri layanan terbaik kat tetamu. Tapi kita tetap kena layan tetamu . Islam ni cantik. Kalau tuan rumah tak dapat terima tetamu, maka tetamu tu kena la balik ( kalau beri salam 3 kali , tuan rumah tak jawab, maka kita kena balik ). Tapi bila tuan rumah terima kedatangan tetamu maknanya dia bersedia untuk layan tetamunya. kan cantik camtu? tetamu tak menyusahkan tuan rumah dan tuan rumah tak menyusahkan tetamu :). Hari ni ada kelas di
PErgi library. Buat kerja. Baca buku pasal neural network. BAca buku physiology. Time baca buku physiology aku terasa mengantuk sungguh. Tertidur akhirnya. Bangun . DAh masuk asar. Bergegas ke masjid untuk solat. Hmmm ... aku tertidur bila baca buku student medic ni . Banyak betul fakta dan maklumat. Isy ... patutla payah buat medical. Ehe .... engineering pun payah gak. Kena banyak tulis program dan banyak kira2 (maths) ....
Alhamdulillah! akhirnya robot betul2 dapat jalan lurus! Rupanya wiring dia rapat sangat. Patut ada litar pintas! Kamal ... ingatla , ni Allah dah tolong kau ni. Sebut2 dan ingat2 segala nikmat yang Dia kasi tau! Hmm ... nikmat Allah banyak sangat , tak terkira. Nikmat sihat, nikmat Islam, nikmat kefahaman, nikmat badan , nikmat penglihatan , nikmat tulis blog , nikmat melukis, nikmat kawan2 ramai ... terlalu banyak. (nanti sakit jari menaip :)) . Memang banyakkkk! TApi sejauh mana aku mensyukuri-Nya. Renungkanlah wahai diriku!
Semalam ayah call. Ehe. Famili aku rindu kat aku. AKu pun rindu gak. AKu sayang kat mak,ayah dan adik2 ... ehe . Aku sentiasa mendoakan kebaikan di akhirat dan di dunia untuk kami dan untuk sapa2 yang berjuang di jalanNya. Aku still testing robot aku ni. Eii .. taknak ikut arahan lak. Aku suruh jalan lurus , dia pusing ke tepi lak. Rupanya encoder dia koyak. Encoder : alat untuk kira sejauh mana tayar berpusing, bila koyak, robot silap kira ... dia kira kurang , jadi dia pusing lebih. Ehe ... Pagi ni hujan. Lebat gak. Sejuk gak. Hebat kan, bila kita fikirkan bahawa ada kuasa yang kawal hujan ni. Kuasa yang boleh tetapkan sebanyak mana air nak menitik . Kuasa yang menentukan tempoh masa air boleh turun. Kuasa yang mengawal suhu hujan ni (kat Malaysia tak sesejuk ni ... ehe ). Subhanallah .
hari ni aku rasa cam lemah lak. tidur petang tadi. pastu tolong shahril upload website rural dia. Pastu aku lukis sket untuk ikomik Aku dapat kertas encoder dari supervisor aku. Encoder membantu robot untuk gerakkan tayar dia. kertas encoder ni berbelang hitam putih. bila warna yang discan kat tayar tukar dari hitam ke putih , maka robot akan bergerak. ehe ... susah nak bayang lak.
Hari ni aku study reliability engineering. Pasal kebarangkalian. Entahlah . Cam malas lak nak tulis.
Tambah chatbox ... menjadi ke?
Tayar robot berfungsi 80%. Jalan lurus sket , pastu dia pusing2 . Jalan sket , pastu pusing2 ... walaupun kita suruh dia jalan lurus ( robot ni pakai tayar, bukan kaki :) ). Aku rasa litar atau alignment tayar yang masih tak berapa betul. Tapi insya-Allah, aku cuba baiki betul2. Ehe . Semalam masa kat lab ramai puji pasal robot aku. Mereka kata aku dah nak siap. Mereka kata thesis aku hebat. Mereka seperti kagum ngan thesis aku. Aku takut. Aku takut aku riyak dengan pujian member2 dan student2. Apa yang aku dapat hari ini adalah bantuan Allah, hasil dari petunjuk-Nya. Aku banyak berdoa kat Dia supaya bantu aku siapkan thesis ni. Aku nak cemerlang. Aku nak tunjukkan contoh baik kat adik2 aku dan kawan seperjuangan aku ... bahawa kita sepatutnya lebih cemerlang dari mereka yang tak ikut jalan ini, dari mereka yang meletakkan pelajaran mengatasi agama mereka , yang meletakkan keseronokan mengatasi iman mereka. Wahai diri. Ingatlah Dia selalu, sesungguhnya Dia memerhati kau setiap ma
Hari ni robot aku berfungsi dengan elok. Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya boleh dah program robot tu dengan baik. Doalah dan selalu mengadu kat Allah, sebab Dia dengar apa masalah kita dan Dia tahu apa masalah kita! Tadi masak dinner. Hmmm ... teringat kat ayah. Kat rumah, ayah selalu masak dinner antara maghrib ngan isya' (kalau bukan hari dia mengajar kelas kat masjid). Aku pun camtu di sini. Lepas balik dari masjid bersolat magrib, aku masak dinner sampai isya'. Pastu gi masjid semula. Ehe .. ayah selalu masak sebab mak selalunya penat bila balik. Ye la, kerja mak berat gak, kena handle sekolah, kena handle kerenah budak2, kena handle parents budak2 . He he. ... aku ? tak tau la. Kalau dapat jadi engineer dan kerja 8.00 pagi ke 5.0 petang , nak tolong gak cam ayah buat ...:). Tadi ada kawan yang rasa down. Aku kasi nasihat sepam dua . Yang aku mampu kasi la. Kita kena saling nasihat-menasihati ... saling kasi semangat ...kan surah al-asr suruh camtu k
Today it rained. Hujan . Malam pun hujan gak. Aku hanya memprogram robot aku jer. Thesis. PAstu ada baca sikit pasal subjek renewable energy. Entahlah. Sekarang ni takleh rasa lemah . Kena kuatkan semangat. Banyak kerja yang kita kena buat. Jadi , idle time atau masa kosong patut tak ada ... kan? Malam ni hujan. Adakah menandakan hari ni sedih. Sedih dengan dinner malam ni? Dinner yang disajikan dengan bermacam-macam hiburan. Dinner yang aku tak pergi sebab kalau aku pergi , takut aku menangis melihat orang Islam berdinner di situ. Berseronok di situ. Inikah realiti? Adakah ini yang akan aku temui bila aku balik ke Malaysia nanti? Bila aku bekerja nanti ? .... Ya Allah, tetapkan hati kami di jalan-Mu yang benar ini . Amin...
Yesterday I kept on downloading programs for the robot. The download process seems to be failing most of the time. I do not know what was the reason. It might be the dos prompt that was malfunctioning. Dos prompt ? OK ... here some explanation: dos prompt is somehow like the old dos system ( you know, the black screen where we can type command on it ). In windows 9x and Me, we can access to this by typing 'command' in Run... from the start button. In windows XP and 2000, we can access it either by typing cmd or command . Old computer whiz like to use this black screen as it allows you to do some of hidden windows secrets :) Why it seems that I got no much mood to do work. Maleh betul lak rasanya. Takleh malas camni. Islam tak ajar untuk bermalas malasan. Kan ada doa tu ... ' Ya Allah jauhilah kami dari lemah dan malas' ... Okey! Ganbaremasu ! Mada mada desu!
Hari ini siaplah interface board bagi robot aku. Benda ni menyambung power dari luar dan juga serial cable dari luar kepada robot ni. Banyak betul aku buat untuk robot ni. Semata-mata apa? nak skor Thesis? Nak amik hati supervisor? Nak tunjuk kat orang? Isy .... kalau semata-mata itu , rugila aku. Usaha untuk itu .... tak beri apa2 erti di sisi tuhan. Hmmm .... berbalik kepada niat aku. Mengapa aku buat benda ni? ... bukankah segala-galanya berbalik kepada tujuan sebenar hidup kita ? Fikirkanlah wahai diriku ! Alhamdulillah, aku dah sihat. Sememangnya dua nikmat yang manusia selalu lupa : masa lapang dan kesihatan :). Oleh itu, manfaatkanlah mereka bila kita mempunyai mereka :)
Lama betul tak tulih log ni. Cam takder masa. Hmm . Last week aku demam sket. Tapi aku tahan la. Makan panadol 'sinus'. Tapi rupanya lama gak demam nye. Tapi tak kisah la. Sume ni kan ada hikmahnya. Aku rasa antara hikmahnya, bole berehat la (jasad aku la) . Sampaikan member kat uni pun suruh rehat. Mungkin stadi kuat sangat ? Ehe ... kita kan mana ada rehat. Kan 'bila selesai satu urusan, maka kerjakan urusan lain' .... in other words .. 'zero idle time!' Satu lagi best sakit ni ... kawan2 kita lebih concern kat kita :) .... dan akhir sekali , dan paling best ... sakit kaffarah dosa2 kita dan menunjukkan Allah concern kat kita (dengan ujian sakit tu) .... ke camner ? :)
hari ni assemble balik chassis robot aku. Berserabut betul saraf2 dia. Ehe ... wire dia pendek2 jer tapi banyak. Dahla kena rewire dua tiga kali sebab tak kemas. Ni baru untuk bina robot ... dah banyak pakai wayar untuk kawal organ2 badan dia. ... Lihat pencipta kita, Dia cipta kita dengan tahap kompleksiti yang kita sendiri tak tercapai. Subhanallah. Sememangnya Dia Maha Bijaksana!
Hari semalam masak sushi :) Alhamdulillah, berjaya buat walaupun cam tak berapa menjadi. Here are the ingredients : rice,crabmeat,seaweed,salt and vinegar. Cooking method: 1. cook the rice. cool it when it is done 2. put the seaweed on the sushi mat 3. put rice on the seaweed. Then put the crabmeat at one end of the seaweed 4. Roll the mat. 5. Cut the rolled sushi to get smaller sushi. You can have a long sushi if you don't cut it :) Well, it took 40 minutes to prepare it. Pretty quick ... he he ... Why we eat? For luxury? Untuk hilangkan lapar? For our stomach? Well.... we always said we eat so that we can do ibadah to our god. Are we really truthful to what we said? Hmmm .... let's think about it :) OKlah. Kamal , sambung keje lagi. Ganbatte!
Jasad terasa penat. Tapi roh taknak penat lagi. Teruskan usaha hingga ke akhirnya ... Hari ni harapnya dapat progress banyak dalam thesis aku. Ya Allah, bantulah aku untuk cemerlang dalam pelajaranku untuk menjadi penguat semangat orang lain ! Amin....
Tulis blog ni makan masa gak. Kena manfaatkan masa menulis ni :) Kalau kita betul2 tolong di jalan Allah , Dia akan tolong kita. Betul . Sangat betul . Semalam akhirnya robot aku berfungsi sistem motor dia. Aku merekod peristiwa ini untuk ingatkan kat diri aku supaya mensyukuri nikmat-Nya dan meneruskan kerja di jalan-Nya.
Thesis ... lagi 10 minggu lagi. Hmm ... macam-macam hal lak kali ni. Aku harap boleh settle cepat2 . Aku rasa ni mungkin macam aku bekerja nanti. Aku akan diberi projek oleh klien, dan kena siapkan dalam satu tempoh masa. PAstu kena present/bentang projek ni. Sekarang aku rasa dah nak mula busy ngan menda ni. Tapi ... aku harap aku tak terlalai dari tanggungjawab aku sebagai seorang muslim ... Insya-Allah , sapa tolong di jalan-Nya , akan ditolong oleh-Nya . Ganbatte :)
Hari ini aku rasa aku buat benda yang aku mungkin tak akan buat. Hatiku berat nak buat, tapi aku tetap rasa nak buat. Aku delete semua mp3 game dan Anime(animasi jepun) yang aku kumpul selama 3 tahun setengah. Entahlah. Aku ingin berubah. Aku rasa hari ini adalah hari aku nak mulakan salah satu perubahan tu. Kat dunia ni ada putih dan ada hitam . Tiada kelabu. Kalau ia bukan putih, pastinya ia hitam , dan tidak ada kelabu. :)
BAru balik dari rumah Zairil. Lepak kat situ. Jumpa Ammar. Semalam gi discussion . Aku ingat boleh bertahan, tapi ngantuk sangat ... last2 tertido . Kena sindir lagi ,tapi tak sedar. Hmmm ... nak sambung thesis lagi. Kena kejar sket sebab dah tinggal dalam 10 minggu lagi! Kali ni nak buat yang lebih baik , insya-Allah!