Posts

Showing posts from August, 2005
Hmm ... banyak tempat kat Malaysia minat kat "anata no miraie" rupanya.
Tonight I am at Raub. My, the phone signal is sometimes weak, sometimes strong. This is the time that I have for this short leave to spend with my mum and sis. To think about it, I am really thankful to Allah for providing memorable moments each time I come back to Pahang. Being far away makes me appreciate every second when I am with my family. Remembering years before, I am taking those moments for granted. From now, even in bintulu with friends, I must try to make them as memorable as possible!
Aku teringat lagi junior aku tanya aku: "Cam mana nak istiqamah?" Hmm .. soalan ini susah nak aku jawab, sebab pengalaman aku pelik sikit. Pengalaman setiap orang berlainan. Tapi aku ingat kata si Z dulu. Dia dapat formula istiqamah ni dari pakcik F. Nak istiqamah mesti ada orang yang kita refer setiap masa, mesti ada tempat untuk tambah input (di samping diskusi) dan mesti ada output (iaitu inisiatif sendiri). Hmm .. in one way, benda ni berlaku kat aku di bintulu ni, malah amat intensif sekali, memandangkan skop kawasan tak seluas KL atau tempat di semenanjung(Aku belum lagi outreach ke pendalaman yang mana majoritinya bangsa lain). Malah aku rasa, Dia overhaul semangat aku bila aku dicampak ke bintulu ini. Bila di bintulu ni, keluarga dah jauh, kawan sangat rapat, malah terasa semangat untuk isi setiap malam mengembara dengan kereta putihku untuk mencari orang. Mungkin di sini persediaan aku sebelum aku ke tempat lain untuk mengubah tempat itu.
I don't think I am the chosen one. That person is the chosen one.
This week I am away from bintulu till wednesday. It seems forces in bintulu are unbalanced when I am not around. Am I THAT needed to be there to balance the force? Does this mean ... I am the chosen one?
Tadi aku dapat ziarah F S san! Waaah! First time pegi rumah dia, pastu first time jumpa ayah dia. Waah! Jumpa orang2 hebat hari ni! Dia minggu lepas operation tulang belakang, sebab dia kena sakit yang orang kata slip disc. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Dia nampak sihat hari ni. Boleh berborak. Masih boleh berkonseptual lagi. Cuma kaki dia kebas2 lagi. Sensor kat kaki kiri dia masih belum fully recovered lagi. Tapi alhamdulillah, dia masih sihat.
Aku balik kampung dua tiga hari ini. Sabtu lepas aku ke Muar, menziarahi adik aku di sana. Semalam aku menghadiri kenduri dan menziarahi atuk aku. Jumaat lepas aku ke hospital Pusrawi di KL, sebab sepupu aku kena denggi dan masuk hospital. Cemas masa tu. Alhamdulillah, sekarang keadaan dia dah stabil. Rasanya hari ini atau esok dia patut dah dapat keluar hospital, cuma kena still under medication kot.
Dua tiga hari ini aku belajar berkenaan menghargai apa yang aku ada. Ehe, ni setelah membaca buku " How to enjoy your life and your job ". Sangat menarik buku ini, walaupun ditulis oleh orang putih yang bernama Dale Carnegie. Antara isi buku ini menekankan untuk bersyukur dan menghargai apa yang kita ada. Kita selalu melihat orang lain yang lebih dari kita dan kita merungut, mengapa kita tak dapat macam orang itu. Contohnya, kita melihat kawan kita bekerja dekat dengan rumah dia, atau dekat dengan tempat yang best, walhal kita bekerja di tempat yang amat terpencil dan jauh dari keluarga. Mesti ada rasa tak puas hati, atau perasaan "Why me?Why me?".Kita tak melihat kepada orang yang tak ada kerja langsung, orang yang lebih teruk keadaannya dari kita. Sekurang2nya ini rezeki kita setakat ini.. insyaAllah, itu yang terbaik untuk kita sekarang, dan yang lebih baik akan ada untuk kita bila sampai masanya. Rasulullah dah cakap benda ni lama dah. Aku rasa ni hadith, tapi k
Terima kasih wahai tuhanku ... kerana masih menjagaku .
Adik aku balik ke rumah semalam hingga ke hari rabu ini. Waaaa. Rindunya! Sabarlah. Mungkin Allah akan beri peluang yang lebih baik untuk berjumpa dengan adik-adik aku.
Waaah. Akhirnya habis program motivasi anak-anak staf. Penat betul menjadi pengarah program. Aku rasa stail aku tak banyak berubah dari dulu, yang menyebabkan aku penat. Sangat penat. Tambah-tambah pula penolong-penolong atau committee ramai balik KL sebab mereka ada convocation dan juga ada yang sibuk dengan kerja di loji. Aku nyaris-nyaris burn out sebab banyak sangat kerja kena buat sendiri. Mujurlah Dia hantar pertolongan yang luarbiasa, yang berupa dari orang-orang yang tak disangka. Memang penat. Harapnya semuanya menjadi saham aku dan kawan-kawanku nanti. Amiin.
Di rumah aku ada 4 orang manusia. Masing-masing memiliki skop pengaruh yang tersendiri. Ada yang berkawan beberapa orang. Ada yang berkawan ramai orang. Ada yang berkawan dengan orang tertentu. Ini menunjukkan manusia suka bersosial, atau bergaul. Aku lihat seorang ini suka bergaul dengan orang-orang hebat, orang-orang ternama dan juga pelajar-pelajar. Alangkah baiknya kalau orang-orang yang berinteraksi dengan dia, disedarkan berkenaan realiti kehidupan. Aku lihat seorang lagi, bergaul dengan semua orang. Dan tujuannya antaranya ialah untuk menyampaikan kesedaran ini, melalui pergaulan itu. Alhamdulillah. Semoga Allah jadikan antara orang yang dia jumpa, mendapat hidayah melaluinya. Aku lihat seorang lagi .... dia terhad kepada beberapa orang. Tapi dia hensem. Mungkin dia ramai kawan, tapi orang tak tahu....
Ehe ... rupanya si zzz pun membaca blog aku nih. Terharu aku ... Terima kasih kerana prihatin kat batu kerikil nih....
Minggu ini aku belajar cara menulis technical report dari seorang staff senior. Dia hebat, sangat hebat .. .dari segi cara bekerja la. Hmm .. semoga ilmu ini bermanfaat.
Sabtu ini aku in-charge satu program untuk budak2 sekolah menengah. Wah, penatnya. Memang susah nak buat dalam keadaan bekerja nih. Orang-orang yang membantu aku pun sibuk juga dengan kerja di pejabat dan kilang. Nasib baik setakat ni macam ok jek. Iklan dah dibuat. Ramai juga yang hantar anak ke program ni, dalam 38 orang. Aku harap aku tak burn out lepas ni. Sungguh penat. Aku rasa sangat penat sehinggakan setiap malam aku baring, akan terus tertidur! Tapi hal ini mengingatkan juga suasana masa student dulu. Fehlongnya ...
Perasan tak ... Dia memberi apa yang kita perlukan, bukan yang kita mahukan ....
Kekadang kita berasa iri hati bila melihat nikmat yang diberi oleh Allah kepada orang lain. Pasti hati berkata : "alangkah baiknya, kalau aku yang dapat nikmat itu." Walhal, barangkali nikmat itu barangkali bukan yang baik untuk kita. Mengapa ? Aku membayangkan andaikata aku terus bekerja di Kuala Lumpur, instead di Borneo ini. Aku membayangkan, diriku akan menjadi semakin jauh dari teman-teman, leka dengan keseronokan kota metropolitan dan kawan-kawan, seronok dengan kemudahan yang diberikan. Aku membayangkan, dalam keadaan diriku yang masih belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi realiti hidup, terus berada di kuala lumpur dan berasa selesa di sana. Bila aku dicampakkan ke sini, aku menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Hampir setiap malam aku mengembara dengan kancil putihku mencari manusia dan cuba membentuk manusia. Hampir setiap minggu ada sahaja perkara yang dibuat untuk mencari dan membina manusia. Ini yang terbaik yang Allah kasi kat aku masa ini. Bersaba
Hmmm ... tadi tengok berita. Rupanya Turki antara tempat faveret percutian bagi orang yahudi.
Hari ini macam nak demam je. Mengantuk ada. Bersin pun ada. Dahla sini ada jerebu, walau tak setebal mana. Aku rasa udara stuffy sedikit. Tekak aku mula rasa sakit sekarang. Tadi masa balik mengajar tuisyen, pergilah berjumpa seorang remaja. Dia suka ke CC, jadi aku cuba mendekatinya dengan memahami minatnya. Itu antara cara aku. Cara aku lebih kepada merapatkan diri kepada orang. Cara ini sangat perlahan. Kekadang menjadi, kekadang tidak. Aku ingat kata pakcik Halim dulu :"Untuk dapatkan sesuatu, anda hendaklah menyerahkan sesuatu". Aku ingat masa aku senior ECSE dulu, selalu ke South east flat untuk berjumpa dengan nash, dengan niat supaya suatu masa nanti dia dapat hidayah dariNya. Aku tak betul2 dapat lihat hasilnya sehinggalah aku sudah bekerja. Alhamdulillah, tahun lalu aku dengar dia sudah rancak berprogram di sana. Aku harap dia istiqamah. Kini masa untuk mencari orang lain pula.
Minggu ini aku ada hantar e-mail kepada si Z. Hmm, rupanya dia seolah menganggap aku seperti dahulu. Kasihan kepadaku, dari dahulu sehingga sekarang ... masih merupakan batu kerikil baginya. Aku akui aku memang batu kerikil. Batu kecil, orang tak perasan pun, walaupun batu itu digunakan untuk membina jalan. Berdasarkan apa yang aku tahu, sememangnya si Z sangat hebat sekarang. Aku rasa gembira dan iri hati juga, sebab di Semenanjung sana dia sudah berjumpa dengan ramai orang, dan barangkali sekarang sedang mengubah orang, sama seperti di zaman muda. Aku di sini? Hanyalah sebiji batu kecil, yang membantu batu-batu besar untuk merubah apa yang ada.
Aku melihat kat cover kaset kumpulan DHearty, baru perasan, rupanya rakan satu sekolah dulu masuk kumpulan ini. Ehe, jadi penasyid sekarang ni. Sudah 7 tahun aku meninggalkan sekolah itu. 7 tahun berlalu begitu pantas.... Dahulu aku melihat begitu ramai abang2 senior, dan rakan2 sesekolah begitu semangat inginkan perubahan. Walaupun masih belum terjun ke dalam realiti kehidupan, mereka amat bersemangat. Itu 7 tahun dulu.... Ketika itu aku masih belum lagi merasakan betapa beratnya tanggungjawab ini. Ketika itu aku masih tidak yakin aku layak, walhal semua orang bertanggungjawab untuk melakukan tugas ini .... Dalam 7 tahun barulah aku memahami semuanya. Aku tidak sangka Dia memberi hidayah kepadaku di Monash sana. Begitu cantik skrip yang ditulis. Segala puji buatMu. Istiqamahkan aku dan kawanku... Amiin.
Tadi aku ke universiti kat tempat ini. Di situ ada talk-show bertopik "Aku,Cinta dan Kampus". Hosmet aku menjadi ahli panel. Tersenyum aku melihat mereka, begitu mantap menyampaikan pendapat mereka terhadap setiap soalan yang diajukan.... " Untuk mencari orang yang bersuka/ketawa bersama, ramai dan mudah ... tapi andai anda jumpa orang yang sanggup bersedih/menangis bersama anda, itulah orang yang cari, jangan lepaskan dia " Kata-kata ahli panel itu (lebih kurang la) mengingatkan aku kepada kata-kata ini " Kalau mencari teman hidup, carilah hati, kerana jika anda suka akan hatinya, dia akan menjaga hatinya, kalau anda suka akan rupanya, dia akan menjaga rupanya, walhal rupa akan hilang akhirnya "
Sekarang susah benar nak sentuh hati mereka itu. Ada sahaja alasan untuk menyibukkan diri. Walhal, mereka hanyalah pelajar sem pertama. Ya Allah, berilah hidayah kepada mereka dan kawan2 mereka di sana.
Dalam kita mencari manusia untuk disedarkan dengan kesedaran islam, kita akan menggunakan berbagai cara. Ada yang direct, ada yang perlahan, ada yang secara umum, ada yang terlalu umum. Tadi aku bersembang dengan hosmet di kedai mamak dekat sebelah stesen bas. Dia bercerita tentang approach yang aku lihat pernah dibuat oleh kawanku dahulu dan juga aku masa di Clayton dahulu. Approach ke atas hati. Dia mengatakan approach kepada hati memberikan kesan yang amat mendalam. Apabila kita dapat menawan hati orang itu, dia akan tertawan dengan kita, dia akan berkawan dengan kita ... dan dari situ terbentuklah ukhuwwah. Aku melihatkan perbezaan antara orang yang kuat tautan ukhuwwah dengan yang sekadar surface sahaja. Dari segi perjumpaan peringatan keimanan sehingga ke perjumpaan biasa ... orang yang terikat hatinya amat mesra dan wujud rasa kebersamaan sesama mereka. Aku teringatkan kawanku yang datang dua tahun dahulu. Dia merapatkan diri dengan setiap orang yang berdarah muda. Dia mendekatk
Tadi baru balik dari kelas tuisyen. Mengajar remaja tingkatan 3 subjek sains. Terasa betapa susahnya guru mengajar kita suatu masa dulu. Betapa kita tak menghargai usaha mereka ... malah kita mengutuk mereka. Ampunilah dosa guru2 kami. Tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar. Amiin.
Dulu aku memandang tidak baik kepada lelaki itu. Aku takuti perpecahan yang kusangka akan dia bawa, walhal itu hanyalah prasangka. Sesungguhnya prasangka itu tidak baik dan boleh menjadi dosa. Ampunilah dosaku. Kini bila mengetahui keadaan lelaki itu, rupanya dia menjadi mangsa keadaan yang tidak dapat dielakkan. Barangkali aku belum memahami sepenuhnya masalah dia, harapnya masalah itu selesai segera. Tidak guna bergaduh, sedangkan musuh kita sentiasa bersatu untuk menghancurkan kita. Lapangkanlah hati kami....
Bersyukurlah... .... kerana Allah memberikan hidayah kepada kita. Hidayah amat penting. Hidayah adalah sesuau yang kita tidak sangka. Kalau bukan kerana petunjukNya, aku barangkali menjadi orang yang bekerja keras demi syarikat ini, atau aku barangkali menjadi orang yang tidak mempunyai arah dan tujuan dan tidak memikirkan masa depan sama sekali. Kalau bukan kerana rahmatNya, aku akan menjadi orang biasa, yang hidupnya terlingkup dalam lingkungan yang kecil, dan terperangkap dalam putaran kehidupan iaitu ... pergi kerja, balik kerja, berehat, dapat gaji dan berbelanja ... Kalau bukan kerana sayangNya, aku tak menyedari realiti saudaraku di seluruh dunia dan barangkali tertipu oleh penguasa dan penjahat dunia... Terima kasih. Istiqamahkan aku. Jadikan aku, temanku, dan keluargaku dari kalangan orang yang menyambung kerja yang amat panjang ini... Amiin.
Setiap hari adalah hari yang baru. Di situ kita bertemu orang yang sama,tapi berbeza. Setiap yang kita lihat pada hari yang baru ini, adalah sesuatu yang baru. Housemate kita, rakan sekerja kita di hari ini adalah orang yang baru...kerana mereka adalah berbeza dari semalam. Perhatikanlah, apa yang ada pada hari ini, dan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita pada hari ini. Semoga kita menghargai dan mensyukuri nafas baru dan hari baru yang diberikan kepada kita. Manfaatkanlah masa, kerana masa adalah kehidupan. Ia bukanlah emas yang boleh dibayar nilainya. Ia adalah kehidupan yang hilang setiap kali ia berlalu.