Posts

Showing posts from 2015

Time to move on...

Image
It has been a year here. Today is the last day workong at this place. So much memories working in this place. I might miss some of good stuff here such as the nice nasi ayam at Raihah Mosque, Aeon Big supermarket and the best rate money changer downstairs. After this, it will be down south for the next stage of this project.

Wida'

Image
Malam ini pertemuan terakhir kumpulan diskusi dengan MFS.

Gorespensil

Image
Malam ini malam wida' atau farewell. Ahli diskusi mingguan "gorespensil" yang lama, baru dan akan datang berkumpul di sebuah kedai nasi arab. SAS, ZMN, MZJ dan AAAT datang selakh ahli kumpulan lama. Kumpulan sekarang semua datang (ZJ, AEM, NHS) kecuali NBAH kerana ada kelas mengaji, dan AMS kerana masih bekerja di lautan. Belanja malam itu agak besar, tapi tak mengapa. Ia adalah ucapan terima kasih kepada mereka. ... atas pengalaman yang diberikan. Pengalaman membawa sekumpulan belia dalam diskusi mingguan, dalam usaha menambahkan kefahaman terhadap agama ini serta jalannya yang amat panjang. Malam ini adalah malam terakhir aku membawa ahli diskusi yang sekarang, dengan harapan agar mereka dibawa oleh orang yang lebih baik dan lebih sabar. Aku mendoakan agar Allah memberi hidayah dan petunjukNya kepada mereka serta kepadaku dan menjadikan kita tsabat di jalan ini...

Jerebu yang masih kuat

Image
Hari ini jerebu agak kuat. Jarak pandangan sangat pendek. Anak-anak tak boleh keluar rumah. Bacaan IPU masih belum update lagi. Yang ada masih di bawah 100 iaitu 'masih sihat'.

Selamat datang ... Maryam Ulfah!

Image
Alhamdulillah. 17 September 2015. 3 Dzulhijjah 1437H. Allah telah mengurniakan daku seorang lagi muslimah. Lahir dgn mudah di awal pagi. Alhamdulillah. Aku mendoakan agar anakku dikurniakan kesihatan jasad, emosi dan juga iman. Moga dia menjadi insan solehah, musleh serta berjaya di dunia dan akhirat, juga menjadi orang yang mengubah dunia ini. Selamat datang, Maryam Ulfah! Segala puji bagi Allah atas nikmat ini.

Jerebu

Image
Hari ni jerebu. Ia sejak minggu lepas. Masih belum ada amaran/alert dari jabatan alam sekitar.

Konsep

Aku terlintas konsep baru.. Satu blog hanya tulisan. Satu lagi hanya lukisan.

Memulakan semula

Aku baru selesai (dan masih) membaca beberapa buah buku. + Second Chance oleh Robert T. Kiyosaki + Panduan Untuk Orang Bisnes oleh Pn Ainon + 100$ startup + Art. Inc. + How to make money in the world of free .... dan beberapa buku lagi. Aku jadi teruja. Banyak idea baru yang masuk. Aku ingin mengubah hidupku sekarang. Ya. Ia harus bermula semula.

Hati ke Hati

Hari ni pengurus berbicara denganku. Hati ke hati. Tahun ini tak ada rezeki. Rupanya banyak yang perlu aku baiki. Tahun depan boleh cuba lagi.

Mesyuarat ...

Image
Mesyuarat penduduk. Pertama kali hadiri. Dapat berkenalan dengan masyarakat dan jiran.

Kekuatan hujan

Image
Baru-baru ini hujan yang amat lebat turun di lembah Klang. Aku perasan papan tanda 'Bangsar South City' tumbang selepas hujan lebat pada malam sebelumnya. Sebelum ini, papan tanda ini berdiri megah walaupun hujan yang lebat turun. Mungkin ada pengajaran buatku kali ini.. Adakalanya kita merasa kita sangat hebat dengan kelebihan ilmu dan bakat yang ada pada kita. Kita lupa, semuanya datang dari Allah. Pastinya kelebihan itu datang bersamanya 'tanggungjawab' yang bakal ditanya di akhirat nanti. Dan Dia boleh tarik balik kelebihan itu bila-bila masa lalu menjadikan kita tidak punya apa-apa. Cuma, di saat itu tidak guna menyesal kerana tidak menggunakan nikmat 'kelebihan' itu dengan cara yang diredhaiNya.

Peristiwa di luar sekolah

Image
Hari ni anakku terhalang di luar sekolah. Ingatkan pintu terkunci. Rupanya isteriku tersilap cara bila dia cuba membuka pintu. Dia tarik keluar sekuat hati. Bila ada cikgu kelas datang, dia kata pintu tak berkunci. Perlu tarik sahaja. Satu pengajaran buatku. Kekadang dalam kehidupan, kita perlu ubah cara kita menyelesaikan sesuatu masalah. Cuba lihat sudut yang berbeza. Maka dengan itu, hasilnya mungkin berbeza dan mungkin itulah jalan penyelesaiannya.

Melihat kembali

Adakalanya kita perlu melihat kembali tujuan asal kepada apa yang kita sedang buat... .. sebab kita mungkin sudah lupa akan perkara itu lalu ia menjadi rutin dan membosankan serta melemahkan semangat. Tujuan itu akan mengembalikan semangat dan menjadikan kita dapat meneruskan apa yang sudah dimulakan dahulu.

Adik ipar bertunang

Hari ini hari pertunangan adik iparku di kampung Gadong, Serian. Agak jauh dari bandar kuching. 88km. 1 jam setengah naik triton atau pajero. Dapat melihat adat orang sini. Mereka perlu ada majlis merisik dan majlis bertunang. Setelah bertunang, perlu tanda tangan surat perjanjian tunang oleh pihak lelaki dan perempuan. Barang hantaran hanya perlu ada masa majlis pertunangan sahaja. Masa nikah nanti tidak perlu lagi. Menarik. Pengalaman baru buat aku serta keluarga sebelah isteriku.

Kisah dalam LRT

Image
Pagi ni masa naik LRT .. ada seorang yg OKU masuk dan duduk berdekatan denganku dan isteri. Dia menjual nasi lemak RM1 di KL Sentral. Dalam perjalanan .. Dia jual juga kepada penumpang .. Ada yang beli .. Ada yang tidak .. Sepanjang perjalanan melayan dia ...merupakan pengalaman yang menarik. Ia juga menimbulkan keinsafan buat diri ini. Betapa banyaknya nikmat Allah pada diri ini..

Majlis Besar.

Image
Hati ni ada majlis besar. Pemimpin no. 1 akan datang untuk merasmikan sebuah bangunan baru

Germany

Image
Alhamdulillah. Aku Germany baru-baru ini. Di kota Offenbach, tidak jauh dari Frankfurt. Di sana aku ada mesyuarat dengan kontraktor besar untuk projek loji janakuasa yang sedang berjalan. Pengalaman yang menarik. Dapat merasai suasana salji yang amat sejuk. Suhu di sana antara 4 Darjah Celcius hingga -2 Darjah Celcius. Aku juga berjalan ke Wertheim, membeli periuk yang amat murah serta cenderahati buat keluarga di tanah air. Aku juga sempat ke Dome Romer, dan membeli suvenir yang bersesuaian untuk teman serta keluarga yang lainnya. Syukur juga, aku diberi peluang bertemu dengan anak muda di sana. Sungguh bersemangat. Mereka menaiki tren laju sejauh 30 minit serta 3 jam untuk bertemu di kota Frankfurt di kedai Pakistan yang amat terkenal di jalan Munchener. Pertemuan yang amat ringkas, tapi dapat bertukar pengalaman dan semangat antara orang veteran dan yang muda. Semasa nak pulang pada masa itu, tren mengalami gangguan dan aku terpaksa menaiki tren lain. Pengalaman y