Posts

Showing posts from April, 2012

Bye bye ... SMAKL?

Aku dapat SMS dari ust Sakijan, pengetua SMAKL : "Ana pindah ke SMAP Kajang, effective hari ini" MasyaAllah! Tak sangka ini berlaku. Macam mana nak teruskan dakwah n tarbiah di SMAKL nanti? Aku highlight kat JKD, tapi tiada orang yang memberi respon. Hmm...

Mentaliti muslim yang menyedihkan

Image
Hari ini aku bersama keluarga untuk hari sukan anak sulungku... Masa event berjalan, ramai ibu bapa yang berdiri untuk mengambil video dan gambar anak.... cuma mereka melakukannya secara tak menghormati ibu bapa yang duduk. Ibu bapa yang duduk tak dapat melihat anak mereka disebabkan ibu bapa yang berdiri ini. Makin ramai yang berdiri sebab tak tahan dengan perangai ibu bapa yang berdiri dan tak pedulikan orang lain ni....

Parking di dayabumi.. 1st time

Image
Hari ni first time park di dayabumi. Sebelum ni tak pernah, walaupun dah dua tahun beribu pejabat di sini... Ia bermula dari panggilan jurutera besar, yang meminta aku bantu dia siapkan manual loji janakuasa, ketika itu aku masih di Melaka, memberi latihan IMCS kat jurutera muda... Published with Blogger-droid v2.0.4

Selatan....

Dua tiga menjak aku selalu mengikut AEM mengembara ke Kolej Maha Busy (KmB). Agak jauh dari rumahku. Ia harus merentas MRR2 yang tidak terjangka kelancaran trafiknya (adakalanya jem luar biasa di tengah malam!). Di sana aku mengenali pelajar2 KmB serta kisah tarbiyyah mereka. Di sana juga aku mengetahui serba sedikit kisah pelajar2 yang seangkatan dan senasib dengan KmB yang bernaung di bawah nickname Selatan ... kerana mereka majoritinya berkampung di selatan, bukan di utara.... Mereka amat perlukan tarbiyyah, dalam keadaan bilangan abang2 senior bekerja (salah seorangnya AEM sendiri, yang letih tapi masih mau teruskan) untuk membentuk mereka. Dah dua kali aku melihat pelajar ini berkumpul di sebuah masjid yang agak terpencil, jauh dari kedai makan dan minum.... tetapi mereka sunggguh bersemangat menjalankan dan menyertai program2 terbiyyah mereka, malah tak jemu dan penat walaupun ia dibuat dua minggu berturut2, dalam keadaan exam hampir menjenguk! Waah! sunnguh osem dan bers

Dilantik menjadi AJK Daerah ...

Pada hari ini aku dapat SMS dari UHO : "Tahniah! anda dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Daerah IkSJ" ... Hmm, dah agak dah. Walaupun tak terpilih, mereka set2 JKD ni mesti nak aku masuk juga. Apa agaknya akan diberi tugasan kat aku nanti?

Pengajaran dan muhasabah dari AGM

OK. Ini pengajaran dari AGM itu ... (huhu... lambat betul dapat tulis): 1. Pastikan semua tugasan ada focal person (contohnya pendaftaran ... sebab perlu orang register nama dan bagi hadiah2!) 2. Untuk transport student, assign orang siap2, jangan focal person sahaja (sebab kekadang focal person tu tak cari orang, dan end up kita kena jadi transport jugak). 3. Pastikan team kita dibahagi kerja betul2 ... jangan ada yang under loaded dan over loaded. 4. Pihak atasan perlu respect dan hormat keputusan yang diambil oleh team AGM ... (sebab nampak macam pihak atasan juga mengarah itu dan ini kepada team melalui saya >_< ) 5. Scope tugasan perlu dinyatakan awal, bukan ad hoc ... i.e. scope utk team logistik, team pilihanraya, team setiausaha ... sebab ada masa skop team setiausaha kena dibuat oleh team logistik ... Hmm ... tu sahaja kot. Lebih banyak akan dapat bila dah buat post mortem....

AGM 2012 dan saya...

Jam 3 petang tadi, Mesyuarat Agung IkSJ (AGM) tamat. Semua orang bersyukur program berjalan dengan baik. Semua post2 utama IkSJ selesai pemilihannya. 2 bulan sebelum itu... "anda dilantik sebagai pengarah Mesyuarat Agung kita...". Aku dilantik. Malah beberapa orang dilantik untuk membantu; MF, SA, MYY, MM, UFZ serta dua orang akhwat. Ketika itu, AGM diputuskan 2 minggu selepas aku diberi tugas mengarah. Sangat adhoc dan aku kelam kabut. Mujurlah MF sangat2 membantu dari segi mendapatkan tempat AGM. Namun, 3 hari sebelum tarikh AGM.... .... aku dipanggil dan diberitahu ia ditunda 2 minggu 1 bulan. Angin juga aku masa tu kerana tarikh ditukar oleh IkSelangor mendadak (harapnya bukan sesuka hati : mode - sangka baik) Selepas itu, team aku ditambah tugas lain (yang menjadi skop S/usaha) iaitu kena edarkan surat jempuatan ke AGM. Dahlah aku outstation, susah nak coordinate penghantaran. Nasib baik UFZ uruskan. Lima hari sebelum AGM... Aku dapati ikhwh yang diminta bu

Jalan TAR masa weekdays

Image
Wah. Ini rupanya jalan TAR waktu weekdays. Sungguh lapang berbanding hari minggu. Aku menemani isteriku serta anak dan mertua ke sini. Bawa mertua jalan2 sambil beli-belah. Aku juga cari barang2 untuk AGM esok.

Air kordial dan iman

Tadi masa program bersama TSM ada satu pengisian menarik yang aku rasa nak kongsikan: Jika sedikit air kordial diletak dalam cawan. Masa tu bila minum, kita rasa kordial. Bila air kosong dimasukkan ke dalam cawan itu, rasa kordial akan makin lama makin kurang. Sampai satu tahap, air kordial itu akan hilang rasa kordial. Orang akan kata itu air kordial, tapi rasa air kosong. Begitulah kita. Islam dan iman dalam kita akan cair bila suasana luar yang teruk (baca: jahiliyah) mempengaruhi kita sedikit demi sedikit. Akhirnya kita hanya tinggal nama sahaja, kerana jahiliyah itu sudah menjadi amat banyak dan mencairkan identiti islam dalam diri kita.

Perkongsian yang tak menjadi

Semalam aku memberi tazkirah dalam bentuk perkongsian pengalaman diri dalam hidup di jalan ini. Aku sangka ia mudah ... sebab dah selalu sampaikan sebelum ini... Tiba2 aku jadi blank masa tengah cakap. MasyaAllah. Aku terkulat2 mengisi... Peristiwa ini memberi aku satu pengajaran : Allah Maha kuasa atas kita. Walaupun benda tu kita biasa buat atau mampu buat, kalau Allah tak izin ia berlaku, ia tak akan berlaku. Published with Blogger-droid v2.0.4

Teman..

Tadi lepas Jumaat, AEM ajak aku makan cendol kat belakang masjid negara. Tak tahu pula ada tempat cendol jagung sedap di situ, walaupun dah lebih dua tahun aku bekerja di kawasan ini. AEM mengingatkan aku YHY. Ya. YHY menjadi teman seperjuangan, seperjalanan serta teman sembang kat kedai mamak dan kedai Ayam Penyet masa aku di bintulu dahulu. Kami sama2 kongsi kisah hidup suka duka serta pahit manis dakwah dan tarbiyyah. Kini YHY sudah ke negara spagetti untuk menunaikan kerja yang diamanahkan di sana. Ditambah dengan kondisi aku yang sudah bersama keluarga (baca: bukan lagi bujang berjauhan), serta ahli bulatan yang sudah sangat letih untuk minum2 di kedai sambil bincang hal umat, aku menyangka, sudah tiada teman yang mau bersembang di kedai mamak. Rupanya Allah ganti dengan AEM. Sungguh bersemangat! Segala puji bagi Allah yang menentukan segala keadaan!

Teori murah rezeki yang terbukti!

Ada satu cara yang paling mujarab untuk murahkan rezki anda. Ia sudah terbukti, malah saya sendiri pernah merasainya banyak kali! Hehe... Macam jual barang la pulak..! Petuanya ialah... dengan banyakkan SEDEKAH! Ya... Banyakkan sedekah! Aku melakukannya berkali2.... Dan aku dapati Allah membalasnya dengan berkali2 ganda! ... ... Kadang2 dalam bentuk duit.. Kekadang dalam bentuk kemudahan dalam hidup! Ia betul seperti dikata dalam Quran: Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)