Posts

Showing posts from February, 2015

Germany

Image
Alhamdulillah. Aku Germany baru-baru ini. Di kota Offenbach, tidak jauh dari Frankfurt. Di sana aku ada mesyuarat dengan kontraktor besar untuk projek loji janakuasa yang sedang berjalan. Pengalaman yang menarik. Dapat merasai suasana salji yang amat sejuk. Suhu di sana antara 4 Darjah Celcius hingga -2 Darjah Celcius. Aku juga berjalan ke Wertheim, membeli periuk yang amat murah serta cenderahati buat keluarga di tanah air. Aku juga sempat ke Dome Romer, dan membeli suvenir yang bersesuaian untuk teman serta keluarga yang lainnya. Syukur juga, aku diberi peluang bertemu dengan anak muda di sana. Sungguh bersemangat. Mereka menaiki tren laju sejauh 30 minit serta 3 jam untuk bertemu di kota Frankfurt di kedai Pakistan yang amat terkenal di jalan Munchener. Pertemuan yang amat ringkas, tapi dapat bertukar pengalaman dan semangat antara orang veteran dan yang muda. Semasa nak pulang pada masa itu, tren mengalami gangguan dan aku terpaksa menaiki tren lain. Pengalaman y