Posts

Showing posts from September, 2003
Mengantuk betul. Mungkin kejap lagi aku tidur. Kalau boleh lepas subuh taknak tidur. Kali ni badan betul2 penat. Rasanya minggu ni banyak gak keje kena buat. Selain tu mungkin nak jalan2 ngan kawan. Bila difikirkan, alhamdulillah, aku diberi kawan yang membantu aku menjaga iman aku. Aku diberi kawan yang menegur aku dan menasihat i aku . Kasihan kepada orang yang kawannya mengajaknya kepada maksiat . Kasihan kepada orang yang kawannya yang sanggup mengongsi keseronokan dunia tapi akhirat dibiarkan. Kasihan kepada orang yang kawannya menjadikannya makin hanyut di dunia. Lagi kasihan kat orang yang tak ada kawan . Lagi lagi kasihan kat orang yang tak nak berkawan ..... JAdi ,carilah kawan menurut ukuran islam dan sama2 kita berusaha untuk bantu mengubah orang2 yang tersilap kawan dan tak nak berkawan. Jangan berputus asa! Berusahalah!
Semalam tak tulis blog. Ehe ... rasanya dah mula penuh masa ngan keje. Tak mengapa, setiap hari kita sebenarnya dah mem blog ngan tuhan kita ... minimum 5 kali :) ... betul tak? Tengah menunggu pasta masak kat dapur. Ni la makanan orang bujang yang tak reti masak. Kena belajar masak, kalau tak abis la bila aku ada rumah sendiri nanti, makan instant je la. Masak pasta, buatan syarikat tak terkenal (takde dalam list) . Meggi aku tak makan, sebab meggi anak syarikat nestle. Dari mana nak dapatkan mee segera buatan orang Islam ye? Semalam aku kepenatan memogram robot. Dah minggu ke 10 ni. Lagi 2 minggu untuk submit report kat client aku. Lagi 3 minggu untuk presentation thesis aku. Ya Allah, bantulah aku dalam menyiapkan kerjaku ini, sesungguhnya Engkau sebaik2 pembantu! Usah takut untuk mencapai seribu langkah, yang penting kita berani untuk mulakan langkah pertama!
Tadi masa makan aku baca buku. Pelik sket aku ni, masa makan pun nak baca. Mungkin doktor tak galakkan (sebab kacau konsentrasi sistem pencernaan?). Aku malas makan sambil tengok TV, lebih suka sambil makan sebab ada gak benda yg aku boleh dapat :) ... ehe .. ni pendapat sendiri Sambil2 tu aku teringat. PAsal Orang Australia dan culture dia . Dulu dan sekarang, mesti ada orang kata : 'kalau datang australia tapi tak tau footy,rugby atau tak minat apa yang orang australia minat, maka baik takyah datang' .... maksudnya kita kena at least merasa budaya orang australia ni. mesti kawan ngan orang australia ni. mesti berbangga kalau menjadi sebahagian dari australia ni . .... betul ke kena begitu? Kalau mati, munkar dan nakir ada tanya ke, kita ada merasa benda2 aussie tu ke belum? ada tak dia tanya, team footy/rugbi mana menang musim ni? ada tak dia tanya, kau ada tak ramai kawan aussie? ... renungkanlah diri ku ... Hmm ... aku terbaca tafsir berkenaan ayat 142-143 surah
Grrr .. takleh malas. Hari ni lecture habis awal lak. Aku terasa berat untuk membaca notes reliability engineering ni. OK. Kita berlatih programming sket! Takleh biarkan diri ini malas! Ya Allah, jauhilah aku dan rakan seperjuanganku dari sifat malas! Amin!
ALhamdulillah , dapat bangun awal. BEstla room mate aku. Dia bangun awal gak. Alhamdulillah, tahun ni memang best ngan room mate yang suka ke masjid . Memang sangat best. Harap2 room mate sepanjang hayat nanti lagi best dari ni ... ehe .... ^_^ OK! Hari ni aku nak buat sebanyak2nyer keje! TEruskan usaha! BErusahalah!
Hari ni sejuk sket. Hari ni gak aku hanya dapat test robot aku sekejap sahaja. Petang tadi lab design penuh ngan student 3rd year.... Banyak aku terfikir sebelum tulis balik blog ni. Peliknya aku terlupa lak bila nak tulis ni. Entahla. Oh, tadi aku rasa agak bersemangat, bila aku dapat belajar beberapa perkara baru. Aku terbaca pasal PHP dan MYsql. Menarik gak. Pastu ikomik dapat diupdate sket. Ehe ... memang slow betul update laman web tu. Kita mungkin cenderung untuk marah atau tak suka kat orang yang melanggar perintah tuhan. Tapi kita jarang doa kat Allah supaya dia diberi hidayah untuk berubah. Kita lebih suka salahkan dia daripada berusaha untuk ajak dia. Satu lagi ... kita mungkin susah nak sabar bila dia buat macam-macam benda tak baik bila kita tegur kemunkaran dia atau ajak dia kepada makruf ... tapi tu realiti . Nabi kena lagi dahsyat . Inikan kita .... renungkanlah , wahai diriku ...:)
Alhamdulillah, akhirnya berjaya menyiapkan wind energy assignment! Pagi ni betul2 dapat banyak idea untuk tulis apa yang perlu ditulis untuk assignment ni. Betul! Kita kena berusaha dan berdoa sebab bila Dia tolong kita, semuanya akan jadi mudah dari yang kita sangka! Baiklah! teruskan berusaha!!!
Hari ni kepenatan tak terhingga. Tapi keje kena buat juga! Okey. Tadi pegi teman member untuk tengokkan kereta yang dia nak beli. OK gak keter tu, cuma enjin takleh start sebab bateri flat. Enjin canggih , guna fuel injection. fuel injection tak pakai carburetor dan bateri takleh flat sebab enjin ni bergantung kepada bateri setiap masa. Kalau enjin lama, dia pakai carburetor dan taklah payah untuk dijump start :) .. Aku pun mungkin tak clear pasal benda ni tapi dapat satu ilmu baru hari ini. Sorang lagi member ikut kami untuk kasi nasihat sebab dia ni pakar kereta. Ehe ... aku tak reti lagi pasal kereta ni tapi nak belajar :) . Tak tau lagi sama ada nak beli kereta tu atau tidak . Member aku rasa cam tak jadi beli sebab kos selepas beli (roadworthy, cukai jalan etc) agak tinggi. Okla. Sambung wind energy assignment. Do the best! Berusahalah!
Hari yang baru bermula. Assignment ECE4507 tak siap lagi. OK. Buat yang terbaik untuk siapkan! PAgi ni hujan. Sejuk lak tu. Memang best rasa nafsu untuk tido. Ramai yang still tido masa ni. Hmm ... Ehe .... tak sabar untuk memulakan hari ini ... maka aku mulakan sekarang! Kena cuba improve diri walau apa pun, sebab nak jadi orang yang bahagia , bukan orang lalai atau celaka/dicela
Ehe .. hari ni main bola. Ramai gak main. Aku stop bila matahari nak terbenam. Tapi ramai masih still continue on main. Hmm ... aku rasa aku dipandang pelik. Sebab kalau ikutkan, berhenti lewat sket pun still boleh solat maghrib ... cuma lewat la. Entahlah .... nak seronok main ke atau nak sihatkan badan atau ? .... Oklah. Tidur kat masjid lagi la. Bagus member aku ni, ajak aku ke situ weekend. Ehe ... kalau tak tidur kat situ pun , aku tidur kat rumah ... tak dapat sambung keje je la ... ngantuk :) Berusahalah sebaiknya! Jangan putus asa!
Hari ni aku bangun agak awal. Tapi tak gak solat malam(tahajud etc) ... Memang betul , kita diberi peluang oleh Dia , tapi kita gak diberi pilihan sama ada nak ambil peluang tu atau lepaskan . Dan kita akan menerima kesan dari apa yang kita pilih tu .... OKey! Kena berusaha lagi! Ada satu assignment due Isnin ni!!! berusahalah!
Bila aku fikir kembali. Aku dah tahun 4 jurusan Elektrikal. ALhamdulillah. Aku betul2 kena bersyukur. Jurusan ni aku betul2 seronok belajar dalamnya. Sepanjang 4 tahun ni, aku berasa setiap yang aku belajar berkaitan dengan apa yang manusia buat sehari2. Aku bersemangat bila belajar benda baru dalam jurusan ini.... Alhamdulillah. Bila memikirkan kawan2 lain kat uni yang merasakan beban dan tak seronok belajar jurusan yang mereka pilih, ditambah dengan kesukaran assignment..... aku sememangnya kena banyak bersyukur . Kamal ... ini adalah catatan untuk diriku . Ingatlah . Nikmat Allah banyak kat kau. Apa yang kau buat untuk mensyukurinya ?
Ehe ... just met Assoc. PRof Andy Russell , my supervisor . Similar to somebody :) ... HE gave me lots of suggestions! Even showed to me his mini ultrasonic cute robot. ok. Time to continue my work! Ganbatte!
OK! hari ni kena jumpa supervisor. NAk bincang pasal Kohonen Neural NEtwork ! Ni dah week 9 semester 2. Kena buat keje cepat! DAh hampir ke hujung semester! Hmmm ... bila aku tengok kengkawan aku, bila tengok orang keliling aku ... rasa kesian . Sebab? Kesian , mereka mencari kebahagiaan dan keseronokan yang palsu. Mereka nak mengaut sebanyak-banyaknya dari dunia. SAnggup ajak orang untuk berseronok bersama . Tak takutkah kita , akan dosa free yang dapat dari aktiviti kita tu .... sedangkan kita nak amalan jariah supaya boleh ada saham bila kita mati nanti. Aku tak faham ... kita tahu solat jemaah 27 atau 25 kali ganda (sahih bukhari kata 25x ) , tapi ramai yang suka solat sorang2 .... kita tahu solat di awal waktu lagi afdal , tapi saje je solat lewat tanpa alasan yang kuat .... dalam keadaan diri lapang dan free untuk solat awal ....kita tahu banyak benda , tapi mengapa kita tak buat ? Adakah kita confirm mati lambat .... Hmm ... aku ni tulis banyak lak. Kengkawan , tegu
Bila difikirkan, setiap hari kita kena buat benda2 bermanfaat .... kalau tak, masa kita akan berlalu begitu sahaja .... sia2 gak kalau tak digunakan , betul tak?
Semalam baca Fuel Cell technology. Ni untuk subjek Renewable energy. Fuel Cell ni cam bateri , cuma bahan dalaman dia (fuel) disupply/disalurkan dari luar. Kalau bateri, bahan dalaman dia dah tetap, jadi bila bateri dah habis bahan dalaman, maka habisla cas bateri tu. Itulah bateri kena dicas semula (dengan menguraikan balik bahan dalaman dia). Fuel cell ni istimewa sket. Bahan dalaman dia sentiasa disupply dari luar. Contoh ialah PEMFC(Proton Exchange Membrane Fuel Cell). Menggunakan ion hidrogen dam oksigen sebagai bahan bakar dan ion ni kene lalu kat satu membrane/selaput untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Waaah , terlalu kompleks la nak citer kat sini.
TAdi blogger crash! Hilang entry aku sepanjang 3 perenggan. Tak mengapa la. Ada hikmahnya:) Tadi dah hantar assignment. Alhamdulillah, siap akhirnya. PAstu pegi ke lab, sambung debug/membaiki program robot. Member aku kagum ngan perkembangan thesis aku. Alhamdulillah, ni antara nikmat Dia yang patut aku ingat! Bila aku fikir ... aku lebih mudah tulis apa yang ada kat hati aku dari cakap. Bila aku cuba cakap, mesti ada yang tak faham. Ehe ... mungkin apa yang ditulis pun, ada yang tak faham ... terlalu berfalsafah pulak !
PAgi ni ada assignment due ! Nak kata stress , takla sangat. Tapi perasaaan nak menyiapkannya amat tinggi. Aku rushing gak menyelsaikan kira2 dan calculation assignment ni. Alhamdulillah, aku tak dijadikan blur. Dapat tangkap contoh dalam lect notes yang serupa ngan setiap soalan assignment! Ehe ... selalulah mintak tolong kat Dia walaupun dalam perkara yang remeh cam ni!
Hari ni tertidur akhirnya. Dalam lecture theater. Aku tak perasan tertidur. Habis lecture sejam berlalu begitu sahaja. Nampak sangat aku penat. Tadi dah check robot aku. Sensor ok. Ultrasonic ok. Cuma kena redesign bump sensor supaya robot tak tersangkut bila langgar dinding pada angle yang salah. Hari ni berangin kuat. Hujan lak. Cuaca memang basah dan sejuk dua tiga hari ni.
Hari ini aku kurang tido. Semalam tido lewat. Tapi alhamdulillah, doa dimakbulkan pagi tadi. Bangun dan sempat ke masjid. Best kan , bila hati kita selalu berharap dan berdoa kat Allah. Lagi best kalau kita ingin selalu rapat ngan Allah. Hari ni nak siapkan assignment yang due/kena hantar esok. Wah, dah minggu ke-9. Cepatnye masa berlalu. Kita ingat banyak masa lagi. Kita ingat kita leh jadi engineer nanti. Adakah kita leh guarantee ? Jadi, manfaatkan masa kita , optimise masa kita , jauhi apa yang Allah larang .... dan berusahalah bersungguh2 dalam keje kita! Hmm ... dua tiga hari ni selalu mendung dan hujan. Sejuk gak.
Image
Gambar nasi lemak terkini . Untuk promosi kat member kat sini . Hari ni robot aku pening lagi. Aku pun pening gak. Dia asyik miss dinding. Bila langgar dinding dia tersangkut. Pasti ada hikmahnya. Hmm ... kena kuatkan semangat. Jangan rasa lemah. Allah sentiasa memerhatikan kita. Doa selalu dan berharap selalu kat Dia. Kuatkan semangat ! ... Berusahalah!
Hari semalam tido awal ... aku terjaga awal . Alhamdulillah. Hakikatnye tido awal tak menjamin kita bangun awal. Takut2 tak bangun terus. Jadi, kena taubat selalu, dan prepare bekalan selalu. Okey. Hari ni Isnin. Dulu tak suka Isnin sebab mula belajar semula. DAh takleh enjoy seperti masa weekend. TApi sekarang, bila fikir2 balik ... kita enjoy banyak , apa manfaat kita dapat? Kan lagi best enjoy kat akhirat nanti ! Ehe ... renungkanlah wahai diriku. Bersemangat dan jangan putus asa!
Hari ni penat gak. Hmm .. kena terus bekerja dan bekerja! Tak ada masa untuk leka!
Alhamdulillah. Banyak nikmat yang Allah kasi kalau kita nak nisbahkan ngan ujian yang Dia beri . Ehe ... bersemangatlah pada hari yang baru ini! Kita selalu tak puas hati kat orang sebab perkara dunia . contohnya : tak puas hati dia pakai camtu, tak puas hati kat suara dia, tak puas hati kat muka dia, tak puas hati kat nikmat yang tuhan berikan kat dia. Tapi .. kita jarang atau tak pernah tak puas hati kat orang pasal perkara akhirat . Ada tak kita tak puas hati kat member kita yang selalu pegi mesjid, lalu kita pun pegi masjid sebab nak celen dia dalam ibadah. Kita tak puas hati dia banyak hafal quran, maka kita pun banyak menghafal. Ada tak camtu? Ehe .... jarang sekali, tapi tu realiti kan? Orait. Hari ni kita buat yang terbaik .Ya Allah, istiqamahkan hati kami di jalanMu ini. Amin.
Hmm ... sekarang dah hilang lapar. Hati tenang kembali. Hmm ... betul gak, aku pernah dengar (tak pasti sapa kata ) : 'jangan ambil pendapat dari orang yang lapar' .... rupanya kalau terlalu lapar , emosi tak stabil . Tapi .. orang Islam dulu pun banyak berlapar , ikat perut lagi ... dan masih boleh berjuang . Kita baru lapar sket dah tak stabil. Kuatkan iman dan kefahaman kita ! OK... berusahalah lagi. Kalau tersungkur untuk kali ke 100, mungkin kita akan berjaya ke garisan penamat pada cubaan kita untuk kali ke 101!
Perut hari ini lapar. Kesian kat perut. Tetiba aku terasa moody lak sekarang ni. Dah mengadu kat Dia. Habis semua perasaan aku luahkan kat Dia. Perut betul-betul lapar. Sememangnya sangkaanku bahawa tiada manusia yang tak kesian kat orang lain itu makin meleset. Sangkaan tiada manusia yang menghargai orang makin meleset. Bukti untuk menafikannya makin jelas. Tapi ... aku taknak berasa tertekan disebabkan manusia ni. AKu tak keseorangan. Aku bersama kawan-kawan, walaupun tak secara fizikal. Hati kami tetap sama. Jauh dekat kami terasa sentiasa bersama. Yang penting, ada Dia, tuhan kita, Allah ... yang sentiasa ada dan melihat kita ;) Ehe ... rasanya orang kurang faham kot . Kalau tak faham ... tanya . Ok. Kena siapkan assignment lagi. ECE4507 ! Buat yang terbaik!!!
Ehe ... sesape nak tengok gambar robot yang selalu disebut-sebut tu ... gi ke koleksi foto saya ... . Tapi elok kita selalu sebut perkara yang ingatkan kita kat Allah kan?
dah 12 malam. Siang tadi panas je. Ehe . Hari ni aku pulun siapkan report subjek robotics aku. Alhamdulillah. Siap gak. Hmmm ... nak gi iktikaf jap kat mesjid. Ehe ...
Hari ni robot bertambah sihat. Dia boleh navigate dengan betul. Ada la sesekali dia pening sket. Alhamdulillah, ni adalah dari pertolongan Allah. Ingatlah Dia selalu ... di waktu senang dan susah. Aku melihat member lain kat dalam lab ... pening kepala menyiapkan assignment program robot (untuk subjek robotik) . Assignment tu susah. Masa aku buat dulu pun aku buat setakat boleh buat robot tu jalan . (robot ni bukan robot thesis aku ... lain sket) ...
Hari semalam junior tanya aku pasal benda tahun 1 elektrikal. Asas. Tapi aku tak ingat. Memang tak ingat sangat. Pasal 1st order RL circuit dan 1st order ODE(ordinary differential equation) . Kalau ikut lojik , budak final year patut tak ada masalah jawab soalan camtu sebab tu soalan 1st year jer. Tapi inilah realiti kan ? Kita belajar , kemudian ... lepas exam lupakan apa yang dipelajari. KEsian kat ilmu2 kita tu . Susah2 kita belajar, pastu senang2 je kita lupakan dia. Kalau ilmu tu boleh bergerak , mau je dia lari dari kita sebab cara kita "sayang" kat ilmu kita tu. Kalau ilmu pasal islam camner pula ye ? SAtu lagi pengajaran ... bila pikir2 la.... apa yang kita belajar selama di fakulti kejuruteraan ni ... kita pakai ke masa keje nanti? Kalau pakai banyak mana? 100% ? 50% ? Tu pun kalau kita still ingat. Kalau tak sempat jadi engineer dan masuk kubur dulu ... boleh pakai ke ilmu engineer ni ? Hmmm ... sebagai satu renungan buat diriku....
I felt sooo weak. After finished my tutorial, I felt like going back and sleep. I prayed so that this feeling is neutralized. I walked to union building (campus centre). Went to co-op shop. Bought some pens. Suddenly my friend called. After that we met and started our energy assignment. I really have no mood but my friend still wanted to do it, but he needed me. In that condition we went to computer lab and start typing. Alhamdulillah, part one of the assignment is done. It is much more better than the one I did last weekend as the values are more reasonable! This evening my supervisor were impressed with my robot. It can follow walls! Alhamdulillah. Finally I think today at least it ended up well till now. Bila ingat balik tadi ... aku rasa , kalau masa tu kita rasa down atau malas, jangan teruskan perasaan tu. Cuba lawan. Cuba sabar. Dan doa. Mungkin petang tu akan jadi lebih baik dari pagi tu ;) Ya Allah. Istiqamahkan kami. Jauhilah kami dari sifat malas. Amin.
Hari ni aku terfikir bila aku lihat kengkawan kat keliling aku. Ada yang malas nak solat kat masjid. Timbul beberapa perasaan . Kesian Syukur . Takut . Takut . Kesian kat dia sebab Allah still tak kasi hidayah kat dia untuk gi ke masjid untuk berjemaah. Bersyukur sebab aku still diberi hidayah untuk taat kepada-Nya dalam keadaan orang keliling tak taat. Takut sebab risau aku tak betul-betul berusaha untuk ajak dia dan dakwah dia supaya kembali kepada Allah. Takut aku riyak . Bila riyak maka amalan kita burn . Amalan kita akan jadi sia-sia. RAsanya kita lebih mudah riyak bila lihat orang lain buat maksiat dari rasa kesian kat dia . Ya Allah , jauhilah kami dari riyak . Amin.
Image
Promosi nasi lemak untuk kengkawan kat tempat aku belajar: ehe ... sama-samalah kita support ekonomi umat islam sedunia dan ranapkan ekonomi yahudi satu persatu!. Jangan ingat kita buat ni berseorangan , maka kita tak buat .... Sebab kalau sumer orang fikir camtu , tak adalah orang yang akan buat benda ni ,dan makin majulah ekonomi mereka dan makin ramailah saudara kita kena tembak dek peluru mereka! Bantulah kami dan orang yang bersama kami. Amin.
Err .. tadi aku cam takde semangat lak. Kelas reliability engineering . Pasal kebarangkalian . Aku dengar suara lecturer , tapi tak dapat tumpu. Betul2 rasa malas. Macam dah tak tangkap apa yang dia cakap. TApi aku berdoa masa tu, agar aku tak malas. Mana boleh malas. Kan kita selalu berdoa ' jauhilah kami dari lemah dan malas ! ' . Alhamdulillah, bila terbaca notes masa tu, dapat tangkap balik apa yang aku tertinggal masa lecturer cakap tadi. Bila aku teringat ... dulu aku demam masa kelas ni juga. Tapi masa tu topik ringan sket (basic probability/kebarangkalian asas). Aku masa tu memang tak dengar terus. Tertidur sepanjang lecture. Rupanya itu hikmahnya. Kalau aku demam sekarang, mungkin aku tertinggal topik yang berat ni. Alhamdulillah. Allah tu maha pemurah dan penyayang. Jadi ... setiap apa yang berlaku , baik atau buruk .. adalah yang terbaik untuk kita! 'Dan terhadap nikmat tuhanmu maka kamu sebut2 (dengan bersyukur) (ad-dhuha ayat 11) !
Kenyangnye. Makan breakfast macam makan lunch . Ye la. Dinner lewat :) . Sebenarnye kena makan ringan aje untuk breakfast. Tu yang aku tau dari apa yang aku baca. APa kata doktor ? Pagi ni teringat kat bestfren aku. Dia selalu senyum . Senyum walaupun aku cam buat dia tak senang hati. Senyum bila tengok aku masih lagi ada jahiliyah. Senyum walaupun tau ada kawan2 lain yang berpesta dalam keadaan halal dan haram tu jelas. Senyum seorang yang sabar . Senyum yang dalamnya menangis. Besfren aku banyak ajar aku pasal hidup ni. EHe ... walaupun dulu aku segan betul ngan dia. Betul ... susah nak jadikan luar kita sama ngan dalam kita . Tapi bila dah dapat . Best!!! Pagi ni aku rasa nak sambung keje lagi. Kena buat walaupun ngantuk tak ingat. Aku bangun subuh 5.30 dan ke masjid. Tetiba ada kelas bahasa arab oleh sorang brother arab pagi tu. Aku dengar la kejap. Kelas tu pasal camne nak sebut makhraj ngan betul. Lepas tu baru start masuk bahasa arab. Pastu breakfast tahap lunch. Ni t
Hari ni panas gak. Hmm .. tadi sambung thesis lagi. Alhamdulillah, akhirnya robot aku dengar kata :). Dia tau nak gerak bila langgar dinding. Tadi aku rasa lemah betul. Malas pun ada. Tapi tak boleh malas! Kita banyak keje kena buat! Sekarang menyambung keje kat dalam bilik :)
semalam ke rumah kawan. Baca nota pasal physiologi manusia. Dia budak medic. Zac . Ehe . Rupanya buku teks physio untuk student medic lagi canggih . Banyak gambar. Tapi maklumat tetap banyak. Kesian gak bila tengok student medic struggle semata-mata untuk jadi doktor. Adakah berbaloi berhempas-pulas untuk itu? Adakah berbaloi korbankan prinsip Islam kerana itu? Adakah berbaloi tak jaga solat kerana itu? Ehe ... namun, lagi best andainya ... kita buat benda ni bersungguh-sungguh , semampu kita. Tak putus asa. Sesusah mana pun subjek tu , assignment tu , kita buat juga. Kita ulangkaji juga. Aku pernah dengar hadith : walaupun tau esok nak kiamat, kat tangan ada benih , maka TANAMLAH benih tu. (kalau aku silap , kasitau yer!) Hmm .. cam contradict lak ngan statement atas. Tak . Ehe ... tak sama sekali . Orang beriman hebat . Mereka tak bazir masa dan tak ada masa untuk boring . 100% keje bermanfaat. Bukankah surah alam nasyrah cakap : ' bila habis satu urusan , maka bangkit
Penatnye otak. Baru baca pasal muscle . Subhanallah , hebatnye sistem yang tuhan cipta. Bayangkan dalam satu otot tu ada berjuta myofibril dan satu myofibril ada berjuta sarcomere. Dalam sarcomere plak berjuta myosin dan actin. Untuk bergerak , myosin akan melekatkan diri dia kat actin. Proses tu pun banyak kompleksitinyer. Hebat betul control system yang Allah buat. Bila fikir2kan. Ni baru satu muscle. Kalau satu badan manusia. Kalau semua manusia . Kalau semua makhluk. Subhanallah. Hebat. Dia boleh maintain semuanya dalam keadaan stabil . Allah maha Berkuasa kan? OK. Baca lagi ! Jangan lemah ngan info yang banyak ni!
Yesterday raihan was in Melbourne! I went to their concert. It was a concert for charity ( for ahceh and ambon people ) organised by indonesian muslim student society. I even chat with them. Ehe ... they were really cool. The hall was divided to three area : men , women , family. Family was in the middle as father will sit on men side and mom sit on women side. And the condition was really in control. No sorak2 . No jerit 2 ... ehe ... I slept in my friends' place. It was 10.30 pm. Now I am home. Took bus and train. OK. Time to contiue work!! Ehe ... bunga-bunga sakura kat sini masih berkembang. Cantiknya. Subhanallah :)
Hari ni ada jualan merdeka kat Malaysian Hall. Hmm .. nak pegi ke tak nak? KAt situ ada jualan macam2 makanan. Dulu2 ... orang Clayton selalu buat jualan. Senior aku dulu ada yang buat roti canai , nasi lemak dan nasi ayam. Untung gak la. Dua tahun lepas pun ada buat jualan. Tahun lepas je tak dapat buat sebab mahal sangat sewa . Masa tu MHall buat kat Prahran town hall, tu le mahal. Sebelum ni buat kat MHall jer. Hmm ... terasa nak tengok . Camne keadaan kat sana. Mesti ramai orang. Makan. Beli makanan. Berseronok . Bersosial. Masyarakat yang biasa ... dan berada dalam kebiasaan yang kita tak perasan :) . Pelik kan ... kita cam takleh beza maksiat ngan bukan maksiat. Entahlah .... Tadi buat sket assignment. ECE4507 dan ECE4306 . Esok buat sket lagi . Mungkin siap :) ... buat sket2 lak weekend ni.
Tadi gi sesi diskusi bersama raihan. Raihan? Ehe ... betul!! Raihan di Melbourne! Aku respek betul ngan mereka ni. Simple jer. Artis2 lain belum tentu camni. Mereka naik tram sama2 ... mereka boleh sembang ngan kita. Isy ... best betul hari ni. Diskusi tu bincang pasal camner nasyid tu digunakan utk dakwah. Mereka kata niat akan menentukan camne keje tu dibuat. Kalau nak cari duit maka nasyid tu pun cara cari duit. Kalau nak sampaikan mesej , maka nasyid pun cara tu.
PAgi ni bangun awal. Alhamdulillah. Jam loceng hanya menjadi sebab ... hanya Allah yang jadikan kita bangun atau tak. Ehe ... hari ni diberi peluang untuk hidup lagi. Apa nak diisi hari ni? Benda2 bermanfaat? Enjoy? Study? Best kan ... kalau sumer benda kita buat tu dapat pahala . Boleh dicapai ... sebab kan Islam merangkumi segala perbuatan dan cara hidup manusia ... Okey. Hari ni jangan rasa down atau lemah. Go for it!!!
Tadi gi ke Caulfield hospital. Buat experiment cara orang berjalan. Macam orang medic lak. Balik lewat sket.Habis lewat. Nak travel dari Caulfield ambil masa. Maka maghrib dalam 40 minit lewat. Isyyy ... lain kali kena cuba solat awal, walaupun takde masjid atau surau. TApi aku sedih bila lihat ada manusia yang melewatkan solat tanpa sebab. Sebab study? Kerja? Hmmm ... boleh ke dijadikan alsan? Adakah aku pun akan jadi camtu nanti ? Bila kerja nanti ? Islam boleh main2 camni ke .... renungkanlah wahai diriku :) Ya Allah. Istiqamahkan aku dan kawan2ku di jalan ini. Amin.
OKey. Hari ini masih lagi debug robot aku ni. Pening betul. Ehe ... dia masih lagi tak reti2 nak undur bila langgar dinding! Hari ni semangat aku seolah2 lemah sedikit. Jangan lemah! Kena kuatkan semangat!!!
Tadi gi clayton. Lihat gelagat manusia. Muka macam2 . Bercelaru . Berkerut. Adakah ni yang mereka rasa sekarang ni. PAgi pegi uni atau kerja. Petang balik kepenatan. Makan. tengok TV. rehat. kalau ada party pegi party. Kalau weekend pegi pub. PAstu tidur. DAn cycle ni berulang2 . Kita pun lebih kurang ke? Entahlah .... Malam ni kena buat assignment renewable energy lak. Berusahalah!
Hari ni aku cam lemah je. Tadi tertidur 1 jam kat library. Pastu pegi debug robot. Hmm ... robot dahlah 'pengsan' setiap kali langgar dinding. Sabar la kamal, pasti ada hikmahnya. Jangan putus asa! Hmm ... 2 minggu lagi ada 2 assignment kena hantar. Hmm ...
Sedihnya... something wrong ngan file2 komik aku. Tetiba jer banyak yang korup/rosak. Banyak gambar rosak. Aku tak tau la. Ramai sangat tengok kot. Harapnya bukan kena hack/ceroboh . Tapi tak mengapa. Aku akan melukis lagi :) .... tiada yang kekal kat dunia ni kan? Hari ni buat yang terbaik! BErusahalah!
Hari ni memang banyak buat kerja untuk thesis. Aku test dan program robot aku kat makmal design. Ramai orang puji robot aku tu. Aku risau aku riyak lak bila jadi camtu. Ni semua rezeki Allah. Pertolongan Dia gak :) . Kena ingat tu!! Sampai tengah malam aku memprogram robot ni. Masih takleh sesuaikan diri bila berlanggar dengan dinding. Aku banyak lak luangkan masa untuk robot ni hari ini. Hmmm ... kalau untuk akhirat lak camne yer .... ^_^ Kena tido la. Ngantuk betul. Ya Allah , jadikan esok lebih baik dari hari ini. Amin
Semalam hari kemerdekaan Malaysia. Hmm ... mesti ramai yang seronok sambut kemerdekaan ni. Tengok suratkhabar online pun kata camtu. Memang patriotik. Ehe ... sayang kat negara. Aku sayang kat negara . Dan sedih gak kat negara. Sebab? Lihatla, berapa ramai tak jaga Islam dia ... berapa ramai tak jaga solat dia ... berapa ramai yang berada dalam masalah sosial dan maksiat .... semua tu berlaku dalam negara kita ... berlaku kat kawan-kawan kita .... TApi ... jadikanlah jiwa kita merdeka! Merdeka dari pemikiran yang sempit . Merdeka dari kemalasan ! Merdeka dari lemah semangat ! Merdeka dari perhambaan terhadap makhluk dan manusia ! Jadi ... bersemangatlah! Buat yang terbaik di saat ini! .... supaya Islam kembali menerangi dunia !!!