Tadi aku berjumpa dengan seorang kawan lama. Ehe, dia antara orang yang aku rasa istimewa dalam hidup ni. Dia adalah orang yang ku suka, juga kekadang sebagai orang yang ku tak suka. Dua-dua perasaan ini wujud dalam masa yang lain.

Ehe .. kami masih kawan. Jangan risau :)

Namun dia dan aku bersama-sama di Australia. Kami bersama-sama pergi ke grampians, sama-sama pergi ke adelaide, ke sydney dan banyak tempat lain. Malah kami sama-sama balik pada tahun akhir pengajianku.

Selepas itu dia kembali ke Australia. Aku tinggal di sini. Setahun aku di sini, merasa pahit dan tawar kehidupan, first hand.Setelah setahun, dia kembali dan akan memulakan langkahnya di sini.

Aku harap dia dapat bertahan, dan menjalani perkara yang lebih baik. Cukuplah aku seorang sahaja yang sakit.

Ada seorang lagi yang berada di Malaysia bersamaku. Dia amat istimewa. Kami bersama hampir setahun. Cabaran kami untuk bina rumah dikongsi. Ku ingat malam-malam aku menumpang 4x4 dia. Sehingga sekarang dia masih menumpangkan aku kalau aku perlukan pengangkutan.
Ku ingat banyak tempat yang aku pergi bersamanya. Ehe, ingat lagi masa kami nak solat maghrib kat stesen projet, tapi dapati stesen tu takde surau.

Dia lebih tabah dan dijaga dengan baik. Aku harap dia dan temannya akan terus dijaga sehingga ke akhir hayatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Germany