Aku melihat mereka yang takutkan pelajar mempelajari realiti hidup di luar negara. Mereka takut pelajar2 itu tersedar dan terbangun dari tidur mereka. Ia mengingatkan aku 'agent' dalam cerita the matrix. Memang seperti agent2 tersebut. Mereka tak mahu manusia terbangun dari mimpi...

Mereka mahukan, apabila tamat belajar, pelajar2 ini akan bekerja, bertungkus lumus demi negara, demi keuntungan yang mereka sendiri tidak akan dapat. Pelajar2 ini akan bekerja dan bekerja sehingga mati. Pelajar2 ini akan bekerja sehingga mereka tertekan dan akhirnya mati atau gila. Pelajar2 ini akan bekerja dan hanya peduli diri mereka sendiri. Pelajar2 ini akhirnya menjadi seperti mereka. Mereka apabila dioffer oleh agent untuk mencari manusia yang cuba membangunkan manusia, mereka akan menolong agent2 ini, kerana mereka akan diberi ganjaran oleh agent ini.

Mereka akhirnya menjadi orang yang hidupnya, matinya, kerjanya, dan pemikirannya untuk nagara dan manusia semata2 ...

Walhal ... adakah benda-benda ini mampu untuk memasukkan kita ke dalam syurga dan menjauhkan kita dari neraka?

Comments

Popular posts from this blog

Germany