Dalam hidup sebagai orang bekerja ini aku bertemu dengan berbagai orang.

Aku ingat lagi masa orientation sebelum kerja dulu, aku dinasihatkan oleh lion king untuk hidup lebih garang, makan orang ... kalau tak aku akan dimakan oleh orang ... kalau aku still kasihan dan mengalah, aku akan dimakan walaupun aku orang yang baik. Dunia ini bukan tempat yang selamat ....

Semalam aku mendengar kisah hidup consultant berbakat. Dia pernah bekerja seperti aku, tapi dia keluar dan pergi ke tempat yang lebih baik, dan selepas itu dia buka syarikat sendiri. Dia berani dan dia ingin belajar. Dia faham perasaan di-lanyak dan dipijak oleh orang atasan. Dia faham lumrah syarikat orang malaysia. Dia telah mengajar aku sedikit sebanyak cara-cara untuk hidup ....

Si tiadahati memang wujud. Ada orang sebegini. Dia manusia tapi tiada hati. Maklumlah, dia sekarang seorang ketua. Aku belajar darinya. Dalam hidup ini wujud orang yang sanggup susahkan orang lain demi selamatkan dirinya. Dalam kerja, orang atasan akan menyeksa orang bawah supaya dia lagi ke atas. Yang bawah tidak boleh merungut. Tidak boleh bising. Kalau tidak, anda kena pergi ke tempat lain. Tak pun, sabarlah atas seksaan yang diberikan.

Cerita orang kelantan tu... refer entri yang lalu.

Barangkali lebih banyak lagi cerita yang akan aku lalui. Ini kecil sahaja. Ada yang kena lebih dahsyat.

Comments

Popular posts from this blog

Germany