Setiap hari adalah hari yang baru. Di situ kita bertemu orang yang sama,tapi berbeza. Setiap yang kita lihat pada hari yang baru ini, adalah sesuatu yang baru. Housemate kita, rakan sekerja kita di hari ini adalah orang yang baru...kerana mereka adalah berbeza dari semalam.

Perhatikanlah, apa yang ada pada hari ini, dan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita pada hari ini. Semoga kita menghargai dan mensyukuri nafas baru dan hari baru yang diberikan kepada kita.

Manfaatkanlah masa, kerana masa adalah kehidupan. Ia bukanlah emas yang boleh dibayar nilainya. Ia adalah kehidupan yang hilang setiap kali ia berlalu.

Comments

Popular posts from this blog

Germany