Aku baru balik dari berkursus. Hmm, menarik juga. Kali ini belajar berkenaan generator dan motor. Dulu masa kat universiti aku tak betul2 menghayati kedua2 benda ini. Malah konfius dengan konsepnya. Kini aku lebih faham berkenaan asas2 berkenaan mesin ini.

Jadi, selama ini adakah aku belajar untuk mendapatkan kerja? Adakah itu tujuan aku?

Hmm, jika difikirkan, semua orang berlumba2 untuk ke menara gading. Adakah kerana dahagakan ilmu? Atau lebih kerana takutkan tidak dapat kerja kalau tidak memiliki segulung ijazah?

Jika dilihat dari sudut Sumber Manusia/Human Resource, mereka pun berpemikiran demikian. Mereka akan menerima orang masuk kerja berdasarkan ijazah. Andaikata orang itu tidak memiliki ijazah, walaupun memiliki pengalaman 20 tahun, orang itu tidak akan mendapat kerja.

Ini hakikat yang aku belajar dari kehidupan ini. Ini adalah sistem yang ada sekarang. Anak2 kita belajar bukan demi ilmu, tapi demi untuk mendapat kerja yang stabil melalui ilmu. Anak2 kita akan bekerja seperti kita, makan gaji setiap hari dan mengharapkan gaji itu untuk hidup.

Keadaan ini akan berulang2 sehinggalah ada orang yang membawa perubahan kepada semua ini. Orang2 ini dinanti2kan oleh seluruh umat manusia.

Orang2 inilah ... 'the chosen one'....yang akan menggegarkan dunia!!!

Comments

Popular posts from this blog

Germany