Hari ini aku belajar sesuatu berkenaan usaha sehingga akhir ....

Tiket flight aku untuk ke Semenanjung sepatutnya esok pagi, untuk berkursus, namun aku cuba insist supaya dimasukkan aku dalam waiting list. Tapi MAS kata tiket dah penuh dan ramai waiting list, jadi no point masuk waiting list juga.

Aku bertanya kepada the chosen one. Dia kata, apa salahnya mencuba, sekurang-kurangnya kalau tak dapat pun, kita puas hati, sebab kita dah cuba.

Aku menjadi bersemangat lalu pergi bersama dia ke airport. Laju juga kami bawa kereta. Bila tiba di airport, aku bergegas ke kaunter. Ramai betul orang menunggu di kaunter waiting list. Aku pun tunggu. Akhirnya tak dapat tempat. Aku pun pulang bersama dia. Tapi benarlah, takla rasa kecewa sangat, sekurang2nya dah mencuba. Kena sabar la sedikit untuk flight hari esok.

Comments

Popular posts from this blog

Germany