Posts

Showing posts from September, 2015

Jerebu yang masih kuat

Image
Hari ini jerebu agak kuat. Jarak pandangan sangat pendek. Anak-anak tak boleh keluar rumah. Bacaan IPU masih belum update lagi. Yang ada masih di bawah 100 iaitu 'masih sihat'.

Selamat datang ... Maryam Ulfah!

Image
Alhamdulillah. 17 September 2015. 3 Dzulhijjah 1437H. Allah telah mengurniakan daku seorang lagi muslimah. Lahir dgn mudah di awal pagi. Alhamdulillah. Aku mendoakan agar anakku dikurniakan kesihatan jasad, emosi dan juga iman. Moga dia menjadi insan solehah, musleh serta berjaya di dunia dan akhirat, juga menjadi orang yang mengubah dunia ini. Selamat datang, Maryam Ulfah! Segala puji bagi Allah atas nikmat ini.

Jerebu

Image
Hari ni jerebu. Ia sejak minggu lepas. Masih belum ada amaran/alert dari jabatan alam sekitar.

Konsep

Aku terlintas konsep baru.. Satu blog hanya tulisan. Satu lagi hanya lukisan.

Memulakan semula

Aku baru selesai (dan masih) membaca beberapa buah buku. + Second Chance oleh Robert T. Kiyosaki + Panduan Untuk Orang Bisnes oleh Pn Ainon + 100$ startup + Art. Inc. + How to make money in the world of free .... dan beberapa buku lagi. Aku jadi teruja. Banyak idea baru yang masuk. Aku ingin mengubah hidupku sekarang. Ya. Ia harus bermula semula.

Hati ke Hati

Hari ni pengurus berbicara denganku. Hati ke hati. Tahun ini tak ada rezeki. Rupanya banyak yang perlu aku baiki. Tahun depan boleh cuba lagi.