Posts

Showing posts from April, 2010
Image
Syukur kepada Ilahi, bakal mujahid lahir dengan selamat di pusrawi jam 1246 pada hari ini. Beratnya 3.1kg, sama seperti bapanya. Alhamdulillah, dia lahir dengan mudah dan selamat. Moga dia menjadi anak yang soleh wa musleh dan berjaya di dunia dan akhirat.
Image
Hari ini juga aku membasuh kancil itu....buat pertama kali di Kuala Lumpur!Kelihatan tukang basuh agak bertungkus lumus kerana banyaknya daki yang terdapat di kancil itu...daki yang terkumpul dari mukhayyam,jaulah dan pengembaraanku di borneo.
Image
Segala puji bagi ALlah,kancil aku telah selamat tiba di Kuala Lumpur.Moga ia memberi jasa yang sama seperti yang diberi ketika di Sarawak dahulu.Sama-sama kita menguatkan dakwah di sini!
" Nikmat dihargai apabila ia hilang dari kita... " Benar sekali... Nikmat mata, dihargai apabila dah mula rabun atau buta... Nikmat telinga, dihargai apablia dah mula tak dengar atau pekak... Dan macam-macam nikmat lagi .... Bagiku, aku menghargai satu nikmat yang dirasakan biasa bagi kebanyakan orang ... nikmat bersama keluarga. Ia kerana aku 'kehilangan' nikmat itu sebelum merasainya... Setelah lima tahun berjauhan dan merasai keperitan akibat berjauhan itu, aku sangat-sangat-sangat berterima kasih kepada Yang Maha Kuasa atas keadaan aku sekarang. Walhal, bagi teman-teman sekerja dan orang sekelilingku, ia adalah perkara biasa. Segala puji bagi Engkau atas segala apa yang Engkau berikan! Jadikan aku mensyukuri dan memanfaatkannya sebaiknya! Amiin!
Hampir masuk dua minggu aku menjadi pekerja di sini. Tadi berjumpa dengan NI di rumahnya. "WAh, tak sangka dapat jumpa anta di rumah ana. Bagaikan mimpi!". Dia tersenyum melihatkan aku tiba di rumahnya di Kuang. Dahulu, aku bertemu dengannya di Kch, di rumah sewa berdekatan dengan rumah UAFH. Aku singgah sebentar di rumahnya setelah menghantarkan isteriku untuk liqa gabungan di kawasan berdekatan dengan situ. Risau juga sebab dia dah sarat mengandung. Moga keberkatan program itu membawa kebaikan kepadanya dan anakku juga. Kami berbicara akan berita terkini, walaupun baru berjumpa Ahad lepas masa riadah.
Weekend ini merupakan weekend pertama bagiku sebagai orang yang menetap di Kuala Lumpur. Aku tak dapat membayangkan, aku tak perlu rushing ke airport lagi untuk mengejar flight ke Miri, dan disambung dengan driving selama dua jam lebih untuk ke rumah. Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi. Bila memikirkan nikmat ini, aku sangat menghargai kehidupan yang kulalui sekarang ... berada bersama isteri dan anak.....walaupun pada mata orang biasa, ia adalah perkara biasa... Moga aku mensyukuri nikmat ini dengan menyerahkan masa dan tenaga dengan lebih baik untukNya!
Hari ini aku bertemu kembali dengan teman-teman seperjuanganku dahulu. Wah, teringat aku masa mula bekerja di KL 6 tahun dahulu. Kali ini aku lebih masak dengan kekurangan dan kelebihan yang ada pada mereka dan juga menghargai roh yang ada di sebalik apa yang dibuat. Banyak kisah-kisah lama dan baru kami kongsikan bersama .... Moga aku lebih bersemangat dan tsabat di jalan ini!
Hari ini aku melapor diri ke tempat baru. Kusangka bangunan buruk, rupanya di renovate sebegitu class, ibarat KLCC. Kusangka kena pakai tie sampai petang, rupanya agak casual dan terbuka suasana kerja di sini. Teman-teman baru terdiri dari yang terlibat dengan design dan project, dan segelintir sahaja ada pengalaman loji. Aku teringat semasa aku mula melapor diri dahulu. Ketika itu aku amat mentah dan mengikut apa yang diarah dan disuruh. Memang sangat mentah. Cuma kali ini, aku membawa sehimpun pengalaman yang amat bernilai. Alhamdulillah, aku bersemangat ... sebagaimana aku bersemangat di waktu mula kerja dahulu. Tatkala pulang ke rumah, aku pulang bersama isteri .... aku tidak percaya ia berlaku sekarang, tetapi ia memang benar-benar berlaku! ... dan ini menunjukkan kuasa Yang Maha Menjadikan! Segala puji bagiNya!