Posts

Showing posts from May, 2005
Weekend lepas aku membantu kawanku untuk membuat program motivasi untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah, masa tu aku rasa macam masa autumn gath dan juga winter camp. Sememangnya tiap kali kita buat kerja di jalan ini, perasaannya sentiasa sama .. tak kira kita sudah bekerja atau masih belajar. Akhirnya, kancil putihku dapatla dimanfaatkan. Ehe, masa kat KL dulu takde kereta ... hanya berharap kat kawanku untuk menumpang 4x4 nya. Semoga satu masa nanti bila aku ke KL kembali, aku akan menjadi antara orang yang provide transport kat orang lain. Amiin.
Dah lama tak tulis blog nih. Macam-macam benda berlaku di sini. Aku telah mengembara ke kuching weekend lepas. Seronoknya. Sangat seronok. Teringat suasana semasa buat winter trip dulu, cuma kali ni merentas 1400 km di Sarawak menaiki kereta proton. Di sana berkhemah dan juga merentas hutan selama 4 jam. Letih ada. Puas hati pun ada. Entahlah, kawan2ku di malaya dapat tak merasa trekking sejauh ini. Dahla naik bukit dan turun bukit. Aku berjalan sehingga menemui air terjun. Petang itu, bila balik ke khemah, mandi air laut pula. Ehe, campsite dekat tepi pantai :) Main air macam budak2. Anak2 kawan aku yang datang tu pun turut main air laut sekali. Lepas ni ada lagi aktivti menarik yang akan dibuat. Sibuk juga sekarang. Ehe, rasa macam masa autumn gath jek. Fehlong. Tapi syukurlah, Dia masih istiqamahkan aku dan kawan2 ku di jalan ini. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Bila aku fikirkan, Dia telah menjadikan rumah aku di sini begitu ceria. Tak seperti di Gombak dahulu. Ahli rumah di sini boleh bergurau. Sesekali ketawa. Sesekali makan bersama. Sesekali pergi ke masjid bersama. Ia mengingatkan aku zaman student dulu ... cuma kali ini sangat-sangat best. Bukan itu sahaja, ada rumah kawan yang tak jauh dari sini pun menceriakan suasana. Ehe ... terima kasih. Dalam kesunyian ini Kau berikan teman-teman baik untuk menemani aku di sepanjang jalan.
Aku selalu hilang semangat bila ditransfer ke sini. Namun Dia mengembalikan semangat itu melalui pelbagai cara. Di sini ujian emosi dan hati amat kuat, tambah-tambah pula dengan tekanan kerja yang belum pernah dirasa sebelum ini. Alhamdulillah. Dia masih memberikan kekuatan kepadaku untuk meneruskan hidup ini. Kuatkanlah semangatku.
Dah lama tak update ikomik. Alhamdulillah, dapat gak update. Sekarang dah ada scanner sendiri. Ehe, lama tak asah bakat yang telah dianugerahkan ini :) Semoga bermanfaat buat semua....
Dah lama tak menulis blog. Hmm.. sedar tak sedar dah dua bulan lebih kat Bintulu nih. Hari ni panas. Seminggu lepas pun rasa panas juga. PAgi tadi berjongging kat Pantai tanjung batu. Seronok lihat matahari terbit sambil bersenam di tepi pantai. Macam dalam cerita karate kid. Ehe....
Kuatkan semangat ... berusahalah!
Dua tiga hari ini, bintulu dan semenanjung begitu panas. Mak dan ayah kata memang panas kat sana. Aku kat sini amat merasakannya. PAgi2 kat tempat kerja pun masih terasa panas. Ampunilah dosa kami. Amiin.
Maaf,lama tak tulis blog ni. Aku kekadang berasa sedih. Terutamanya bila mengenangkan nasibku ini. Namun, aku cuba untuk menguatkan semangatku supaya aku tak terlalu sedih dan mampu untuk meneruskan kehidupan. Barangkali, kalau tak diuji sebegini, tak akan kutahu sekuat mana iman... tak akan aku tahu, setabah mana hati... tak akan aku tahu, sejauh mana kuat pengharapan kepadaNya....