Posts

Showing posts from 2007
Image
Gambar di atas mengingatkan aku berkenaan cover page yang pernah aku lihat pada sebuah buku fotostet . Buku itu telah merubah ramai orang disebabkan isinya yang menggetarkan jiwa dan menyentuh hati lalu menggerakkan ruh dan jasad. Buku yang menjadi nickname kepada orang yang menyedarkan aku apa yang patut aku buat :)
While walking in the woods, suddenly I got this feeling. The feeling which I felt during my third year in university.
Yesterday was memorable. 6 teenagers and I went to Niah Cave. It was raining when we arrived. 10 am plus minus. We decided to keep on going to the cave. 4.3 Kilometers of walking under the rain was not that hard as the walkway was made of fibre material which prevented us from slipping. The view of the cave was amazing! Due to the raining outside, we can see 'waterfalls' coming from the holes from the top of the cave. It was soooo beautiful. When we arrived to the part where no light can be seen at all, we stopped for a while and reminded of the darkness of the grave. It was really dark as we could not see our hand at all. We all went back around 4pm. It was really tiring. All of those teenagers smiled and I can see that they were extremely happy. Most of them haven't go to Niah, even though they lived in Sarawak for 20 years!
Baru-baru ni MAR ada meletak video kenangan dia di btu. Hmm .. begitu ramai teman-temannya bersama dia ketika itu membentuk suasana dan masyarakat. Kini, kebanyakan temannya telah ke tempat lain....
Ahah! Jumpa dah blog MARMAR! ehe ... sorok yee. Best juga blog dia. Banyak coretan dan tulisan yang menarik dan mengingatkan aku akan kehidupan bersamanya di btu ini....
Ah. Leganya. Hampir-hampir timbul pergeseran antara aku dengan teman seperjuanganku di sini. Rupanya tidak. Tuhan amat menjaga hambanya dan dakwahnya. Kusangka dia terasa apabila aku terkasar sedikit dengannya. Aku takut apa yang menimpa ZD, terkena kepadanya. Akhir-akhir ini permusuhan wujud akibat perasaan hati yang dipenuhi marah dan kecewa, tidak kira dari kalangan orang tua yang memimpin dan orang muda yang menurutinya. "Tak guna ana marah. Tak ada manfaat pun", itu ujar teman seperjuanganku itu. Dia hanya tidak stabil buat seketika. Kini ... dia memacu kudanya menerobosi tembok-tembok musuh dan melepasi segala cabaran di hadapan. Aku pun mahu berbuat serupa...!
Today I am so sad. So many things have happened. Be strong!
Sometimes we see people with great abilities and we are amazed by them. These people, which sometimes have great charisma, speaks greatly and able to influence people around them can become quite influential in the society. A friend has told me 'How far ONE person can go alone ? Our prophet is A GREAT MAN, but he did not do his mission ALONE ! He find, gathered and nurture people around him with ISLAM and 600 years later, the world is blessed with this way of life!'. It is true. Even though a person is great, but doing things alone cannot brings him far enough. Prophet SAW already shown us the way, which ALL of us can do.
Semalam aku balik lambat bersama AK dan SB. Lepas tu kami ke Karnival Keluarga anjuran syarikat yang aku bekerja di sini. Perut kami lapar selepas menunggu janakuasa 21MW untuk start-up . Begitu bising dengan konsert dari artis-artis jemputan syarikat. Begitu ramai remaja yang datang. Maklumlah, konsert percuma. Tambah-tambah lagi sekarang cuti sekolah. Hm, inilah yang diisi oleh remaja yang akan menjadi masa depan kita. Tiada orang yang peduli bagaimana pemikiran mereka bila mereka dewasa nanti melainkan segelintir sahaja. Kasihan, tiada orang yang memberitahu mereka apa yang sepatutnya mereka buat sekarang dan apa yang penting dibuat sekarang.
Aku rasa ada orang yang berasa aneh denganku. Dahulu, masa aku mula tiba di btu... aku kelihatan seperti orang yang keliru... Kini ... setelah 3 tahun berlalu, ... aku kelihatan seperti orang yang tahu ....
Alhamdulillah,hari ni dapat balik ke KL.Esok ada conference,dan diluluskan untuk pergi.Pagi tadi rasa sangat gembira sebab tahu akan ini. Melihatkan gelagat orang yang sibuk di stesen putra KLCC mengingatkan diriku yang pernah bekerja d sini.
Hari ini aku dan anak buahku masuk ke satu kawasan baru yang mana kami menemui air terjun yang sungguh indah dan menarik. Tak sangka di btu ada tempat menarik sebegini. Kami berkumpul di masjid Hidayah. 10 dari kg Baru, 7 dari Kg Syakirin dan 6 dari Kidurong. Wah, agak ramai yang ikut kali ini. Kami terus ke tempat itu. Semua kenderaan berhenti berdekatan dengan orang yang tengah buat Hashing. Lepas tu semua berjalan ke tempat yang dituju. Sebenarnya kami tak tahu ada air terjun atau tidak, melainkan mendengar khabar orang sekeliling. Setelah berjalan melalui kampung (barangkali orang iban) dan sedikit kawasan hutan, kami menemui air terjun yang amat cantik. Anak buahku sangat gembira. Setelah mendengar tazkirah, mereka terjun ke dalam air, ibarat itik tak jumpa air. Mereka amat seronok. Tempat itu ramai yang tidak tahu, termasuk orang tempatan, walaupun dah lama hidup di btu. Hmm ... satu pengajaran yang boleh aku ambil ... kekadang kita terlalu terkongkong dengan dunia kita ibarat ka
Jalan ini sangat jauh. Tanpa bekalan yang cukup, maka kita akan menderita dan tidak mampu bertahan sehingga ke akhir. "Agak aneh, jika kita masih dapat bertahan, dalam keadaan tidak didengarkan hadith-hadith dan ayat yang menceritakan ganjaran orang yang bekerja di jalan ini" ujar kawanku tadi. Benar. Tanpa bekalan dan motivasi yang kuat, kita tidak mampu. Jalan ini terlalu sukar, terlalu memakan masa dan harta, terlalu menghabiskan tenaga. Kekuatan yang besar diperlukan untuk mengharungi jalan yang amat jauh ini.
Hari-hari dalam minggu ini aku merasakan suasana sekeliling amat lemah dan sedih. YHY menghidapi demam sepanjang minggu ini. Anak-anak didik aku kelihatan lemah dari segi amal mereka. Malah halaqah agak hambar minggu ini. Aku pula mengalami ketidakstabilan emosi akibat kerja yang terlalu banyak, ditambah dengan bos yang meragam. Setiap hari hujan turun begitu lebat di waktu pagi dan petang. Ujian. Ujian. Semuanya daripada Dia. Dia sedang memerhatikan aku dan melihat sama ada aku dapat melepasi ujian ini. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan pulihkan keadaan.
Setiap hari kita menghadapi berbagai ujian dan cabaran. Apatah lagi mereka yang melakukan kerja di jalan ini. Kekuatan akan datang dan ketenangan akan terasa di hati, apabila iman kita kuat dan juga amalan kita konsisten. Kalau kita lihat Nabi SAW, baginda begitu teruk diuji, namun Allah mengajar baginda dan menenangkan hati baginda. Ia dirakamkan dalam al-Quran begitu banyak, dan ia boleh menjadi motivasi bagi kita tatkala kita terbaca ayat-ayat yang menenangkan hati baginda.
Tatkala aku melalui pintu keluar lapangan terbang btu, aku dapati amat ramai orang menantikan kepulangan teman atau saudara dari Kuala Lumpur. Kelihatan di wajah mereka perasaan gembira menantikan ketibaan orang tersayang. Beruntungnya orang-orang yang dinantikan mereka itu. Orang-orang itu menemui yang mereka sayangi. Aku? ... aku tidak menemui sesiapa di lapangan terbang ini. Aku hanya seorang diri. Aku berjalan merentasi semua orang, menaiki keretaku yang ditinggalkan selama dua malam. Inilah rutin diriku selama tiga tahun di sini. Menaiki kapal terbang seolah-olah menaiki bas, cuma harganya sangat mahal dan tidak menentu, dan tidak terkira letihnya tubuh ini mengembara. Berapa lama lagi aku akan begini? Setahun lagi? Dua tahun? Atau lagi enam tahun?
"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah apa yang ada di dalam diri mereka" (ar-Ra'd(13):11). Teringat aku bila seorang ikhwah menyebut ayat ini suatu masa dahulu. Ingat lagi yang dia kata, barangkali semua yang berlaku ini berpunca dari dalam diri kita, iaitu hati dan roh kita. Hmm ... bila aku me muhasabahkan diriku ini, aku mendapati ada benarnya. Suatu masa dahulu, aku merasakan jiwa dan ruhku amat kuat dan dekat denganNya. Kini setelah Dia mengujiku dengan ujian demi ujian, aku seolah semakin lemah dan semakin lama semakin kucar kacir. Wahai Tuhan, jadikanlah diriku dan keluargaku serta temanku dari hamba yang sering mengingatiMu. Amiin.
Kini sudah hampir seminggu ZD marahkan aku. Aku berharap hatinya disejukkan dan ditenangkan. Jika belum lagi, barangkali segala apa yang akan dibuat adalah berasaskan marah, dan marah memudahkan si musuh kita memasukkan jarumnya dalam hati, yang seterusnya menjadi sebahagian dari tindakannya.
Malam ini telah berlaku satu peristiwa besar dalam kehidupan remaja di btu. Malam ini hujan turun amat lebat sekali. Sangat lebat sehinggakan sukar keretaku untuk dipandu. Si ZD mengamuk. Dia meluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Selama ini dia tidak puas hati akan tindakan dan keputusanku terhadapnya. Dia rasa amat kecil hati kerana aku menyoal tujuan dan halatuju aktiviti yang dia nak buat. Aku sangat terkejut. Rakan-rakan dia pun terkejut. Aku sangka selama ini dia memahami bahawa apa yang dibuat untuk membentuk dia, tetapi dia tidak sabar dan barangkali kurang memahaminya. Si ZD terus keluar selepas perjumpaan malam itu selesai. Dia terus memacu motornya meredah hujan yang amat lebat itu. Hujan turun dengan lebatnya. Sangat lebat malam itu.
Di kala hati sedih,hanya Dia sahaja yang menenangkannya.Di kala hati gembira,kita sering 'ter'lupakanNya.
Lama sudah aku tidak mengangkat pen dakwat hitam saiz 0.5 itu. Wah, dah berkarat bakat yang diberikan kepadaku. Bakat melukis yang telah aku tinggalkan sekian lama. Hari ini Dia memberikan aku peluang untuk mengangkat pen itu semula. Moga kertas-kertas yang aku simpan dipenuhi komik-komik islami lalu diterjemahkan ke dalam websiteku itu. Wahai Allah, kepadaMu aku berharap. Aku harap lintasanku untuk melukis kisah-kisah sirah, al-quran serta hadith dan sahabat serta tokoh-tokoh hebat boleh tercapai. Anakku dah 9 bulan. Sedar tak sedar, dia akan pandai membaca lalu mengenali manga dan anime. Kini naruto, kakashi, sasuke, kenshin, ryuuji dan banyak lagi watak jepun yang menjadi idola dan minat anak-anak kita, dan tiada watak lain yang boleh menandingi mereka.
Wahai diri,ketika kau melihat kehidupan ini dalam skop dirimu sahaja,kau merasa sakit kerana tidak diberi apa yang kau impikan. Lihatlah ia dalam skop tujuan diwujudkan kehidupan itu sendiri.Kau pasti mendapati, apa yang berlaku padamu adalah satu anugerahNya terhadapmu. Bersabarlah.Hanya perlu sedikit sahaja lagi.
Husna dah boleh merangkak semalam.Gembiranya bila mengetahuinya.Cuma,aku tidak dapat berada di sana untuk melihatnya.
Sudah seminggu hari raya berlalu. Aku asyik teringat kat Husna. Akhir-akhir ini jiwa aku agak lemah dan kurang bersemangat. Aku kena bertahan dan kuatkan semangat. PertolonganNya pasti akan tiba.
Semalam aku sangat seronok berqiam.Lama aku tunggu perasaan ini,dan ia muncul semalam.Aku mengaji sampai sakit tekak.Hujan yg lebat tidak terasa sejuknya.
Hari ini mula sunyi.Ramai orang dah balik kampung untuk beraya.Keadaan agak lesu di pejabat.Suasana yang normal sebelum raya.

Supermarket at night

Image
A view of the biggest SK in Borneo.
Di hari-hari terakhir Ramadhan ini, aku melihat begitu ramai orang solat Subuh di Masjid Syakirin. Aku ingat ia akan berkurang, tetapi sehingga kini ia maintain . Bilangan orang yang iktikaf dan qiamullail di masjid pun makin bertambah. Malam ini ramai remaja akan datang untuk qiamullail dan bersedia untuk program ihtifal Remaja di masjid tersebut. Semoga ia berkekalan sehingga keluar dari Ramadhan.
Sesekali bila melihatkan kepada nikmat-nikmat yang Tuhan telah berikan kepadaku, aku terasa amat terharu dan sanga-sangat bersyukur kepadaNya. Terasa juga malu kerana sering merungut kepadaNya akan nikmat-nikmat lain yang masih belum aku perolehi. Mengenangkan pengetahuan, kemahiran dan perkakasan yang aku miliki ... juga mengenangkan Aishah Husna yang sangat comel lagi pandai ... juga mengenangkan kegiatan kerja islam yang aku sedang dilibatkan sekarang ... juga mengenangkan keluargaku yang amat aman dan tenang ... terasa seharusnya diriku bersyukur teramat sangat kepadaNya. Ampunilah aku wahai Tuhanku. Aku memohon ampun daripadaMu atas segala kesalahanku.
Hari ini dan semalam menyaksikan begitu ramai orang solat subuh di masjid Syakirin di sini. Suasana begitu meriah dan bersemangat sekali. Kira-kira 6 saf penuh di masjid itu, yang selalunya hanya 1 saf sahaja. Moga keadaan ini berkekalan.
Jangan berputus asa ya. Keadaan yang sukar ini sebenarnya sebentar sahaja. Ia pasti akan berakhir tidak lama lagi. Kuatkan semangat dan berusahalah.
Hari ini agak panas di sini. Aku akhirnya bersama keluarga di sini. Husna menangis-nangis sebab dia tak biasa suasana di rumah Wan dan Tokki dia. Petang sedikit baru dia ingat dan tak menangis lagi. Esok kena berkejar ke Sarawak semula. Sampai bila aku kena berkejar-kejar sebegini? Sabarlah ya. Sedikit sahaja lagi.
Sudah lebih separuh bulan ramadhan berlalu. Ada yang terasa. Ada yang tidak merasakan apa-apa. Kita sudah terlepas peluang yang banyak kalau tidak berbuat apa-apa yang bermanfaat. Masa masih ada. Barangkali ada lagi peluang untuk bertemu lailatul qadar yang mulia. Waah! Harap ketemu dengannya lagi kali ini. Amiin.
Bila kita melihat kepada apa yang Allah berikan kepada orang lain, dan mendapati ia adalah lebih baik dari kita, kita akan rasa iri ataupun akan rasa tidak cukup atau tidak puas hati dengan apa yang kita punyai. Tetapi sebenarnya setiap manusia telah diberi apa yang terbaik untuknya. Cuma manusia tidak tahu atau tidak yakin akan perkara ini. Barangkali apa yang tersembunyi itu lebih baik bagi manusia itu, cuma ia belum ditunjukkan kepadanya. Disebabkan itu, manusia menjadi kecewa lalu timbul rasa tidak puas hati terhadap penciptanya. Wahai tuhan, sabarkanlah hati ini akan dugaan yang Engkau beri. Amiin.
Terima kasih kepada encik MARMAR atas mesej yang diberikan. Rupanya dia masih baca coretanku yang sedikit ini.
Bakatku sudah hilang? Aku merasakan ia sudah lama 'tidur'. Lama aku tidak gunakan ia sebetulnya. Pada masa yang sama, bakat 'lain' pula timbul. Aku sudah lama tidak melukis. Tapi aku kini lebih kerap bercakap sebab di sini diperlukan bercakap. Aku rindukan bakat lama itu. Aku merasakan ia seolah sudah tumpul.
Aku tidak mahu rasa sedih dengan apa yang tuhanku berikan kepadaku. Namun, kekadang aku rasa sedih. Kekadang aku tukar rasa sedih itu kepada kemarahan terhadap makhluk di sekelilingku, walaupun makhluk itu tidak bersalah. Selama ini, aku diberi begitu banyak kelebihan dan kebaikan sehinggakan aku merasakan segala apa yang ada dalam hidup ini indah sekali. Akan tetapi, semua itu Dia ambil dan Dia uji aku dengan ujian ini. Kekadang aku lupa akan kesakitan ujian itu, tapi tatkala aku sedar akan ujian itu, begitu sakit jiwa ini. Aku ingin menangis sepuas-puas hati, namun aku tidak berbuat demikian. Aku merasakan bahawa aku dikuasai oleh orang lain dan masa depanku amat kelam dan aku amat benci akan 'orang lain' itu. Ah ... jangan begitu. Jangan begitu. Tuhan mendengar rintihan hatiku. Dia sentiasa melihatku di mana aku berada. Barangkali saat kesedihan dan kesakitan ini akan berakhir. Sedikit sahaja lagi. Barangkali sedikit sahaja lagi... Bersabarlah. Setiap kesusahan di sampingnya
Selasa lepas aku dapat tahu Husna dah boleh mengensot ke depan. Waah Comelnya! Tak sabar nak balik untuk lihat dia buat macam tu.
Dah hari ke 3 ramadhan. Syukur kepadaNya kerana hari ini aku berpuasa bersama Husna. Comel betul. Dah besar sikit. Dia happpy sangat bila lihat abi dia sampai ke rumah semalamm!
Semalam masjid penuh dengan orang. Seperti solat Jumaat. Wah, kalau subuh macam ini, masa tu impian kita hampir tercapai.
Ahlan wa sahlan Ramadhan! Waah! dah masuk bulan Ramadhan! Lama tak tulis blog ini. Husna dah 7 bulan lebih. Sekarang dia boleh pusing-pusing keliling. Belum dapat merangkak lagi. Tak sabar untuk balik ke KL untuk lihat perkembangan terbaru dia di sana! Sekarang kerja-kerja pembinaan insan di sini makin mantap. Bilangan remaja makin ramai, walaupun pertambahan sedikit demi sedikit. Tapi itulah caranya yang dibuat kali ini. Namun, apa yang bertambah adalah mereka yang mantap, bukan angka-angka kosong yang tidak boleh digunapakai.
Dalam dunia ini ada ramai orang yang bekerja untuk membuat pahala dan mengembalikan manusia kepada islam. Ia adalah suatu yang baik. Ia adalah suatu yang perlu dimanfaatkan. Ia adalah suatu yang perlu dibantu.
Wah wah! Husna dah makan benda pejal! Cuma sayangnya aku tak dapat melihatnya kerana berada di sini ... beribu-ribu kilometer darinya.
Minggu ini amat meletihkan. Semalam, pagi tadi, malam ini dan pagi esok penuh dengan aktiviti motivasi pelajar dan graduan. Orang-orang tua juga ada yang mengikutinya tapi tidak seramai orang muda. Waktu-waktu sebegini selalunya diisi dengan rehat yang cukup banyak sehingga membosankan diri. Kita akan menyesal di kemudian hari kerana membazirkan masa itu dengan kerehatan yang sangat banyak, malah ia akan menggemukkan tubuh yang dimiliki.
Ego atau Takbur.Perasaan inilah yang menyebabkan syaitan dilaknat.Ia juga menyebabkan dua insan bergaduh.Ia juga menyebabkan pertubuhan dan negara berpecah belah.Ia menyebabkan dua insan bermusuh begitu lama. Benar apa yang Tuhan kata.Hanya Dia sahaja yang layak bersifat ini.
Kehidupan menjadi guru yang mengajar kita lalu menjadikan diri lebih matang dan dewasa
Tadi aku berjumpa seorang kawan.Dia baru ditukarkan.Gembira dan ceria wajahnya.Selepas berbual seketika,dia pulang dengan isteri. Suatu masa nanti aku akan begitu.Hanya menunggu masa aku bersedia.
Petang itu aku rush ke airport utk ke KCH.Aku dapati flight delay.Aku harap tak lewat sangat.Rupanya 9.15pm.Aku miss flight ke KL.Maka aku bermalam d KCH.Ramai juga orang d airport pd waktu malam.Esok 6am baru berlepas ke KL.Hanya dapat jumpa Husna sehari sahaja.
Waktu adalah rawatan. Itu adalah kata-kata yang amat bermakna bagi orang yang memahaminya. Benar. Kita perlu bersabar, sebab hanya dengan bersabar dan berterusan dalam usaha, dan pada masa yang sama menantikan masa sesuatu itu berubah, maka apa yang ingin dicapai akan tercapai. Seorang penyeru kepada islam, jika ia sabar dan berterusan, ia akan dapati Tuhan memberikan kepadanya kejayaan. Namun, jika ia kecewa atau hilang sabar, maka ia akan berhenti lalu terlepaslah peluangnya untuk merasai kejayaan itu. Jadi. Waktu adalah rawatan. Jangan berputus asa. Mungkin kena buat sedikit sahaja lagi.
Hari ni anak si KA masuk hospital.Mengenangkan kejadian yang menimpa kawan-kawan di sekitarku,aku memohon agar mereka dimudahkan,dan amat syukur dengan keadaanku ini.
Jam 2pm tadi AEK terbabas lalu remuk mcm dilipat dua.Namun,pemandunya,wife FS, selamat,cedera sedikit sahaja.Dr suruh dia rehat.Doakan agar dia sembuh dan cepat discharge drpd hospital.Syukur dia selamat.
Bencilah kepada kejahatan dan maksiat.Ia menggelapkan hati,melemahkan jiwa dan merunsingkan akal.
Nenek aku di Terengganu sudah kembali ke rahmatullah dalam jam 11 tengah hari.Moga ruhnya dirahmati oleh Allah.
Kemenangan itu pasti berlaku. Yang beruntung ialah 'siapa' yang termasuk dalam senarai orang yang menjadi 'punca' atau 'penyumbang' kepadanya. Kalau kita tak yakin, maka kita tak termasuk ... Kalau kita malas, pun tak termasuk ... Hanya mereka yang yakin dan bekerja sahaja yang akan termasuk ... ke dalam senarai itu. Moga 'mereka' adalah kita dan keluarga serta sahabat kita ... Amiin.
Setiap kali aku melihat Husna, aku rasa sangat geram ..... sebab dia sangat COMEL!! Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku anak yang sangat comel. Moga dia menjadi salah seorang yang mengubah dunia ini. Amiin.
The mind is a great gift from Him.It can change the world.It can change you!
Just now one of teenager from Kg bru SMSed me about when to have the halaqah,as it was not done this wk due to other progrms.I was touched.
Ada seorang anak didik yang pernah berprogram bersamaku,pulang bercuti ke btu. Dia kini belajar di kch.Tetapi,perangainya berubah.Dia tak mahu berjumpa dgn aku walau sebentar. Sedihnya. Seorang yang dididik dan akhirnya berubah kepada asalnya. Tapi,kehidupan akan berterusan.Kalau ini bukan rezeki dia,maka ia tak akan menjadi rezeki dia.Mungkin Dia memilih yang lain untuk tempat ini....
Semalam Husna dapat menirap! WAh! Tak berpeluang aku melihatnya, hanya nenek Husna dan pak Lang Husna yang dapat tengok pertama kali dia menirap. Waaah! Tak sabar nak jumpa dia! Rindu betul kat Husna yang sangat comel! (Alhamdulillah, dia sangat sangat comel!)
Fikirkan positif! Apabila kita memikirkan negatif, seolah-olah kita meminta lebih banyak negatif ke atas kita. Contohnya, tatkala kita menghadapi satu masalah, kita mula merasa marah. Kemudian bermacam-macam benda negatif terlintas dalam fikiran kita. Lama-lama kita rasa makin marah dan tak teringat langsung untuk memohon supaya Dia mengeluarkan kita dari masalah itu. Bila kita mula memikirkan yang positif, kita akan dapati benda-benda positif mula mendekati kita. Kita akan kurang marah. Malah, hari itu akan jadi lebih bersemangat! Tambahan pula, kita akan dapat bersabar dan memohon pertolongan-Nya! Aku cuba berbuat sedemikian ... iaitu cuba selalu berfikir positif!
Malam tadi tidur di masjid. Ini gara-gara miss solat jemaah di masjid tiga hari berturut-turut. Menurut sahabat aku ni, kita kena 'hukum' diri kita setiap kali gagal melakukan amalan yang kita selalu buat. Mula-mula aku dan hosmet tidur di atas lantai dalam bilik. Gagal. Lepas tu tidur di ruang tamu beralaskan karpet. Gagal. Akhirnya tidur di masjid terus. Alhamdulillah, berjaya!
Dua hari lepas, GPRS Celcom down.Hari ni dah ok balik.Alhamdulillah.
Semalam kereta aku tak boleh start.Aku lupa tutup lampu bila tinggalkan kereta di airport.Dowi,kawanku cuba meminta bantuan.Nasib baik ada orang iban yang bermurah hati membantu aku menghidupkan kereta itu.Meseka meminjamkan bateri mereka untuk men'jumpstart'.Alhamdulillah,keretaku dapat dihidupkan.
Teringat ... Dahulu aku tidak berapa faham, mengapa orang yang nak buat kerja islam kena baca ma'thurat setiap hari pagi petang, solat dhuha tidak miss, subuh di masjid, solat lain juga di masjid berjemaah, membaca al-quran setiap hari dan bermacam-macam lagi amalan sunat yang tidak biasa dibuat oleh kebanyakan orang, hatta orang yang selalu membuat kerja islam sendiri ... ... walaupun hakikatnya amalan itu sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan! Ini kerana ... perbuatan-perbuatan inilah yang menjadikan kata-kata seseorang itu masuk ke hati manusia lalu meninggalkan kesan yang mendalam dan menjadi sebab petugas kerja islam mendapat bantuan daripadaNya. Namun, seperti yang aku kata, amat sedikit orang yang menjaga amalan mereka, malah mengabaikannya. Lepas tu, mereka merungut-rungut kerana usaha mereka tidak ada hasil ... masyarakat makin rosak ... anak buah tidak menjadi ... dan macam-macam rungutan lagi. Wah. Satu peringatan buat diri yang memiliki hati yang berbolak-balik
Hari ini agak meletihkan. Hujan turun dengan lebatnya tengah hari tadi. Siang tadi remaja bintulu telah menjayakan program kelas muttaqun. Alhamdulillah. Sahabat dari luar bintulu datang dan menyertai aktiviti ini. Seronok betul wajah mereka melihatkan kegembiraan dan semangat yang ditunjukkan oleh peserta, yang merupakan remaja. Aku merasakan seolah suasana remaja membuat aktiviti untuk remaja lain, tanpa berharap banyak kepada orang tua dan dewasa .. hampir tercapai. Cuma kena perkemaskan lagi dan mantapkan lagi. Program ini pernah dibuat suatu ketika dahulu oleh generasi awal. Ketika itu ia amat padat, penuh dengan aktiviti dan pengisian akademik yang komprehensif. Banyak cerita dan kisah yang hebat diceritakan oleh bekas pelajar dan orang tempatan. Aku sendiri kagum. Namun ... aku terasa sayang dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu. Program itu terhenti. Seolah-olah fasilitator dan pengurus aktiviti hilang dari bumi bintulu ini dan remaja terpinga-pinga tidak tahu apa yang he
Tadi aku pergi ke rumah seorang kawan. Masak bersama mereka. Teringat pula aku suasana masa memasak di rumah bersama housemate di Aussie dulu.
Di waktu pagi yang hening, kedengaran lori sampah datang bersama pekerjanya mengutip sampah sarap dalam tong sampah di setiap rumah. Tidak lama selepas itu, bas atau van sekolah pula datang untuk mengambil kanak-kanak ke sekolah. Ada juga pekerja-pekerja kilang dan loji keluar untuk bekerja. Kemudian, pekerja pejabat juga keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat kerja. Orang yang tidak ada kerja, melepak atau ke sana ke mari mencari dan membuat kerja di sana sini. Di waktu petang atau tengah hari, mereka semua akan pulang ke rumah. Selepas itu membuat hal-hal sendiri sehingga mereka tidur. Esok harinya .... ..... kedengaran lori sampah datang bersama pekerjanya mengutip sampah sarap dalam tong sampah di setiap rumah. Tidak lama selepas itu, bas atau van sekolah pula datang untuk mengambil kanak-kanak ke sekolah. Ada juga pekerja-pekerja kilang dan loji keluar untuk bekerja. Kemudian, pekerja pejabat juga keluar menaiki kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat k
Akhirnya penghawa dingin di madrasah dah dibaiki. Dahulu aku baiki soket dan sambungan ke contactor untuk menghidupkan alat itu, tapi aku dapati penghawa dingin masih panas. Alhamdulillah, tuhan telah hantarkan orang dan penghawa dingin itu dibaiki. Sungguh nyaman sekarang. Jadi, bilik yang ada penghawa dingin dapat digunakan untuk aktiviti remaja di sini. Tambahan pula, baru-baru ini dapat kebenaran untuk menggunakan satu bilik yang tidak digunakan sebagai pusat aktiviti remaja di sini. Selangkah lagi kepada remaja di sini. Moga mereka lebih mantap daripada dahulu.
Hari ini aku berbual panjang dengan isteriku. Aku dapat tahu bahawa seorang kawan yang setahun di bintulu akhirnya dapat bertukar ke Kuala Lumpur. Rezeki dia. Aku dapat merasakan kesedihan tatkala mengenangkan keadaan kami yang terpisah dan hanya bertemu sebulan sekali. Setelah puas berbual, aku diberi peringatan olehNya melalui lidah seorang yang beriman. Peringatan yang diberikan sama seperti peringatan yang pernah aku terima suatu masa dahulu. Aku diberi rezeki anak perempuan yang sihat dan sempurna. Malah Husna tidak mengalami masalah-masalah pelik sebagaimana yang diperlihatkan di TV. Rezeki anak adalah kurniaan yang amat besar. Ramai di dunia ini tidak mempunyai anak. Mereka telah mencuba berbagai benda, membelanjakan berpuluh malah beribu ringgit untuk mendapatkan cahaya mata, tapi tidak diizinkan olehNya. Andai mereka ini diberi pilihan untuk berjauhan dengan isteri tapi hanya berjumpa dua hari sebulan, tapi dapat anak, mereka akan memilih yang itu. Aku diberi rezeki masih bert
Hari ini Husna pergi klinik untuk imunisasi.Lama juga kena tunggu.Tengah hari tadi Si Z sekeluarga datang ziarah.Terima kasih Z.
Malam ini telah berlaku satu peristiwa besar dalam kehidupan remaja di btu. Malam ini hujan turun amat lebat sekali. Sangat lebat sehinggakan sukar keretaku untuk dipandu. Si ZD mengamuk. Dia meluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya selama ini. Selama ini dia tidak puas hati akan tindakan dan keputusanku terhadapnya. Dia rasa amat kecil hati kerana aku menyoal tujuan dan halatuju aktiviti yang dia nak buat. Aku sangat terkejut. Rakan-rakan dia pun terkejut. Aku sangka selama ini dia memahami bahawa apa yang dibuat untuk membentuk dia, tetapi dia tidak sabar dan barangkali kurang memahaminya. Si ZD terus keluar selepas perjumpaan malam itu selesai. Dia terus memacu motornya meredah hujan yang amat lebat itu. Hujan turun dengan lebatnya. Sangat lebat malam itu.
Semalam aku membersihkan bilikku. Karpet biru yang ada dalam bilik kugulung lalu kuletakkan di luar bilik. Sekarang hanya berlantaikan kayu, bilikku lebih sejuk. Pada masa mengemas aku melihat kembali nota-nota kursus yang telah aku lalui, dan juga bahan tabiyah yang pernah aku dalami. Teringat pula kisah-kisah lalu, bersama ikhwah di Aussie. Zaman itu ... ukhuwwah begitu mesra, medan yang (agak) luas dan suasana yang penuh bersemangat. Empat tahun sudah berlalu. Aku masih merasakan suasana itu di bintulu ini, cuma kali ini dengan remaja dan orang tua yang berjiwa besar dan bersemangat. Dan .. tuhan hantar dua orang kawan dari Aussie untuk menemani dan merancakkan lagi suasana itu :)
Petang tadi aku melihat ke arah langit. Matahari mula nak terbenam. Aku nak berbuka. Aku pun mengadu kepada pencipta langit perihal diriku yang diuji dengan berjauhan ini. Tidak lama selepas aku selesai maghrib, aku ditemukan dengan seorang remaja. Dia begitu bersusah payah untuk hidup. Pagi hingga petang dia bekerja di stesen minyak. Selepas itu dia terus ke restoran di sebuah medan selera lalu bekerja di sana. Jam 12 malam baru balik ke rumah keletihan. Esok kena sambung lagi. Itu dilakukannya setiap hari. Dia berbuat demikian kerana kelulusannya tidak berapa elok dipandang. Bukan itu sahaja. Ada beberapa lagi kisah hidup yang tiba-tiba terlintas kembali dalam fikiranku... Aku ada mengenali seseorang yang siang hari mengajar secara 'part-time'. Petang dia pergi bekerja sebagai penjual apam-balik di pasar malam. Semua dibuat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, kerana dia meletakkan hari itu sebagai hari untuk bekerja untuk islam. Ada pula seorang itu, yang merupakan saudara se
Hari-hari yang berlalu mengajar kita berbagai perkara melalui pengalaman. Hakikatnya Dia yang mengajarkan kita apa yang kita tak ketahui. Beruntunglah kalau seseorang itu makin memahami realiti kehidupan dan kehendak Tuhan apabila usianya makin bertambah, yang mana menjadikan dirinya semakin kuat dan bersungguh-sungguh dalam beramal. Dahulu kita sangat jahil dan tidak sedar akan realiti hidup. Di saat itu kita bermain-main dengan kehidupan. Di saat itu kita mementingkan kehidupan diri sendiri, kerana itulah perkara yang kita anggap paling besar. Di saat itu kita tidak merasa peduli akan nasib umat ini, apatah lagi hakikat kehidupan. Masa itu barangkali kita masih di sekolah, di universiti dan barangkali masih bekerja. Kemudian, di suatu saat kita disedarkan oleh seseorang. Kita terkejut lalu mula berubah. Kita mula mendalami hakikat kehidupan. Kita mula ingin belajar. Semakin banyak kita tahu, semakin terbuka pemandangan kita terhadap kehidupan. Akhirnya kita tidak lagi seperti dahulu.
Hari Jumaat lalu aku meredah hujan,merentas 207km ke utara drpd bintulu dan menaiki kapal terbang dr sana.Hari ini aku kembali ke bintulu merentas malam,bertemankan kereta-kereta yg lalu lalang di jalanan.Satu pengalaman yang agak ekstrim,yang aku tak mahu ulangi.
Syarikat ini telah menzalimi ramai orang, dengan menaburkan janji manis yang akhirnya menyebabkan ramai kecewa dan sesetengahnya menderita. Aku mulanya tidak terasa sehinggalah aku mengetahui ada yang menderita disebabkan perbuatan mereka ini. Itu tidak termasuk perbuatan mereka terhadap golongan bukan pegawai. Aku mendongak ke atas dan memikirkan, apa sebenarnya dalam kepala mereka yang berada di Kuala Lumpur sana? Adakah mereka memiliki hati dan perasaan atau sekurang-kurangnya sifat kasihan atau perikemanusiaan? Pada masa yang sama seorang yang soleh sudah keluar meninggalkan syarikat ini. Kehi langannya tidak terasa bagi kebanyakan orang ibarat angin yang berlalu, namun barangkali bangunana dan tiang penyejuk utama menangis kesedihan. Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku bila ramai lagi orang soleh meninggalkan syarikat ini. Adakah ini persediaan ke arah kehancuran syarikat ini, sebagaimana yang telah berlaku terhadap kebanyakan syarikat besar di bumi tercinta ini? Ha
Adakalanya perkara yang menghalang kita untuk mengubah keadaan ialah diri kita sendiri. Apabila kita memikirkan 'tidak boleh', 'tidak dapat' atau 'tidak ada guna berbuat...' menjadikan diri kita terhalang daripada berusaha untuk mengubah keadaan kita sekarang yang kurang menggembirakan. Aku teringat kata-kata kawanku minggu lalu tatkala dia menelefon aku semasa aku. 'Cubalah, kalau tak dapat pun at least kita dah cuba!'. Benar kata dia. Dalam kehidupan, ada banyak perkara yang tak terbuat sebab kita sudah merasakan tidak boleh dan langsung tidak mencubanya. Ada kata-kata yang membawa makna yang serupa : 'Jika kita tidak mencuba, kita akan gagal sama sekali' dan 'if we did not try, we will miss 100%!' Oleh itu, perlulah diri ini melawan 'kata-kata' yang terngiang di dalam kepala itu. Allah pun menyuruh kita berusaha dahulu, sebab kita hanya mampu untuk berusaha, hasilnya semuanya di tanganNya!
Husna dah makin berisi. Pipinya sudah gebu. Comelnya rasa hatiku. Dia adalah anugerah Tuhan yang sangat aku syukuri. Husna masih menangis di tengah malam. Jam 1am ke atas, dia akan terjaga, dengan mata yang terkebil-kebil sebentar, lalu membuat bunyi yang comel lalu menangis sekuat hatinya. Dia akan senyap bila disusui. Kekadang perlu diperiksa sama ada dia buang air atau tidak, kerana lampin yang basah atau kotor menjadikan Husna kurang selesa. Pengalaman ini hanya dapat kurasai dua minggu sekali, dan setiap kali berjumpa hanya dua malam satu hari. Hanya Allah yang memberikan kesabaran kepada hatiku dan isteriku dan juga Dialah yang menjaga Husna. Namun, aku harus kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar semua ujian ini dapat dilalui dengan tenang dan mudah. Amin.
The more you go into the rabbit hole, the more you will understand. Yes. It seems that more and more things we will know about things around us when He shows us the way. At the same time more responsibilities awaits us. It is true what He said in the Book : "he who tries very hard to find the path, He will guide him to one of His path" .
Esok aku akan balik ke bintulu. Wah. 16 hari aku bersama isteriku dan anakku. Selepas ini aku akan bertemu dengan mereka setiap dua minggu sekali, setiap kali bertemu dalam sehari lebih sedikit. Akhirnya aku tidak dapat merasai perkembangan Aishah. Setiap kali aku balik barangkali Aishah sudah besar sedikit. Tidak ramai yang akan memahami apa yang aku maksudkan ini. Lebih-lebih lagi Orang Sumber Manusia dan Ketua-ketua syarikat itu. Tenangkanlah hatiku ini wahai tuhanku.
Aishah Husna menangis sepanjang malam dan juga muntah susu. Aku dan seisi keluarga di sini sangat risau. Ya Allah, selamatkanlah Husna.
Image
Ehe ... ni dia gambar Husna yang comel :) Abi dan Ummi sangat sayang kat Husna!
Ada orang sibuk bekerja dan terlalu 'seronok' dengan kesibukannya,lalu tenggelam dengannya.Ada orang pula sibuk tetapi hatinya tidak 'seronok' dengannya sebab dia tahu ada perkara yang lebih penting yang dia perlu buat. Yang mana satu orang itu adalah 'kita'?
Tadi jumpa Fir.Masih yg dulu.Cuma dia amat sibuk.Namun hatinya masih bersemangat dan hidup.Alhamdulillah.
Semua yang berlaku di dunia ini menyakitkan jiwa. Orang-orang berkuasa menzalimi orang lemah. Harga barang mahal. Orang tak ada pekerjaan. Masalah sosial yang makin teruk dan makin menjadi-jadi. Kejahatan dah datang dalam pelbagai bentuk. Walaupun menyakitkan, manusia tidak berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Hanya segelintir sahaja yang bergerak untuk mengubahnya. Mungkin mereka yang tidak berbuat apa-apa tidak tahu apa yang perlu dibuat dan mengapa. Atau mungkin mereka kurang yakin dengan apa yang perlu dibuat itu. Apa yang perlu dibuat? Jawapannya ada dalam 'bahan rujukan' kita semua dan sejarah yang telah berlaku 1428 tahun yang lalu.
Menjadi ayah dan ibu amat mencabar. Setiap kali Aishah menangis, kami akan 'alert'. Kami akan periksa sama ada dia lapar, nak yek atau tak selesa. Kami akan panik kalau dia menangis bukan disebabkan oleh tiga sebab tadi. Selalunya Aishah menangis waktu malam, bila semua orang sudah tidur. Lumrah bila menjaga anak yang baru lahir. Ya Allah permudahkan urusan kami ini. Tenangkanlah hatinya. Jagalah dirinya. Amiin.
Tadi register surat beranak: Aishah Husna Binti Kamaluddin. Pastu petang tadi, mak dan ayah serta adikku yang bongsu datang menziarahi Aishah. Hmm .. comelnya bila dia tidur :)
Dua tiga hari aku mengantuk di siang hari. Malam-malam Aishah menangis. Ada kerana lapar. Ada kerana berak. Sangat-sangat mengantuk dua tiga hari ini. 'Prepare for sleepless nights' ... itulah kata-kata nasihat dari seorang kawan kepada isteriku. Tapi Aishah dan isteriku masih sihat. Alhamdulillah.
Aishah terpaksa minum juga susu formula S-26. Susu ibu tak cukup. Dia menangis kelaparan semalaman. Ya Allah, banyakkanlah susu ibu Aishah. Amiin.
Namanya Aishah Husna.Sangat comeL.Moga menjadi muslimah solehah.Amin. Lahir 23 Muharram 1428 bersamaan 11 Feb 2007, hari Ahad jam 1515 (3.15pm). Kena ingat tarikh lahir baby tersayang ni :)
Hari ini ummi dan baby sihat. Alhamdulillah. Tangisan baby sangat kurasakan comel. Teringat aku seseorang pernah mengatakan "Itulah muzik terindah di dunia ini". Sesungguhnya banyak nikmat yang Allah telah beri. Dia menjaga isteriku sepanjang tempoh mengandung. Anakku sihat. Isteriku sihat selepas melahirkan anak. Segala puji bagiMu.
Terima kasih kepada semua yang menghantar SMS kepadaku dan Amy. Doakanlah agar ibu dan baby sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.
Alhamdulillah.Anakku lahir jam 3.15pm tadi,di Hospital Pusrawi,KL secara normal. Macam-macam ujian dilalui,malah aku bersama isteriku sepanjang tempoh di labour room.Baby girl selamat dilahirkan.
Isteriku masuk wad jam 1.30am td.Sejak jam 11pm dia sakit-sakit mengandung.Aku bersamanya hingga kini.Ya Allah,mudahkan urusan kami.
Tadi masa nak balik aku perasan poster di tepi jalan. Ia berkenaan "Jenayah Perang". Satu pameran yang menarik. Barangkali ia akan menyedarkan masyarakat bahawa di luar sana ramai orang berada dalam kesusahan perang. Malang lagi, hampir kesemuanya adalah umat kita sendiri, umat islam. Antaranya, di Lubnan, israel laknatullah telah menggunakan senjata Depleted Uranium (DU) di sana yang menyebabkan tanah Lubnan menjadi beradiasi dan menjadikan fetus-fetus orang lubnan cacat dan dalam masa beberapa tahun akan datang, generasi baru di Lubnan akan terdiri dari orang-orang cacat. Amat keji ... kan? Tapi, setelah melihat dan menjiwai keadaan umat islam yang dianiayai dan diseksa, apa yang boleh kita buat? Atau kita merasakan kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa? Adakah cukup begitu? Ada caranya. Rasulullah pernah berbuat sesuatu yang akhirnya mengubah dunia. Kajilah sirah dan belajarlah dari yang telah memahaminya. Dan akhirnya bersungguh-sungguhlah untuk mengubah dunia dengan apa
Tadi pergi ke Pusrawi. Doktor kata isteriku kena admit ke hospital tengah hari esok. Hmm, bila diingatkan kembali, banyak dah Allah permudahkan aku dan isteriku. At least, aku berada bersama isteriku dalam saat-saat sebegini. Teringat aku akan tazkirah yang diberikan oleh seorang akh semasa aku di bintulu : "Kalau kita sibuk dengan kerja Allah, Dia akan permudahkan urusan dunia kita. Sebabnya ... segala benda dalam dunia ini adalah bawah urusan Dia. Kalau kita nak sangat 'ambil alih' tugasan Dia, maka Dia akan BERIKAN kepada kita! Kalau kita nak sibuk dengan famili, Dia akan sibukkan kita dengan famili ... anak kita selalu sakit, duit tak cukup-cukup, isteri meragam, dan macam-macam masalah lagi, sehingga kita tak ada masa untuk kerja di jalan-Nya! Begitu juga kalau kita nak sibuk dengan kerja .. Dia akan sibukkan kita. Projek tak siap, projek ada problem, bos minta itu ini, kawan sekerja tikam kita, dan macam-macam masalah kerja, sehingga kita tak ada masa untuk kerja di
Semalam aku melihat suatu suasana yang amat menyentuh hati. Ramai penggerak kerja islam di sini berqiyam bersama-sama di tengah-tengah malam hari bekerja. Aku tak terbayangkan keadaan ini berlaku di sini. Semalam semua berkumpul. Pagi subuh tadi berqiyam. Alhamdulillah. Subhanallah. Barangkali kerja islam di sini sudah mula memasuki fasa baru. Tuhan sedang menggerakkannya. Sahabat seperjuangan mula memahami sedikit demi sedikit akan urusan yang besar ini. Orang yang malas-malasan mula meninggalkan susunan, seolah-olah Dia membersihkan usaha ini dari orang-orang yang bermasalah. Kemenangan islam adalah pasti. Cuma adakah kita ingin menjadi orang yang berusaha dalam perjalanan ke arah kemenangan atau ingin menjadi orang yang rugi dan bermalas-malasan?
Two years ago, I have the 'reason' of doing this noble task, but I still lack of 'how' to do it in order to achieve the 'reason'. Now, Allah has given me lots of 'how' and more 'why' to make me stronger with the 'reason'. Now I can see things much more clearly compared with my own self two years ago. Thank you Allah. Please make me, my family and my friends tsabat in this path. Amiin.
Israel laknatullah sedang merobohkan sebahagian dari al-aqsa! Apa yang kita dapat buat?! Adakah kita rasa cemas dan marah kepada israel itu?!
Semakin hari semakin dekat dengat EDD (expected due date) anak aku dan isteriku. Seronok ada. Risau ada. Macam-macam perasaan juga. Ini kali pertama lalui peristiwa sebegini. Hatiku banyak berdoa kepada Allah. Hatiku hanya berserah kepada Allah untuk semua ini, supaya ia berjalan dengan selamat dan rahmat. Bila memikirkan pasal anak, ia adalah satu anugerah Tuhan yang maha besar. Tak semua orang dapat anugerah ini. Ramai yang telah bersusah payah, tapi Dia tidak memberikan kepada mereka. Aku berharap dan berdoa agar anakku ini menjadi antara hambaNya yang soleh dan musleh dan menjadi orang yang mengubah dunia ini menjadi apa yang sepatutnya iaitu bernaung di bawah sinar cahaya islam. Amin.
Semalam aku berqiyam dengan remaja. 9pm lebih aku tiba di madrasah bersama Is. Masa tu bilik mesyuarat masih gelap. Lampu tak bernyala. Aku cuba repair. Aku dapati circuit dari switchboard tak ada current. Hmm .. kena sambung hari esok, bila dah siang. Jadi kami semua tidur di bilik lain di madrasah tu. Kali ni Kamal remaja ada, dan bilangan agak ramai, 14 orang. Syukurlah. Walaupun hujan di luar sana, mereka masih nak datang. Malah bawa kerja sekolah dan buat bersama-sama. Esok pagi, kamal bangunkan semua kawan-kawan dia. 430am. Kali ni sangat mengejutkan. Semua solat malam. Ada yang dua rakaat. Ada yang lebih. Selepas itu subuh beramai-ramai di surau. Lebih ramai dari orang tua di sana. Kami bergotong royong selepas itu. Mula-mula di masjid, menyusun kerusi untuk program masjid esok. Begitu pantas. Sekejap sahaja siap, dengan tenaga 14 orang itu. Selepas itu gotong royong di madrasah sendiri. Tenaga yang ramai sebegini sememangnya banyak membantu kerja islam di sini dan di mana-mana.
Mengapa kita berdiskusi?Adakah sebab kita nak tambah pengetahuan?Atau untuk menunaikan tanggungjawab?Atau sekadar untuk mengisi masa?Atau kita tak nak dipandang slack oleh kawan?
Akhir2 ini aku dan YHY agak sedih dan down.Tambah2 lagi dengan cuaca yang mendung dan sejuk.Apa yang sedang berlaku?Seolah-olah alam ini bersedih bersama kami.
Ketika solat berjemaah kita akan bersatu di bawah seorang imam.Tapi,di luar solat,dalam kehidupan kita sehari-hari,kita tiada 'imam' utk menyatukan kita.'Imam' itu telah 'mati' pada tahun 1924.Umat islam sudah tidak menangis lagi.Malah mereka mabuk dengan 'akademi sia2' dan 'malaysian biol' serta berbalah sesama sendiri dalam hal2 ranting.Dunia tak akan berubah jika tiada orang ingin mengubahnya.
apa khabar bumi? hari ini aku ingin mengubahmu!
Hari ni tukar template baru. Hmm .. sudah sampai masanya untuk berubah.
Hari ini pergi kelas antenatal. Kelas ini berkenaan persiapan ibu mengandung, juga semasa melahirkan anak dan juga selepasnya. Banyak ilmu menarik daripada kelas ini. Antaranya ialah, ibu kena minum 8 gelas sehari untuk membentuk susu dan menggantikan air yang hilang masa lahirkan anak, tak seperti yang di'claim' oleh orang tradisi yang mana minum air banyak menyebabkan kembung. Juga satu lagi, anak perlu minum susu ibu sebaik lahir. Susu ibu yang baru keluar tu sangat tinggi khasiatnya, bukan 'susu basi' (disebabkan warnanya yang tidak putih) seperti kata orang tua. Selepas itu aku singgah di rumah kawan isteriku. Di situ terjumpa en. Sharil-san. Lama betul tidak berjumpa dengannya.
Selama ini adakah aku benar-benar serius terhadap kerja di jalan ini? Adakah aku berusaha bersungguh-sungguh atau bekerja apabila hanya ada masa lapang? Adakah aku mula seronok dengan keselesaan yang telah aku rasai sekarang? Atau aku mula 'bersungguh' dalam pekerjaan makan gajiku sehinggakan tidak banyak tenaga boleh digunakan untuk kerja di jalan ilahi ini? Atau adakah aku nak tunggu islam itu menang dan menguasai, baru kita akan memunculkan diri kita dan menyertai? Kalau beginilah aku, kemenangan barangkali akan diberi kepada 'orang lain'. Musuh umat ini sangat sotisfikated dan canggih. Mereka memasuki minda kita dan anak-anak kita sehinggakan kita merasa 'ok' dengan mereka. Mereka merosakkan umat ini sehinggakan umat ini jadi sangat lemah dan malas untuk berusaha. Mereka menyempitkan pemikiran umat ini sehinggakan saudara umat sendiri yang sedang dimamah dan dibunuh tidak dipedulikan. Apa-apa pun, Allah akan membalas mereka yang ikhlas dan bersungguh-sungguh
GPRS (group packet radio service) is a nice technology for people who are located at the point where no telephone lines exists. If you have a datacard (such as Huawei), and a SIM card that has GPRS, then you can surf the net with it. Once installed and properly configured, you can go on-line straight away. Speed is almost like dial-up, but seems to be slightly faster.
Esok awal muharram. 1428 tahun sejak hijrah dibuat. Palestin masih dicengkam oleh yahudi. Umat islam di Iraq,Lubnan,Somalia dan Afghanistan ditindas. Umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia bermalas-malasan dan seronok dengan hiburan. Mereka mengimpikan untuk menjadi penyanyi berbanding menjadi ilmuan. Dunia tidak berubah kepada baik melainkan segolongan dari umat ini bangun dari tidur mereka dan bekerja ke arah perubahan. Di mana mereka dan siapa mereka? Adakah mereka itu kita atau mereka adalah mereka?
Hmm...
Tadi berdiskusi berdua sahaja dengan ARAR. Orang lain tak datang. Sibuk. Pergi course. Tidak apa, aku teruskan sahaja diskusi walaupun berdua. ARAR amat commit bila diajak qiam, diskusi. Moga Allah memantapkan kefahaman dan keyakinan dia untuk bersungguh-sungguh di jalan ini. Selepas itu aku ke pasar. Berjumpa dengan anak buah yang bekerja di pasar, mengumpul duit untuk belajar dan pergi tahfiz. Setiap hari dia bekerja dari jam 4 petang hingga 11 malam. Aku risau takut-takut dia leka dengan kerjanya di pasar. Namun, setelah berborak dengannya, aku mendapati semangatnya masih kuat. Dia ingin pergi ke diskusi remaja buat kali terakhir sebelum dia ke Semenanjung untuk belajar tahfiz. Hmmm ... moga orang-orang ini berkekalan di jalan ini, dan menjadi lebih mantap dari hari ini! Amiin.
Kita selalu membaca surah yasin, tapi tidak perasan ada kisah yang menyedihkan dalam surah itu sendiri. Bacalah ayat 20 hingga 32. Di situ diceritakan satu kisah, yang mana seorang pemuda yang tidak punya apa-apa kelebihan mengimani seruan utusan yang bertiga, lalu menyampaikan kepada yang lain, dan dia 'dimatikan' oleh kaumnya sendiri. Sungguh menyedihkan. Tapi bila dia ke alam seterusnya, dia amat bahagia, dan di situlah hakikat sebenar kehidupan dilihat olehnya.
Dalam kehidupan kita sehari-hari kita belajar. DAripada pengalaman, dan juga daripada guru-guru lain di sekitar kita. Aku sedang belajar untuk menerima orang lain seadanya. Antara kelemahan aku ialah, kadangkala aku memandang seseorang dengan satu pandangan sahaja, tidak melihat dari sudut lain sehinggakan tidak nampak bahawa orang itu amat baik dan berpotensi. Suatu ketika dahulu ketika si MZ datang ke sini, aku tidak berapa baik dengan dia, disebabkan oleh salah faham aku dan dia. Tapi kini, aku rasakan kalau dia ada, aku dan YH akan utilise dia sebaik-baiknya. Begitu juga pada masa student dahulu, aku teringat ... masa itu aku dah tak ada harapan dengan MZ (ni yang lain), tapi alhamdulillah, Dia menjadi hebat, malah lebih hebat daripadaku dalam kerja di jalan ini. Semoga aku belajar sebaik-baiknya untuk menjadi orang yang memahami orang lain, dalam usaha di jalan yang mulia ini.
Ada kalanya kita terlalu berharap dengan manusia sehingga kita terlupakan bahawa segala kejayaan yang kita capai di bawah kekuasaan Ilahi. Aku sekarang amat berharap akan datang orang yang hebat untuk membantu kerja islam di sini, tapi akhir-akhir ini Dia hantarkan orang-orang yang aku tak nak datang ke sini. Setelah bermuhasabah dengan sahabatku, aku menyedari akan kenyataan di atas tadi. Segala puji bagiMu kerana mengingatkan daku.
Wahai tuhan ampunilah dosaku... Begitu banyak kurasakan telah kubuat, namun begitu banyak nikmat masih kau berikan kepadaku... Wahai tuhan engkaulah maha mendengar ... Diriku yang kerdil ini diberi tanggungjawab besar ini, yang selayaknya diberi kepada yang lebih hebat. Berikanlah aku kekuatan untuk menunaikannya ... Amin...
Bersemangatlah
Saudaraku di palestin dan di negara-negara di luar sana sedang teruk dibantai dan ditindas. Mengapa orang islam di sekitarku tidak berasa apa-apa? Adakah disebabkan mereka tidak merasakan, setiap bumi umat islam adalah 'tanah air' umat islam (i.e. mereka sendiri)? Adakah mereka tidak merasakan, setiap umat islam adalah 'saudara' mereka? Atau mereka sudah terlalu seronok atau terlalu sibuk dengan kehidupan mereka?
Alhamdulillah. Kulihat kaki isteriku tidak bengkak-bengkak macam orang-orang yang biasa mengandung. Satu lagi nikmat dari Allah yang perlu aku syukuri.
Minggu ni baby dah minggu ke 35. Hari ni akan pergi ke pusrawi bersama isteri tersayang untuk scan baby. Alhamdulillah, isteriku serta baby sihat. Ini adalah nikmat yang Dia beri kepada kami sekeluarga.
Semalam aku balik naik bas dari LCCT ke KL. Semasa melalui bandar kuala lumpur, suasana sudah gelap. Ketika itu aku teringat keadaan aku pada tahun 2004 dahulu. Masa itu di tengah kegelapan malam, aku menumpang pajero Fir utk ke halaqah dan pulang. Masa itu adalah saat transisi aku dari alam belajar ke alam pekerjaan. Masa itu juga diriku diuji dengan ujian yang agak berat sehinggakan jiwaku kurang stabil. Alhamdulillah, Dia selamatkan aku. Aku dihantar ke satu kawasan yang mana suasananya seperti Aussie dahulu. Bukan itu sahaja, Dia permudahkan aku dalam medan baru aku itu. Kini dua tahun berlalu. Aku di sini, di bumi borneo ini ... sedikit demi sedikit mengerti akan realiti umat ini dan realiti kerja islam ini. Sedikit demi sedikit aku mendapati bahawa sebenarnya aku adalah sebahagian dari arus yang besar yang akan meruntuhkan jahiliyah dan menegakkan kembali islam sebagaimana dahulunya. Moga aku dan sahabatku tsabat di jalan yang kami telah pilih ini.Amiin.
Semalam internet problem. Aku rasa minggu lepas pun internet pun problem. Semua e-mail yang dah aku hantar, hilang begitu sahaja. Ia menjadi masalah sebab orang yang sepatutnya menerima e-mail tak menerima e-mail lalu mencetuskan sedikit misscomm sesama kita. Alhamdulillah, tadi dapat e-mail semula.
Tahun ini tahun kedua aku di sini. Seolah tahun kedua di universiti di Aussie dahulu. Di sini boleh aku katakan seperti Melben atau Clayton masa belajar dahulu. Cuma beza di sini ialah aku di sini belajar untuk menjadi engineer, dan dahulu aku belajar untuk menjadi engineer. Yang lebih penting ialah suasana, semangat dan kekuatan yang dirasai masa belajar dahulu masih ada di sini. Ia terbukti dengan melihat YHY dan SSI di sini. Mereka junior aku dan kini mereka bekerja keras di jalan ini, sama seperti mereka di aussie dahulu.
PAgi tadi qiyam bersama remaja. Alhamdulillah, ada beberapa kawan sekerja turut serta. Qiyam adalah sumber kekuatan seorang muslim. Kekuatan yang diperolehi daripadanya amat besar.
Yesterday there was a story on TV. It is titled : "Tanah Kubur"(Grave Land), where it tells about the life of a very rich man. The rich man, who is a 'datuk', was a muslim but not practising islam at all in his life. The story focused on his death, where many bad things happened. His friends and son did not care about him, leaving his wife and servant to take care of him. Moreover, the grave was filled with water and his skin turned to black. It was a good movie. We are lacking of this. Not many people make this kind of movie. Every of us wanted to pursue technical field. We look forward to become geoscientist, engineers and doctors. We looked down at people who did art stream. We forgot... Those people ... the one who did arts stream becomes filmakers, politicians and economist. They are the one who eventually control the world!