Kekadang kita rasa amat sedih bila memikirkan nasib yang menimpa diri kita.
Lagi sedih bila menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk di masa hadapan.
Kita akan jadi lemah dan tidak bersemangat. Kita akan menjadi malas untuk
berbuat apa-apa. Kita akan menjadi pasrah terhadap apa yang berlaku.

Lebih teruk lagi, kita akan membenci keadaan kita ini. Kita akan rasa
dengki dan tak suka kepada orang lain yang berada dalam keadaan yang lebih
baik dari diri kita. Kita akan terus berasa sakit di dalam hati dan jiwa.
Kita akan berkata "Seronoknya dia, dapat itu .. dapat ini"

Namun, kalau kita renung kembali.... segalanya telah ditetapkan oleh Allah.
Masa kini, masa lampau dan masa depan semuanya ditentukan dan diatur
olehNya. Tatkala kita melihat manusia lain bergembira dengan nikmat yang
diberikan, kita terlupa untuk melihat manusia yang diuji lebih teruk dari
kita. Kita tidak tahu bahawa ... kalau mereka melihat kita, mereka akan
rasa benci kat kita dan dengki kat kita.

Pernah aku dengar kata-kata ...
"Tatkala Tuhan menutup satu pintu dari kita, Dia membuka pintu/tingkap lain
kepada kita" ...

Dan AlQuran pun ada menyatakan ..
"Di samping setiap kesusahan ... ada kemudahan". ... dan ayat ini diulang
dua kali.

Kita memang lupa untuk melihat kebaikan dan kelebihan yang diberikan oleh
tuhan di kala kita menerima ujian. Jadi, hati ini .. sabarlah .. kuatkan
semangat ...

Hadapilah apa yang ada dengan tabah dan sabar. Dia suka kepada hambaNya
yang bersabar. Dan...
... bersabarlah , barangkali kita kena bersabar ... sedikit sahaja lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Germany