Posts

Showing posts from February, 2006
Hmm ... penat juga hari ini, membawa adikku berjalan ke sana ke mari...
Dahulu software yang ada padaku hanyalah core software. Dan aku hidup berasaskan core software itu... Malah aku menghadapi dunia dengannya... Kini ia akan diupgrade. Installation akan bermula... satu demi satu ...
Tadi begitu seronok bermain bola di tepi pantai, bersama sahabat dan adik2. Deru air laut yang begitu menenangkan hati ... jeritan semangat adik2 dan sahabat2 ketika bermain bola ... menyebabkan aku terlupa akan kepenatan bermain. Sebelum itu kami beramai2 bersolat malam dan berkongsi ilmu ... Alangkah indahnya kalau dapat dirakamkan saat itu. Kerana barangkali ini antara yang akan mengubah apa yang ada di sini dan seluruh dunia!
Preview Kad Jemputan Kamal dan Amy
Makin dekat dengan tarikh perkahwinan ... hmm .. sejauh mana aku sudah bersedia?
Segala puji bagi Allah kerana menemukan kembali aku dengan semangat yang ku pernah rasa suatu ketika dahulu ... Sudah lama tidak terasa sebegini ... terutamanya setelah sekian lama pulang dari benua itu ... Aku merasakan seolah serpihan diriku kembali satu demi satu ... bila menemui adikku yang baru datang dari situ ... Terima kasih. Segala puji bagiMu.
Berkata seorang sahabat "Kata-kata anta merupakan azimat untuk orang aussie" Benarkah? Aku amat terharu .... kalau ia benar, aku tak dapat kata apa2 ....
Siang hari penat betul bekerja. Berkejar ke sana ke mari, menjaga mesin dan melayan orang. Petang pulang lewat pula. Lepas tu pergi ambil kawan si Y, dan terus ke masjid untuk mengajar. Penat betul. Tapi selepas memberi kuliah ringkas, aku dapat pengajaran ... itu pun selepas berbincang dengan si Y.
Junior aku seorang demi seorang akan bekerja. Aku harap mereka masih istiqamah di jalan ini.
Wah. Sekarang makin jarang dapat tulis dalam blog ini. Begitu cepat masa berlalu. Sudah hampir setahun aku ditukarkan kerja ke bintulu. Dalam satu tahun sahaja sudah banyak perubahan yang aku lihat pada diriku, dan juga kepada bintulu. Setahun yang lalu, tidak ramai orang yang mengikut aktiviti islamik secara konsisten. Semua dibuat berdasarkan masa lapang yang ada. Kalau sibuk sahaja, terus aktiviti tu jadi perlahan dan kekadang ditangguhkan. Kini makin ramai pula, ditambah dengan kedatangan orang-orang baru yang dahulu pernah melibatkan diri semasa belajar. Keadaan sekarang sudah mula meriah setelah terhenti seketika. Semoga perubahan kali ini lebih besar dan bermakna. Setahun yang lalu aku datang sebagai orang biasa. Aku teruk dipengaruhi oleh keadaan. Kini alhamdulillah, penghantaran aku ke borneo mengubah aku sedikit demi sedikit sehingga aku merasai kembali perasaan yang aku rasai di zaman student dahulu. Setahun yang lalu, aku hanya tahu sedikit sahaja mengenai kehidupan. Kini a
Hmm.. macam-macam yang dibeli masa berkursus di KT nih. Aku bawa mak dan adik ke KT sebab aku diberi peluang tinggal di hotel kat tengah2 KT. Jadi masa aku berkursus, mak dan adik aku pergi mencari barang2 untuk perkahwinan aku nanti. Boleh tahan banyak. Mungkin sebab barang2 kat sini murah sedikit dari tempat aku atau KL. Harapnya taklah berbelanja berlebih2an pula.
Mengapa? ...Orang yang kurang hebat bercakap ...dia yang banyak bekerja ...dia yang terpaksa bercakap, walaupun kurang menarik cakapannya ...dia yang bersusah-payah Mengapa? ...Orang yang hebat bercakap ...hanya bercakap sahaja Tidak mengapa... ...Sesungguhnya amalan orang yang beramal tidak akan disia-siakan...
Bila anda tidak disibukkan dengan kebaikan,barangkali anda sedang disibukkan dengan kejahatan.
Begitu payah aku nak menulis di blog ini sekarang. Internet dah tak ada. Pastu nak gi CC atau tempat yang ada internet pun jarang dapat. Hari demi hari, aku disibukkan dengan kerja untuk mengubah dunia :)
11 Mac 2006 ... Suatu tarikh yang amat besar dalam kehidupanku. Tarikh yang akan menjadikan aku seorang suami. Wah, tak sangka begitu cepat masa berlalu. Tak sangka akhirnya, masanya sudah tiba...