Posts

Showing posts from May, 2010
Lama tak menulis. Aku kini sudah mula menyusun rentak hidup di sini. Kini sudah mula berkumpul dengan sang pemuda, yang aku dapati berminat untuk memahami jalanNya! Sedikit demi sedikit tugasan diberikan kepadaku. Aku mendoakan agar aku tidak memikul melebihi apa yang aku mampu. Sekarang, aku harus memandu lebih 40 minit beserta tol jika ingin menambah kefahaman dan juga memberikan kefahaman. Malah untuk beriadah, aku perlu lalui jarak yang sama atau lebih jauh. Namun, kali ini aku hadapinya dengan semangat dan keyakinan kepadaNya! Cuma, cabaran terbesar di sini ialah, bagaimana ingin melayani karenah keluarga besar dan kecil kerana mereka sudah begitu dekat dan selalu datang menjengukku.
Image
Sekarang tengah menaiki ERL untuk urusan kerja.Mengenangkan kesusahan yang aku telah lalui dahulu,aku tersenyum.Aku belum puas mengucapkan syukur kepadaNYa.
Image
Pada malam itu,aku beserta ikhwah menyertai malam Lifeline4Gaza.Ramai juga yang datang.Adakah kesedaran terhadap Palestin kukuh pada umat ini?Apa yang telah kita lakukan untuk mereka?