Posts

Showing posts from May, 2013

Bintulu

Image
Dari Ahad malam hingga malam semalam, aku ke Bintulu.. Sungguh nostalgia. Telah berlalu 3 tahun sejak aku meninggalkan daerah itu. Kedai makin bertambah. Hotel ada yang berubah. Aku bertemu dengan AJB, HFJ, UAS serta beberapa ikhwah yang lain. Aku juga bertemu ikhwah baru datang dari semenanjung. Seorang guru dan seorang lecturer. Kedua-duanya berkeluarga dan berada di bintulu. HFJ sudah berkeluarga. Cuma isterinya berjauhan di Indonesia kerana masih belajar. HFJ kini sudah ada kereta MPV. Warna putih. 'Ikut sunnah abang YHY' katanya. Aku sempat melihat madrasah yang kini tersergam indah di kampung baru. Juga asrama putri yang hampir siap. Aku juga dapat sertai program umum 'tadabbur alQuran' yang dikelola oleh Us Amin. Kira-kira 100 orang hadir, walaupun ia dibuat selepas isya. Medan dakwah yang sungguh mantap. Ziarahku yang sekejap mengingatkan aku dengan banyak memori. Ia juga merecaj semangatku, melihatkan kepada perkembangan ikhwah di

PACA dan 5 Mei

Di sini aku aku ingin mencoret pengalaman menarik sepanjang hari ini. Hari ini merupakan hari keramat bagi orang negara ini. Hari ini ramai menaruh harapan agar negara ini dapat merasai perubahan besar setelah lebih 50 tahun di bawah penguasa yang sama. Hari ini luar biasa ramai orang keluar mengundi. Aku sendiri yang datang pada jam 730am, dan sudah mula beratur! Pak cik dan mak cik pun ada yang datang awal ke tempat aku mengundi itu. Sangat bersemangat. Jariku dicalit dengan cat biru. Aku melihat lalu meng 'instagram' jari itu. Namun tidak lama selepas itu, whatsapp dan facebook dipenuhi cerita cat di jari boleh dipadam, walaupun tanpa sabun (.. ada yang basuh kat sinki kedai mamak sahaja!). Aku terus memandu ke KL... kerana ada tugasan yang perlu diselesaikan. Aku terus menerus beristighfar, dengan harapan agar ia dapat membantu urusanku dan urusan teman-teman lain yang berjuang pada hari ini.. Setibanya di tempat yang ditentukan, aku singgah di masjid dahulu.

Setelah 10 tahun

Image
Hari ini aku terjumpa ASAP (nama sebenar NMMT). Hmm.. hampir 10 tahun telah berlalu.. Ketika itu dia mula mengenali dakwah ini... Teringat saat aku bawa buku Computer Systems & beberapa buku lain untuk dihadiahkan kepadanya (kerana aku dan dia ambil kursus yang sama di Monash, cuma ketika itu aku sudah tahun akhir, dia tahun dua). Teringat saat dia tidak dapat sertai winter trip sebab maknya tak kasi. Dia memulakan langkah di medan dakwah ini ... bila aku sudah pulang ke Malaysia. Kini dia masih laju bekerja di jalan ini .. cuma di dalam 'kapal' yang lain. Itulah ketentuan Allah yang pasti banyak hikmah di sebaliknya... Moga dia tsabat dan dapat bersatu kembali suatu masa nanti...