Posts

Showing posts from August, 2004
Manusia diuji dan diuji .... ditapis dan ditapis .... adakah kita mampu melepasi kesemuanya dengan sepenuh hati?
Begitu lama tak dapat menulis. Maka aku dapat mencelah ke sini pada hari ini. Minggu lepas begitu banyak benda dibuat di pejabat. Minggu ini pula sibuk berkursus dengan syarikat minyak lawan. Ehe, memang hebat syarikat ini dari segi profesionalisme, tapi dari segi akhlakisme kesian juga. Mungkin ni sepuluh orang dua jek, mungkin yang lain tak begitu, jangan salahkan satu kumpulan disebabkan oleh seorang dua.
Bila aku bertemu dengan adik2 junior, nostalgia itu datang kembali. Ya, semua serupa sekali. Pengalaman berjalan ke sana, pengalaman duduk dalam ramai2, pengalaman mendengar nasihat .... Kelihatan diriku melambai2 .... dan mengucapkan ... " berusahalah!"
Hari ini aku masuk pertandingan tilawah....dengan tak disengajakan! Wah, menarik gak. Malu gak. Aku hanya email kat urusetia bertanya pasal pertandingan tu. Tiba2 nama aku diregister. Ai. Tadi tau nama aku masuk dalam senarai. Ingat nak tarik diri, tapi kawan kata cuba je. Memang takut gak, sebab tak reti sangat lagu/taranum ni. Aku cuba la. Memang tak menjadi langsung lagu! Aku syukur sebab masih cool dalam keadaan camtu. Namun alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Dapat saguhati jek. Alhamdulillah.
Lagu jepun ada yang bila didengari menaikkan semangat ....
Mulakan setiap hari dengan seseuatu yang baru ... Kerana sememangnya setiap hari ... adalah hari yang baru!
Sungguh bijak musuh kita. Dijadikan abang malas untuk jumpa adik. Dijadikan adik tak suka untuk jumpa abang. Yeaaargh! Kena lawan musuh ni. Adik, mari kita lawan dia sama-sama! Iku yo!
Barangkali kita rasa lemah bila kita mendapati tiada yang mendengar seruan kita .... Namun, bagi jiwa yang bersemangat, dia tak akan berhenti ... kerana barangkali ada seorang manusia yang akan bangun dari mimpi ... andai dia berusaha ... sedikit sahaja lagi... Barangkali ... setelah ditolak seribu kali ... baru ada seorang yang menerima dan mempercayai .... dan nilainya pasti menggembirakan hati! Semoga temanku dan aku masih berterusan di jalan ini!
Kesian kat supervisor aku. Dia kene pressure dengan bos dia. Aku doakan agar dia dapat bertahan dan masih diberi semangat. Dia orang baik, turun solat berjemaah di surau on time, malah ajak aku lagi. Nampak kekusutan masyarakat, dan pernah belajar di seberang laut. Semoga dia mendapat hidayah. Semoga aku dan temanku mendapat hidayah. Semoga kita mendapat hidayah.
Hari ini nasib baik tak kena marah. Alhamdulillah. Minggu lepas dengar2 cam bos tak puas hati dengan aku. Doa aku pagi tadi diterima. Terima kasih.Alhamdulillah, dia macam happy jek. Benarlah ... hati manusia Dia yang kawal, bukan kita. Jadi bila Dia suka kita, sumer makhluk boleh dijadikan oleh Dia untuk suka kat kita! Kat sini ada kelas2 menarik masa lunch. Ada kelas bahasa arab, kelas tajwid dan kelas sirah. Cuma kita la nak pilih yang mana nak pegi sebab sumer serentak dan tempat lain2. Kalau malas, pergi ke surau dengar tazkirah. Kalau malas jugak, tak tau nak kata apa la. Aku pegi kelas bahasa arab. Refresh balik. Dah 8 tahun tak praktis. Cuma pakai masa baca al-quran jek. Sekarang belajar pasal nombor. Rupanya peraturan untuk 3-10 lain, untuk 11-19 lain, untuk 20-99 lain, untuk 100-1000 lain. Hehe .. pening, tapi puas hati gak. Ustaz tu pun best jugak.
Kalau kutip buah sebelum ia masak... Masamlah buah tu.... Kalau kita sangkut benda besar kat ranting kecil.... Patahlah ranting itu.... Sebab itulah ... kena sabar banyak.... Kerana nak tunggu buah masak dan ranting jadi dahan.... ...ia memakan sedikit masa... namun hasilnya ... membuat hati tersenyum gembira....
Kita berusaha, bukan kita menentukan hasil. Kita membaca,menghafal,buat latihan, bukan kita yang menentukan kita berjaya. Kita bertemu,ajak,sentuh hati manusia, bukan kita yang memberi hidayah kepada manusia. Maka berusahalah ... anda tidak berseorangan! Ore wa ...... iku!!!!!
Bila kita buat sesuatu, buatlah bersungguh-sungguh ye! Bila kita membaca, bacalah bersungguh2 ye! Bila kita solat, solatlah bersungguh2 ye! Bila kita bersukan,bersukanlah bersungguh2 ye! Bila kita kerja, kerjalah bersungguh2 ye!
Kita diciptakan dengan tujuan. Hmm, pernah tak kita memikirkan akan tujuan itu? Ibarat kerja, pasti kita kena tahu dahulu Job Description dan purpose , baru semangat nak buat keje. Tapi kita...walau dah tahu benda-benda tu, masih tak kuat semangat. Hmm.....
Boku desu! Aku respek kat supervisor aku. Nak ucap banyak2 terima kasih kat dia. Bila fikir2kan, begitu besar nikmat yang Dia kasi kat aku. Diberinya aku seorang supervisor yang begitu bersemangat. Malah aku ditunjuk jalan untuk memantapkan kepakaran aku sebagai jurutera elektrik dan diperkenalkan aku dengan Ir dan jurutera elektrik yang begitu bersemangat! Alhamdulillah.... yosh, iku!
Bila baca surat khabar, aku lihat manusia semakin keliru. Malah mengelirukan orang lain. Ada yang sanggup mengambil hati manusia dengan membuatkan Dia marah. Kesian. Nampaknya, kita semua kena kerja kuat la ni. Lagi ramai yang akan keliru, dan lagi ramai yang sesat jalan lagi. Semoga kita istiqamah di jalan ini sehingga akhir hayat kita!
Rasa macam banyak keje kena buat, tapi alhamdulillah still puas hati! Berusahalah!
Kita banyak habis masa bekerja, tapi kita sia-siakan masa itu dengan membiarkan ia membebankan kita, tanpa menjana pahala, tanpa meningkatkan ilmu dan kemahiran dan menjadikan tempat kerja tempat yang menekan. Maka, jadikan setiap ujian sebagai cabaran dan peningkatan dan sertai setiap langkah dengan ingatan kepada tuhan!
Alhamdulillah. Thank you very much. I am given the opportunity to work in big company. I am also given the opportunity to work in a big organisation. Thank you for everything.
Bila hati ini dekat dengan Dia, perasaan mula jadi tenang, hati tidak gundah, rasa tidak kusut ... malah mendatangkan kekuatan! Tambahkanlah cintaku kepadaMu.Amin....
Sedar tak kita, kita barangkali hero yang sedang dinantikan oleh manusia. Benar, kita adalah seorang hero. Tapi, kita bukanlah hero yang bertindak berseorangan seperti dalam drama jepun atau anime. Tapi, kita tetap salah seorang dari beribu2 hero atau wira.... yang masih dalam pilihan Dia! Namun, bagi yang sedar... sememangnya mereka beruntung, sebab mereka telah dipilih untuk memikul tanggungjawab yang sangat berat ... iaitu untuk menyelamatkan manusia. Menyelamatkan manusia? Ya, sebab manusia kini dimamah oleh sistem-sistem yang dicipta oleh mereka dan merosakkan diri mereka. Mari ... mari kita selamatkan manusia .... bersama2 dan bersatu hati! Bersemangatlah!!!!
Banyak benda nak ditulis, tapi aku tak tertulis-tulis. OK, sini aku cuba tulis gak, walau sedikit.... 1. Tadi aku ke PC fair. Masa tu terlihatlah manusia ke sana ... dan juga ke satu majlis di Bukit Jalil. Aku dapati ramai yang ke situ dari PC fair. Sedih tak? Kita ramai orang yang suka dengar lagu dari yang minat pasal komputer. Kalau tak sedih, hmm ... saya lagi sedih. 2. Orang yang bergerak di jalan ini terdapat bermacam . Jadi bermacam ragam. Jadi bermacam pendekatan. Jadi ia menjadikan kepelbagaian dalam menemui dan membentuk manusia. Yang hebatnya ... hasilnya ke arah yang sama!