Posts

Showing posts from December, 2003
Ni entri sebelum tido.Esok nak jumpa kawan2 lagi.EHe ... aku asyik mengembara dua tiga hari ni.Ada hikmahnya.Ada something besar di sebalik skrip cuti ini .Dia lebih mengetahui. Aku memerhatikan dunia.Ehe ... nak capai apa yang diimpikan nampaknya makan masa amat banyak .Keje pun banyak.Tenaga pun akan diguna banyak. Kita nak ubah dunia ... bukan nak biarkan diri kita diubah oleh dunia . Bersemangatlah.Isi masa kita dengan ilmu.Isi masa kita dengan connection dengan tuhan kita.Isi masa kita dengan benda2 yang akan datangkan hasil. Nullify atau eliminate amalan yang tak membawa kepada amal atau pahala... ehe.Dalam erti kata lain : Zero Idle Time! islam cara hidup yang dinamik. islam .. dengan huruf i yang kecik, bukan capital letter ,sebab ia kata kerja !Ia menjadikan kita nak buat sesuatu yang membina setiap masa.Ia tak suka kepada malas.Ia tak suka kepada bosan.Ia tak suka kepada kekosongan hati.Orang islam adalah manusia yang paling cemerlang.Kasihan ... inilah yang te
Hari ni ikomik tambah satu komik lagi. Ehe,kali ni ada skrip khas dari seorang teman. Banyak benda kena buat. Aku baru sehari di rumah (Setelah balik dari Terengganu). Hmm .. sempena hari jumaat ni, aku nak buat apa ya? Mungkin teruskan projek cerita ghulam kot. Bagiku cerita ini memberi semangat kat aku, dan sesiapa yang berada di jalan ini. Ehe.Sedih kan bila lihat manusia sekarang? Daripada kita bersedih.Daripada kita rasa marah,lebih baik kita buat sesuatu untuk ubah.Lebih baik kita bekerja.Bacalah buku.Eratkan hubungan dengan kawan sejalan.Selalulah ingat memperingati.Kuatkan semangat!!! Idle time: Zero.
Hari ni aku dapat memblog lagi.Alhamdulillah.Bila baca blog teman-teman,wah ... mereka still bersemangat dan bekerja di masa cuti ini. Aku? Aku melihat masyarakat.Melihat saudara-mara.Melihat realiti. Sakit.Realiti memaksa manusia mencari ketenangan dengan cara yang tak sepatutnya dia guna.Ketenangan dicari dalam VCD,dalam percintaan dengan awek,dalam berdua-duaan,dalam chatting,dalam wayang di pawagam dan VCD(dan DVD),dalam radio.... Di sini aku lihat kotak Tv memainkan peranan penting ... untuk mengajak kita bercinta. Cerita hindustan, korea, jepun, china dan melayu ... semua menjurus ke situ. Entahlah ... patutla aku lihat ramai orang muda seronok bercinta. Berpegang rapat. Naik motor sama2. Kita? ... adakah kita nak ikut orang ... atau ikut islam?
Hmm ... sekarang tengah menaip kat makmal komputer di satu kampus di tepi pantai. macam-macam ragam manusia ... yang perlukan bimbingan ...
Hmm ... maaf. Saya masih kat Terengganu. Akan balik Rabu ni. Sedihnya. Bila lihat keadaan....
Hmm .. hari ni nak balik ke Kuala Terengganu, kat batu 6 ... alaa .. kat jambatan tu. Mak nak bawak round jumpa sedara kat sana. Tapi untuk weekend je la. Dapat lihat lagi keadaan masyarakat. Semalam aku ke Sunway. Ziarah adik kat Shah alam. Beli barang komputer. Low Yatt lagi murah, tapi ayah malas nak ke sana. Lagipun tak nak jem dan famili malas naik komuter/lrt. Teringat aku pada aku yang dahulu ... keseorangan .... Tapi kini alhamdulillah, telah menemui jalan .... Isyhh ... takleh upload komik lak hari ni...
Tadi aku terbaca ayat ni. BEgitu terasa . Begitu benar janji dan kata tuhan. "Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesunguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka itu dari jalan benar dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk." (az zukhruf(43):36-37) Aku benar-benar terasa. Dahulu aku pernah begini. Aku nak sorang-sorang . Aku menjauhkan diri dari mereka yang nakkan kebaikan . Aku masih ingat keadaan hati aku ketika itu. Aku menyangka aku dah betul. Rupanya salah. Hatiku tidak tenang . Kini aku lihat kebenaran ayat itu. Andai kita stick kepada kawan-kawan yang nakkan kebenaran, insya-Allah .. syaitan tak dapat nak jadi kawan kita. Kasihan kat mereka yang menjauhkan diri dari kebenaran di masa cuti ni. Kasihan kat mereka yang nak hidup sendiri-sendiri masa cuti ini. Semoga Allah
Hari ni aku raya pose 6! Ehe ... bestnyer, dapat pose setahun! Semoga kengkawan lain gak sempat nak pose 6 hari dalam bulan syawal ni! Mak dah raya. Aku nombor 2 beraya. Lepas ni ahli keluarga lain ikut! Apa nak dibuat hari ni? Hmmm ... bersihkan toilet! Lepas tu baca sket buku ilmiah! Ehe .. orang islam kan takleh duduk diam. Kerana islam ialah cara hidup dinamik, agama dinamik, style dinamik . Sentiasa bergerak dan sentiasa membina!!! OK. Kuatkan semangat!!!
Image
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Demi jalan ini. Demi sesuatu yang besar. Demi Dia. Alhamdulillah . Adik-adikku. Benar janji Dia. Allah akan bantu hambaNya yang berjuang di jalanNya! Akhirnya, confirm aku tamat Electrical and Computer systems Engineering dalam masa 4 tahun dengan gred H1 atau 1st Class Honours!!!!! Yakin dengan janji Dia. Sentiasalah berdoa kepadaNya. Sentiasalah mengadu kepadaNya. Sentiasalah mengharap bantuannya. Sentiasalah berjuang di jalanNya.
Sekarang pakai tagboard lak. Isyhh ... tak best la bila ada unsur2 jahat kacau tagboard tu! Hari ni repair PC kat umah ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Nak siapkan komik ghulam la. Harapnya ok dan sempat siap sementara cuti ni.... Kuatkan semangat! Mari upgrade selagi ada masa!!!!
Ummm ... shoutbox tu problem betul. Tukar balik ke flooble lak. Teruskan membaca buku! Kena upgrade betul2 masa cuti ni!
Akhirnya .. kembali ke rumah sebentar. Wah. Setelah berjalan dua tiga hari aku belajar banyak benda. Masa ini juga aku menemui senior yang dah kerja. Mereka kata bahawa alam pekerjaan nanti cabaran lagi besar. Masa dulu, kalau tak siap assignment .. just hilang markah. Kalau tak siap keje .. mau kita hilang keje! Nauzubillah. Masa keje jugak masa kita akan disedut sehabisnya dan tenaga kita pun camtu. Jadi, manfaatkan masa student kita dan masa kita sebelum bekerja. Tambahkan ilmu. Kuatkan amal. Mantapkan iman. Kita ada misi besar nak dibuat. Tingkatkan ketabahan diri. Belajar fikir serius. Sebab ... kita bukan nak hidup cam manusia biasa .. kita adalah daie .. yang akan hidup luar biasa ... Mengapa ? Sebab kita akan mengubah dunia ! Kalau tak masa ni ... suatu masa nanti .. yang mungkin memakan masa 600 tahun lamanya!!! Ehe ... kuatkan semangat! Berusahalah!
Kejap lagi nak berjalan lagi. EHe ... Dah kemas rumah dan bilik. Biarlah perjalanan kita masih jauh ... Biarlah kena bersusah sedikit ..... yang penting kita terus berjalan kan? Kuatkan semangat ... teruskan usaha!!!
Isnin lepas aku ke rumah kawan. Selasa pulak ke rumah sedara. Rabu ke Sepang amik kargo. Lepas tu ke Melaka, jumpa adik kat matrik. susah gak nak online dua tiga hari ni. aku asyik mengembara. Lepas ni nak mengembara lagi. banyak benda kena buat ... kan? tadi baca email dari seorang kawan. ehe....di sini aku rasa pentingnya teman dalam menguatkan semangat. banyak lagi benda yang aku perlu pelajari dalam kehidupan ini. terima kasih .... kerana mengingatkan aku akan tujuan asal aku buat semua ini. benar, kena bersabar ... mungkin kena bersabar sedikit sahaja lagi!!! Mula melangkah ke depan ....
tadi bersihkan almari rumah. Sort out buku mak dan ayah. Wah, rupanya ada gak beberapa buku menarik kat rumah. Ehe ... buku lama gak. Oleh pengarang-pengarang yang mengubah dunia... Hmm ... esok aku nak lapor diri kat KLCC. Semoga aku akan dapat tempat keje dan keje yang menyumbang dengan cemerlang untuk jalan ini. Orang kata boring masa cuti camni. Tak ada benda nak buat . Ehe ... bagiku, cuti tak ada bagi kita. Kan kita kena buat banyak keje ... sebab nak cipta sejarah , tak akan mampu dibuat hanya dengan berehat dan bersantai sahaja . Rehat seorang daie itu bukti kelalaiannya. Zero idle time ... cara saya . Apa cara kita semua pula?
Day 2 Sakit perut je pagi ni. Semalam aku lihat realiti aku. Lihat realiti famili dan orang di keliling aku. Aku yang dahulu sudah hilang . Kini diri aku yang baru berada di Temerloh ni. Diri yang melihat semua melalui cara lain. Muzik . Pergaulan. Sosial. Hiburan. Kenduri. Rehat. Pemikiran. BAgi orang lain, keadaan kini adalah biasa. Entah mengapa, aku merasakan banyak benda yang perlu dibuat .... untuk mengubah masyarakat ... untuk mengubah dunia!!! Perubahan dan kesedaran memakan masa yang lama ..... aku kena bersabar dan berusaha.... Aku seolah keseorangan di sini ... hanya teman-teman menjadi penguat diri(teman hidup pun belum ada lagi). Hanya Dia tempat aku meluahkan perasaan hati ...
Day 1 Touchdown pada jam 5.24 pagi. Aku jumpa beberapa orang kawan. Mak dan ayah dan adik aku yang bongsu juga. Balik ke Temerloh,Pahang. Ke kenduri kawan ayah. Melihat realiti. Realiti masyarakat yang aku akan terjun kepadanya.... lepas ni ke beberapa kenduri dan ke rumah atuk aku. Istiqamah ...
7.45 pm waktu brunswick,Melbourne. Kejap lagi nak solat maghrib. Lepas tu aku akan pulang ke Malaysia. Setelah 4 tahun di sini. Ahirnya ... aku menemui jawapan kepada kehidupan. Jawapan kepada satu soalan : Apa tujuan kehidupan ini ... adakah kita hidup untuk diri kita ... atau untuk sesuatu yang lebih besar? misi akan bermula ... andaikata aku hidup bila aku touch down di Malaysia nanti ...
Alhamdulillah. Result dah keluar. Purata : 77% ... kelas 1 ECSE? insya-Allah, memecahkan tradisi dan memulakan sejarah. Kita seharusnya mencipta sejarah ... bukan menjadi sejarah! 600 tahun .... Misi seterusnya bermula sekarang ....
Sekarang kat Melbourne uni. Bersama Lukman kat makmal komputer Melbourne uni. Entahlah ... aku tiba-tiba memikirkan masalah besar lak tadi, masa aku kat victoria market. Masalah hidup aku yang berhadapan dengan famili dan masyarakat yang mengkehendaki aku dan teman hidupku mengikut apa yang mereka rasa betul . Mengikut putaran hidup manusia lain yang hakikatnya berpusing di sini yang tak pasti , sedangkan kita pasti akan ke akhirat dan pasti akan mati ... Kasihan ... manusia akan tahu realiti bila mereka hampir mati atau sudah mati . Bacalah surah at-takathur dan hayatilah perasaan yang ada padanya.
HAri ni aku kat la trobe lagi. Semalam result dah keluar. Alhamdulillah. Akhirnya aku memecahkan tradisi senior. InsyaAllah, tengah hari ni full academic record akan available dan aku leh la tau sama ada dapat 1st class atau second class upper. Semoga apa yang aku dapat ... boleh aku gunakan untuk jalan ini.Amin. Bagi kawanku yang akan ambil test hari ini. Hanya Allah je pembantu. Berdoa kat Dia. Dialah kekuatan. Dialah tempat kita letakkan harapan.
Hari ni aku dapat tiket untuk balik! Tiba di Malaysia jam 5.35 pagi . Bersama seorang teman yang datang sama-sama dengan aku dahulu. Hari ini adik junior aku ikut aku berjalan ke Clayton. Aku kesian kat dia. Kena ikut aku yang tiba-tiba nak berjalan. Dia tak sempat nak bersiap. Tapi dia tetap nak ikut aku berjalan. Mungkin dia kena bersusah sedikit sebab aku tak tahu apa plan aku untuk hari ini. Ni baru bawa seorang lelaki bersama aku . Ehe ... kalau aku berseorangan, mungkin aku tak fikir panjang bila nak buat apa-apa .. sebab kalau apa-apa jadi, kalau susah ke ... aku seorang sahaja yang rasa .. aku seorang sahaja yang sakit. Aku rasa kat sini pentingya isteri yang menguatkan kita. Bila sampai saatnya, kita akan fikir dua tiga kali bila buat apa-apa . Jalan dakwah penuh ngan ujian dan ketidaksenangan dan kesukaran. Kalau dia tak tahan ... kalau dia tak beri kita semangat .. maka kita pun jadi perlahan .. maka kita pun boleh terhenti di tengah jalan. Nauzubillah. Semoga d
Entri tadi hilang lak. 6 prenggan .... ni summary tulisan yang hilang tu... Aku mengembara lagi. Tak ada rumah. Bermalam di rumah teman. Melihat kehidupan. Barang dah siap packing. Cuma tak tahu apa lagi yang nak dibawa balik. Jumaat ni nak balik ke Malaysia. Tapi sedar tak? Kita jarang sekali packing untuk balik ke alam barzakh? Tiket ke sana bila-bila sahaja. Semoga kita ke sana dengan tiket syahid di jalan-Nya. 'Biasakanlah hidup dengan tidak memilih'. Ni hasil perbualan aku dengan temanku dua hari lepas. Selalunya kita memilih dalam hidup kita, bila kita diberi peluang untuk memilih. Benarlah. Kita memilih supaya benda yang dipilih tu terbaik buat kita ... l ebih-lebih lagi bila pilihan tu memberi kesan untuk tempoh masa yang sangat lama . Ehe .. contohnya, memilih pasangan hidup. Amat sukar mencari manusia yang menjadikan dakwah memilihkan untuk mereka . Amat sukar mencari mereka yang menjadikan hidup mereka di adjust untuk kebaikan jalan ini, bukan meng adjust