Posts

Showing posts from April, 2011

Post Created Apr 30, 2011 5:37:56 PM

Hari ni pergi mukhyayyam. Amy, Husna n Fatih balik kampung dengan atuk, nenek dan lain2. Tadi pagi plumber check bumbung rumah dah. Suspek fire wall kat bumbung bocor masuk ke dinding. Jumaat depan dia janji repair. Malam nanti akan gerak bersama kawan2 lain. Harap semua berjalan baik.

Post Created Apr 29, 2011 12:37:13 PM

Oh. Hari ni juga nak pergi cari hadiah birthday Fatih. Kena juga beli 'hadiah' untuk kakaknya. Nanti gaduh pula adik-beradik tu. Hehe...

Post Created Apr 29, 2011 12:34:22 PM

Esok mukhayyam (camping) dengan teman2 ikramsj. Hari ni kena baca (dan hafal) wazifah mathurat kubra. Tough betul.... Macam capacity otak untuk menghafal tak sekuat dulu

Post Created Apr 29, 2011 8:13:46 AM

Semalam masa tiba di rumah, Husna meragam. Aku hilang sabar dan marah kat dia. Tak sangka boleh jadi macam tu. Semua orang terkejut. "Marah itu dimulai dengan gila, dan berakhir dengan sedih" Aku rasa sesal dan sedih gak lepas tu. Kena belajar untuk lebih sabar. Namun, alhamdulillah, pagi ni mood Husna baik semula. Aku kena berhati-hati dengan kemarahan lepas ni.

Post Created Apr 29, 2011 8:08:17 AM

Semalam aku dapat dah avanza baru. Namun ia akan berada di Temerloh dulu sebab aku mungkin akan menggunanya dengan agak ekstrim (memandangkan aku akan drive dia dengan begitu jauh, iaitu kteh-kl). Jadi, aku akan masih pinjam kereta ayah dulu buat masa ni.
Aku sudah beberapa minggu dalam projek ini. Di tempat ini, suasana berbeza berbanding dengan Sarawak dahulu. Alhamdulillah, aku menemui teman-teman yang sama di jalan ini di sini. Mengongsi pengalaman dan membantu apa-apa yang boleh. Di sini, aku bertemu dengan orang-orang yang pernah aku dengar namanya masa aku di Sarawak, dan melihat bagaimana personalitinya. Di sini, aku akan belajar perkara baru, sudut pandangan yang baru, tetapi di landasan dan kerangka yang sama.
Aku berbicara dengan seorang teman di kedai makan, selepas mendengar dia menyampaikan kuliah di surau panalex di sini. "Jangan dihina dan dicaci orang-orang yang telah mendahului kita (i.e. orang senior). Mereka dah hidup sebegitu lama dan masih tsabat dan istiqamah di jalan ini. Kita belum tentu lagi akan sampai ke umur dia (i.e. tua) dan tsabat seperti dia" . Itu antara yang dikongsi oleh teman itu, apabila kami berbicara perihal sesetengah orang, yang mengecilkan jasa orang senior di jalan ini. Sememangnya orang muda akan nampak orang senior lemah, perlahan dan lambat, walhal mereka tidak tahu cabaran dan dugaan yang dihadapi dan telah dihadapi oleh orang senior itu. Kami meneruskan perbualan mengongsi perkenalan. Orang di sekeliling kedai makan makin sibuk dan makin ramai, tenggelam dengan suasana malam yang gelap itu...

Post Created Apr 23, 2011 12:20:34 PM

Hari ni hari lahir Fatih. Dah setahun umur dia. Mak dan adik akan datang kejap lagi. Lepas ni kami akan ke pusat membeli-belah untuk makan dan membeli hadiah untuk Fatih. Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberi.

Post Created Apr 22, 2011 8:44:08 AM

Hari ini pergi pesta buku di KL. Dah lama tak pergi. Rasanya dekat 3 tahun dah. Selalunya pesta buku pasti sangat sesak bila weekend. Macam PC fair. Mungkin ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia suka pada buku. Harapnya begitulah....

Post Created Apr 20, 2011 9:44:56 PM

Image
Kebahagiaan terletak pada hati. Jadi, ia hanya diperoleh dari dalam, bukan dari luar. Sebab itu orang kampung boleh hidup tenang, dan orang yang memiliki harta berbilion hidup gelisah. Namun, ia boleh dikecapi jika kita dekat dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya. Beramal dengan islam dalam kehidupan seharian juga akan melahirkan ketenangan dalam jiwa kerana firmanNya "sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Image
Hari ni aku ke kertih awal pagi.3am tadi.Subuh di Maran.Aku dapati banyak juga kereta dan lori di lebuh raya.Aku dah beberapa kali berulang-alik,kerana projek besar di sana.Ia mengingatkan aku kepada perjalananku btu-myy satu ketika dulu.kini aku tak sesedih dulu,mungkin sebab aku dapat balik setiap minggu dan tak terikat kepada kapal terbang.
Semalam PRN Sarawak. Ramai menyangka akan berlaku kejutan dengan menangnya PR di kebanyakan daerah. Namun, pemerintah dahulu masih memerintah pada hari ini. Apabila merenung senario Sarawak, ia boleh menjadi renungan buat umat islam yang sedar. Di sana Kristian sudah kuat, terutamanya di pendalaman. Di bandar pula, ia juga menonjol dengan wujudnya banyak gereja dan sekolah. Adakah ia begitu pada masa dulu? Lihat buku sejarah. Apa keadaan penduduk di situ sebelum kedatangan Rajah Putih James? Dan menurut statistik yang pernah aku tahi, kadar pertambahan penganut Kristian di sana makin meningkat, dan penganut islam makin berkurangan. Isu ini tenggelam dari isu politik dan sensasi terkini.